Friday, October 26, 2012

Komik : Cinta Yahoo Messenger

Sedang Si Zara sibuk godek godek Facebook mencari jejaka idaman. Tiba-tiba... ada satu bunyi yang sangat ganjil. Bunyi tu datangnya dari dari....
Lappy Zara. Rupanya, ada orang usha. Pewwit.

Setiap hari Zara takkan lupa stalk si Adam ni. Setiap comment dibaca dengan penuh perasaan. 
Kadang-kadang tertawa sendiri. Macam orang gila pun ada.




 Dan setiap hari Adam pasti YM si Zara. Tak tinggal satu hari pun. 
Tapi



Adam dapat masuk Sekolah Berasrama Penuh selepas keputusan PMR diumumkan. 
Semenjak tu, Adam tak online lagi. 


Tapi Zara tetap tunggu Adam. Walaupun sia sia. 

*****

Hari tu Zara jalan jalan di sebuah taman. Zara nampak seseorang yang seiras wajahnya seperti Adam. 
Adam menegur Zara. 
"Awak Zarakan? Yang selau chat dengan saya dulu?"
Sangkaannya tepat sekali. Adam!
Tapi, ada gadis cantik disebelahnya. Mungkinkah....

"Adam. Maaf, saya ada hal. Saya pergi dulu...."

Tak sanggup rasanya melihat mereka berdua. 
"Saya doakan kebahagian awak, Adam" Zara berbisik didalam hati.

*****

Seperti biasa, Zarra memeriksa emailnya. Ada satu email...
Pengirimnya ialah Adam. Ya, Adam Iskandar.

Dengan hati yang berdebar debar, Zara membaca email itu. 
Dub dab dub dab.



Saat "I do Adam" dari hati dilafazkan, saat itulah connection lost. 

"Abah lupa nak bayar bil internet sayang." Jelas si abah. 

Ini adalah komik pertama saya. Saja suka suka buat walaupun tak comel. Selamat Hari Raya Aidiladha. -Pesanan Penaja 

Monday, October 8, 2012

Mimpi ngeri

Bila aku buka mata, aku lihat kereta sudah pun berada di kawasan semak samun. Aku biarkan seperti merelakan. Hilang arah. Sunyi. Hanya bunyi kereta melanggar semak samun sahaja kedengaran. Sehingga kereta berhenti. Satu bunyi yang kuat apabila kereta melanggarkan bahagian keras. Aku lihat cermin disebelah kiri pecah. Begitu juga cermin hadapan. Aku dapat rasakan, pintu sebelah kiri kemek. Tayar meletup.

"Subhana Allah, aku tak bermimpi."

Aku berusaha keluar. Gagal. Jatuh kembali ke dalam kereta.

"Allahu Akbar! Subhana Allah" Aku buka pintu dengan tenaga yang hampir hilang.

"Pak cik tolong pak cik". Aku cuba minta tolong dengan penunggang motosikal. Namun suara tenggelam timbul dengan bunyi kenderaan lalu lalang. Aku tak putus asa.

Aku cuba keluar dari kereta. Sampai kaki sendiri tersepit di pintu kereta. Aku keluar dari parit. Aku panjat perlahan-perlahan parit itu beralaskan stokin.

Alhamdulllah, aku berjaya keluar. Aku cuba menahan kereta lalu lalang, namun tiada satu pun yang sudi. Tambahan pula, wak tu maghrib. Malam Jumaat. Aku pula berpakaian hitam dan coklat. Bertudung creamer manis.

Mungkin hantu kot........

Subhana Allah, hanya Allah je tahu perasaan aku masa itu. Selama 5-7 minit aku cuba menahan. Satu pun tak berhenti.

Air mata terasa kering.

Alhamdulillah, seorang lelaki menyapa aku setelah lama dia perhatikan aku dari jauh. Terima kasih Ya Allah. Kau kirimkan orang yang baik-baik dikala kesusahan.

Ya, aku trauma. Sepanjang malam air mata tak berhenti. Bila orang sibuk bertanya, "Ain bawa laju ke?" "Ain kelam kabut ke?" "Tak bolehlah macam tu." Sampai sekarang pun kalau aku dengar, aku menangis. Bukan aku pinta untuk begitu.

Betapa beratnya dugaan tu lagi lagi bila tiada sesiapa pun dekat sisi aku kecuali Allah. Macam mana takutnya aku seorang diri di tempat yang kau sendiri tak pernah imagine. Jauh dari keluarga, kawan kawan saudara mara. Macam mana susahnya aku nak survive hari tu.

Tapi aku tak takut sebab Allah ada bersama dengan aku. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Terima kasih mak abah. Walaupun Ain banyak susahkan mak dengan abah, tapi korang tetap bersama dengan Ain.

Alhamdulillah, aku berjaya mengharungi ujian ini. Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku kekuatan.