Wednesday, November 14, 2012

Komik #02 : Izinkan saya......



Ammar dan Nazihah bertemu di sebuah taman. Di taman itulah, segalanya bermula. Dari stranger kepada kekasih. Dari hari ke hari, hubungan ini semakin intim. 


Kalau kira kira, dah lama juga Ammar dengan Nazihah. Hampir 3 tahun. 

Satu hari, Nazihah terpanggil mendengar Forum Aku Terima Nikahnya di universitinya. Tanpa diduga, pintu hati Nazihah terbuka. Menyedari apa yang haram dan tetap haram. Nazihah sedar, dia gagal membezakan cinta. Gagal menyedari cinta Allah dan Rasulullah. "Astaghfirullah." Lafaz Nazihah.



Nazihah nekad. Nazihah ingin berubah. Nazihah berazam meninggalkan zaman jahiliah itu. Mungkin Ammar tak mengerti. 


Nazihah memberi sebuah Tafsir AlQuran dan sebuah buku yang bertajuk "Sebelum Aku Bernikah" oleh Hilal Asyraf. Tersentuh hati Ammar membaca Surah An Nuur Ayat 30. Pintu hatinya mula terbuka perlahan demi perlahan. 

Kalau benar cinta, pasti mahu ke syurga bersama-sama. Dan apa-apa yang melempar kita ke neraka, itu bukan cinta. - Hilal Asyraf

Saban hari saban malam, Nazihah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Ammar disamping Nazihah berubah kearah yang lebih baik. Nazihah percaya Allah akan mengganti sesuatu yang lebih baik. 


Tahun demi tahun, takdir menemukan mereka kembali. Itulah jodoh. 

"Saya tak mahu jadi yang haram buat awak lagi. Jadi, izinkan saya jadi yang halal untuk awak, Nazihah."
"Kalau macam tu, lamarlah parents saya dahulu."
"Lupa pula. Tunggu daku wahai bakal makmum solatku."

*Daku sentiasa menantikan dirimu. Terima kasih Ya Allah"

7 comments:

Anis Farhana said...

Sweet cerita nie :)

hamizah hanafi said...

sweetnya ... best :)

✿‿✿Princess Fyda ✿‿✿ said...

Sweet sangat.. best

Azzah said...

sweet:3

Anonymous said...

It's going to be ending of mine day, but before ending I am reading this enormous paragraph to increase my know-how.
Feel free to surf my web page ... forex calendar

Anonymous said...

Link еxсhange is nothing elsе hοwеver it іs only ρlаcing the othеr person's blog link on your page at suitable place and other person will also do similar for you.
Also visit my homepage - galaxy note 2

redpepper said...

COMELL..HAHA!