Wednesday, November 14, 2012

Komik #02 : Izinkan saya......



Ammar dan Nazihah bertemu di sebuah taman. Di taman itulah, segalanya bermula. Dari stranger kepada kekasih. Dari hari ke hari, hubungan ini semakin intim. 


Kalau kira kira, dah lama juga Ammar dengan Nazihah. Hampir 3 tahun. 

Satu hari, Nazihah terpanggil mendengar Forum Aku Terima Nikahnya di universitinya. Tanpa diduga, pintu hati Nazihah terbuka. Menyedari apa yang haram dan tetap haram. Nazihah sedar, dia gagal membezakan cinta. Gagal menyedari cinta Allah dan Rasulullah. "Astaghfirullah." Lafaz Nazihah.



Nazihah nekad. Nazihah ingin berubah. Nazihah berazam meninggalkan zaman jahiliah itu. Mungkin Ammar tak mengerti. 


Nazihah memberi sebuah Tafsir AlQuran dan sebuah buku yang bertajuk "Sebelum Aku Bernikah" oleh Hilal Asyraf. Tersentuh hati Ammar membaca Surah An Nuur Ayat 30. Pintu hatinya mula terbuka perlahan demi perlahan. 

Kalau benar cinta, pasti mahu ke syurga bersama-sama. Dan apa-apa yang melempar kita ke neraka, itu bukan cinta. - Hilal Asyraf

Saban hari saban malam, Nazihah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Ammar disamping Nazihah berubah kearah yang lebih baik. Nazihah percaya Allah akan mengganti sesuatu yang lebih baik. 


Tahun demi tahun, takdir menemukan mereka kembali. Itulah jodoh. 

"Saya tak mahu jadi yang haram buat awak lagi. Jadi, izinkan saya jadi yang halal untuk awak, Nazihah."
"Kalau macam tu, lamarlah parents saya dahulu."
"Lupa pula. Tunggu daku wahai bakal makmum solatku."

*Daku sentiasa menantikan dirimu. Terima kasih Ya Allah"

Thursday, November 1, 2012

Sleeping Beauty #8 : Versi Puteri Salji Putih

Sleeping Beauty The Series 2 - 7 

Ahli Sihir : Wahai iPad Mini buatan China yang ciplak,
siapakah yang paling comel dalam dunia ni?
iPad Mini Buatan China : *Bunyi Drum* Mestilah Ahli Sihir. Pewwit. 
iPad Mini Original : iPad Mini ciplak penipu!
Galaxy Note 2 : Aku sokong. Aku sokong.

Daripada yang kecil sampai sebesar gajah, dari buatan China hinggalah Afrika Selatan, semuanya bersorak. 

Ahli Sihir : Diam! Wahai cermin ajaib, siapakah yang paling comel dalam dunia ini?
*Krik krik krik*
Ahli Sihir : Aku tanya ni, jawablah. 
*Krik krik krik*

Ahli sihir menghalakan tongkat saksinya kearah cermin ajaib lalu pecah berderai cermin ajaib tersebut.

Ahli Sihir : Kalau kau semua tak nak pecah macam cermin tu, bagitahu aku 
siapakah yang paling comel?
Semua berbisik.
Ahli Sihir : Avada Kadavra. *Menghala tongkat saksinya kearah iPod Mini Blue.

iPod Mini pun arwah. Arwah baik orangnya. Banyak berjasa dekat Ahli Sihir. 

Ahli Sihir : Kalau kau tak mahu jadi seperti iPod Mini, lebih baik kau semua bagitahu aku.
Galaxy S3 : Ala, Sleeping Beauty yang beragan nak jadi Snow White tuuuuu.
Ahli Sihir : Sleeping Beauty lagi?!!! Siap kau Sleeping Beauty. Tunggu kau aku kerjakan.

*****

Tukang Kebun : Wahai Sleeping Beauty.
Sleeping Beauty. Panggil beta Snow White.
Tukan Kebun : Baiklah Sleeping ... Er Snow White. Ada baiknya kalau Snow White lari sekarang juga.
Hamba dengar Ahli Sihir dalam perjalanan ke sini.
Sleeping Beauty : Apa benar?
Tukang Kebun : Ya. benar Sleeping.. Er Snow White.

Tiba tiba, Ahli Sihir bersama dengan penyapu telah sampai di istana Sleeping Beauty.

Ahli Sihir : Hahahahaha, tak perlulah kau lari lagi wahai Sleeping Beauty.
Oh ya, tak usahlah kau beragan mahu menjadi Snow White.
Sleeping Beauty : Apa maksudnya kedatangan kau kali ini?
Ahli Sihir : Huh, tak ada comel mana. Comel lagi aku. Aku datang dengan hajat.
Sleeping Beauty : Aku memang comel sejak azali lagi. Apa hajat kau?
Ahli Sihir : Aku nak cincang kau sampai lumat. Bila kau tiada lagi, akulah yang paling comel dalam dunia ni.
Hahahahahaha.

Tanpa disedari, Sleeping Beauty telah pun selamat melarikan diri.

Ahli Sihir : Hahahahaaaaa. Eh mana Sleeping Beauty pergi?
Kau ingat kau boleh lari daripada aku. Dah tiba masanya untuk aku keluarkan
alat aku dari zaman-zaman lagi.
"Pisang Beracun".
Satu satu alat yang lebih canggih daripada biasa.
Hahahahahaha.

*****

*Kru kru kru* Perut Sleeping Beauty berbunyi.
Sleeping Beauty : Laparnya. Kalaulah ada pisang....

Sleeping Beauty memandang sekeliling, lalu terpandangkan sebiji Pisang.
Dalam sekelip mata, Sleeping Beauty telah memakan Pisang tersebut.
Dan sebenarnya, Pisang itu adalah Pisang Beracun.

Lalu Sleeping Beauty pun tertidur disitu.

*****

Orang Kerdil 1 : Eh, siapa yang berbaring ditengah-tengah hutan tu?
Orang Kerdil 2 : Mari kita lihat.

Mereka bertujuh berjalan ke arah Sleeping Beauty.

Orang Kerdil 3 : Oh inilah Sleeping Beauty yang beragan nak menjadi seperti Snow White.
Orang Kerdil 4 5 6 7 : Benarkah?
Orang Kerdil 3 : Ya. Jadi apa harus kita lakukan?
Orang Kerdil 6 : Apa kata kita minta tolong Putera yang menyelamatkan Snow White dulu?
Orang Kerdil 7 : Kau gila. Hanya cinta sejati boleh menyelamatkan dia.

Putera Idaman : Apa yang kamu semua buat disini? Eh, siapakah puteri itu?
Orang Kerdil 1 : Dialah Sleeping Beauty yang beragan menjadi Snow White.
Putera Idaman : Sungguh comel. Mengapa dia tertidur di sini?
Orang Kerdil 3 : Dia tekah memakan Pisang beracun. Alat yang paling memerbahaya dalam dunia ni.
Putera Idaman : Kalau begitu, hanya cinta sejati hanya dapat menyelamatkan Sleeping Beauty. Berikan aku air.

Orang Kerdil pun memberikan air kepada Putera Idaman. Lalu Putera Idaman merengis air ke muka Sleeping Beauty. Sleeping Beauty mula membuka matanya perlahan-perlahan.

Sleeping Beauty : Siapa kau?
Putera Idaman : Akulah cintamu yang menyelamatkan kau dari tidur yang panjang wahai Sleeping Beauty.
Sleeping Beauty : Oh Putera Idaman, telah lama aku menanti dirimu.

Datuk Keternamaan : Jangan kau sentuh Sleeping Beauty. Sleeping Beauty itu aku yang punya.
Sleeping Bauty : Aku bukan milik kau lagi. Kita dah lama berpisah.

Ahli Sihir : Kau sudah bangun Sleeping Beauty, opss Snow White?
Sleeping Beauty : Of course.
Ahli Sihir : Tak boleh jadi ni, aku sumpah kau jadi Katak! *Sambil menghayunkan tongkat saksi.

Tetapi, Putera Idaman dengan pantas menghalang sihir dengan dirinya sendiri. Putera Idaman pun bertukar menjadi katak. Oleh sebab ketakutan yang amat, Ahli Sihir pun melarikan diri. Dia cuba menyihir dari jauh, namun sasaran tidak tepat. Datuk Keternamaan pun bertukar menjadi Katak kerana ingin menjadi melimdungi wanita idamannya.

Sleeping Beauty menangis teresak-esak.

*****
"NURAIN BINTI MOHD ALI. BANGUN! DAH PUKUL 6.30 PETANG NI."