Friday, June 29, 2012

Surat Cinta untuk Awak

Apa perasaan awak bila orang yang awak rapat, dah lama kenal dan orang yang paling awak sayang jauhkan diri daripada awak, tak bercakap dengan awak, dan sikit pun tak peduli apa yang awak yang buat.

Tapi bila dengan orang lain, orang tu tampak gembira. Mereka baik-baik sahaja walaupun tanpa awak. Mereka lain bila dengan awak. Kenapa?

Awkward.

Ya, awkward. Awak dengan dia awkward antara satu sama lain.

Kenapa?

Mereka mungkin salahkan awak. Sebab awak tak nak bercakap dengan mereka, jauhkan diri awak, tapi jauh sudut hati awak, awak peduli setiap gerak geri mereka. "Mereka okay tak?"

Bukan tak ambil langkah nak rapatkan yang renggang, tapi mereka yang lagi merenggangkan. Awak rasa worst sangat. "Kenapa jadi macam ni?"

Bukan sahaja seorang malah ada orang lain yang turut awkward dengan awak. Awak rasa terrible dan even worst. Bukan seorang tapi dua atau tiga atau empat orang awkward dengan awak. Awak rasa awak dah buat silap besar dengan mereka. Disebabkan awkward awak dengan dia, orang lain turut awkward.

Awak rasa penat. Sebab awak yang selalu rapatkan kerenggangan tu. Bukan sekali tapi banyak kali. Awak rasa awak dah tak layak bersahabat dengan mereka. Kejamkah awak?

Kejam, kata mereka.

Salah siapa?

Tak ada manusia yang sempurna. Dan setiap manusia tak pernah terlepas melakukan kesilapan. Patutkah awak terus lari dari dunia awkward ini?

Tapi bagaimana?

Biarkan masa menentukan segala. Ya, masa. Dan berdoa. Apa-apa yang berlaku, semuanya berbalik kepada Allah SWT.

"Jangan buat lagi. Kalau awak buat lagi, kita betul-betul ignorekan awak selamanya. Mungkin"

Mungkin perkara tu akan menjadi realiti. Mungkin. Siapa tahu? Dan awak takut kalau suatu hari nanti awak betul-betul kehilangan mereka semua. Dan siapakah yang sudi hulurkan tangan waktu itu?

Awak ingat balik satu persatu memori yang terukir antara awak dengan mereka. Gelak tawa mereka, gurau senda mereka, dan tangisan mereka, bukan mudah untuk awak lupakan macam tu sahaja. Bukan mudah untuk awak padamkan memori itu. Pedih, perit, rasa hati awak. Tak ada siapa yang tahu.

Awak putus asa. Awak tarik diri daripada mereka. "Aku tak layak menjadi RiSHAH" Awak lap air mata yang berguguran. Awak cakap dengan diri awak, kau kuat. Allah sentiasa bersama dengan kau.










Dan sebenarnya, awak sayangkan mereka semua sebagai seorang sahabat. Ya, walaupun awak dengan mereka hanya kawan rapat. Dan awak tidak mahu awkward menjadi punca kerenggangan persahabatan awak kerana awak terlalu sayangkan mereka.

Dan awak berharap, mereka dapat maafkan diri awak yang kerdil. Ya, kadang-kadang awak pentingkan diri sendiri. Awak lupa dengan kawan-kawan awak. Awak selalu marah kawan-kawan awak. Tapi kawan-kawan awak itulah yang memberi sumber semangat dalam hidup awak.





Buat 'Fahima', Selamat Ulang Tahun yang ke-19. Awak tetap comel walaupun semakin menganjak usia. Walaupun kita masih awkward, awak masih kawan kita. Sincerely, Ain. 

p/s : Terima kasih Nasharah dan Hasmida sebab bagi semangat. Yang memahami bila aku tengah bersedih. 

No comments: