Monday, October 8, 2012

Mimpi ngeri

Bila aku buka mata, aku lihat kereta sudah pun berada di kawasan semak samun. Aku biarkan seperti merelakan. Hilang arah. Sunyi. Hanya bunyi kereta melanggar semak samun sahaja kedengaran. Sehingga kereta berhenti. Satu bunyi yang kuat apabila kereta melanggarkan bahagian keras. Aku lihat cermin disebelah kiri pecah. Begitu juga cermin hadapan. Aku dapat rasakan, pintu sebelah kiri kemek. Tayar meletup.

"Subhana Allah, aku tak bermimpi."

Aku berusaha keluar. Gagal. Jatuh kembali ke dalam kereta.

"Allahu Akbar! Subhana Allah" Aku buka pintu dengan tenaga yang hampir hilang.

"Pak cik tolong pak cik". Aku cuba minta tolong dengan penunggang motosikal. Namun suara tenggelam timbul dengan bunyi kenderaan lalu lalang. Aku tak putus asa.

Aku cuba keluar dari kereta. Sampai kaki sendiri tersepit di pintu kereta. Aku keluar dari parit. Aku panjat perlahan-perlahan parit itu beralaskan stokin.

Alhamdulllah, aku berjaya keluar. Aku cuba menahan kereta lalu lalang, namun tiada satu pun yang sudi. Tambahan pula, wak tu maghrib. Malam Jumaat. Aku pula berpakaian hitam dan coklat. Bertudung creamer manis.

Mungkin hantu kot........

Subhana Allah, hanya Allah je tahu perasaan aku masa itu. Selama 5-7 minit aku cuba menahan. Satu pun tak berhenti.

Air mata terasa kering.

Alhamdulillah, seorang lelaki menyapa aku setelah lama dia perhatikan aku dari jauh. Terima kasih Ya Allah. Kau kirimkan orang yang baik-baik dikala kesusahan.

Ya, aku trauma. Sepanjang malam air mata tak berhenti. Bila orang sibuk bertanya, "Ain bawa laju ke?" "Ain kelam kabut ke?" "Tak bolehlah macam tu." Sampai sekarang pun kalau aku dengar, aku menangis. Bukan aku pinta untuk begitu.

Betapa beratnya dugaan tu lagi lagi bila tiada sesiapa pun dekat sisi aku kecuali Allah. Macam mana takutnya aku seorang diri di tempat yang kau sendiri tak pernah imagine. Jauh dari keluarga, kawan kawan saudara mara. Macam mana susahnya aku nak survive hari tu.

Tapi aku tak takut sebab Allah ada bersama dengan aku. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Terima kasih mak abah. Walaupun Ain banyak susahkan mak dengan abah, tapi korang tetap bersama dengan Ain.

Alhamdulillah, aku berjaya mengharungi ujian ini. Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku kekuatan.

No comments: