Saturday, August 11, 2012

Aku Sebuah.......

Nama aku S. Bukan S 3 yang touching touching tu. Yang penting aku bukan SS. Tapi kadang-kadang adalah juga. Tapi tu masa aku muda mudi dulu. 24 tahun yang lalu. Aku memang popularlah masa tu. Sleeping Beauty pun belum wujud lagi masa tu.

Dalam masa 24 tahun yang aku lalui, aku tak beberapa nak ingat sangat apa yang berlaku. Kalau setakat berlanggar, kemalangan, dah biasa kot. Tapi bentuk badan aku masih tip top. Kalau lekok lekok tu biasalah. Orang dah lama makan asam garam kehidupan. Macam tu lah.

Bulan 6 lepas, aku diserah dibawah jagaan Sleeping Beauty. Guwa dapat girlfriend baru. Girlfriend baru wey. Kau hado?

Dah masuk tiga bulan ulang tahun hubungan kitaorang. Sleeping Beauty semakin memahami aku. Dan dan dan semakin hari semakin sayang. Hihihi. *Blushing blushing

Sepanjang 3 bulan hubungan kami, macam-macam jadi, pahit manis semua bersama. Kena hon sama-sama. Kena marah sama-sama. Kemalangan pun sama-sama. Sampai dua minggu si Sleeping Beauty merajuk tak nak bawa aku lagi. Trauma katanya.

Macam ni ceritanya, hari kedua aku di tempat baru, aku terlanggar sebuah kereta cun. Disebabkan aku, Sleeping Beauty terpaksa membayar ganti rugi RM500 kepada kereta cun. Sebab tu kot, dia merajuk sampai tak nak sentuh aku langsung seminggu lebih tu.

Dan sehinggakan aku rasa dia dah tak nak dekat aku dah. Tapi, selepas dua minggu, dia datang balik dekat. Dia beranikan diri. Lawan trauma dia. Dan aku terharu. Sangat terharu. *Kesat air mata.

Penantian aku dekat depan rumah sewa Sleeping Beauty selama berhari-hari, berbaloi. Dia kembali seperti biasa. Macam dulu-dulu, cuma dia masih takut. Berbekalkan semangat dari ibu dan ayah dia, keluarga dia, kawan dia, dia akhirnya mampu melawan rasa trauma. Aku tumpang bangga.

Bukan senang dia nak bangkit lawan rasa trauma tu. Bak kata ayah mertua aku, adatlah kalau memandu. Langgar sini langgar sana.

Minggu ketiga aku disana, aku mula sakit. Sikit sikit mati dekat tengah jalan. Kasihan Sleeping Beauty kena hon banyak kali. Teresak-esak dia tengok aku sakit. Terharu aku dibuatnya. Lepas ayah mertua bawa aku pergi hospital, bersihkan organ organ dalaman, aku pun kembali sihat. Alhamdulillah.

Ku sangka panas sampai ke petang, hujan di tengah hari. Minggu keempat, aku mengalami symptoms yang sama. Aku tak boleh dihidupkan pada saat saat genting. Dah tekan minyak, tapi tak boleeh juga. Akhirnya, dia meninggalkan aku sekali lagi.

Lepas tu, ayah mertua aku datang, dia bawa jantung baru untuk aku. Dan aku berjaya dihidupkan semula. Sleeping Beauty nampak happy bila aku berjaya dihidupkan lagi. Terharu.

Dan setelah 3 bulan aku bersama dengan Sleeping Beauty, aku berharap aku tak sakit lagi. Kasihan Sleeping Beauty. Dia jaga aku dengan penuh kasih sayang. Dan aku akan berkhidmat dengan penuh kasih sayang.

Tapi sekarang Sleeping Beauty dah pandai nak merempit. Lagi-lagi bila balik Segamat. SubhanaAllah. Nakal sungguh.

Yang benar, 
Proton Saga keluaran 1988.