Friday, June 1, 2012

Sleeping Beauty #7: FAQ

 
 1. Siapa Sleeping Beauty?

Nama dalam surat beranak dan kad pengenalan aku, Nurain binti Mohd. Ali. Nama glamour aku, Nurain Ali. Nama saintifik, Alien. Nama RiSHAH, Panda. Nama dalam buku sejarah, Sleeping Beauty.

Orang panggil aku Sleeping Beauty sebab dulu masa tingkatan empat, aku selalu tidur dalam kelas. Selalu jugaklah aku melayari mimpi-mimpi indah dalam kelas. Satu hari, Cikgu Salwati, cikgu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan buat survey. Antara kategori-kategori yang dicalonkan ialah Ratu Kebaya, Ratu Tandas, Ratu Pemalas dan sebagainya. Termasuklah Sleeping Beauty atau Ratu Tidur. Well, orang yang paling banyak dapat voting dalam kategori Sleeping Beauty ialah aku. Aku pun undi diri aku sendiri. Tapi kalau aku tak undi pun, aku tetap menang wey.

Semenjak hari tu, aku dikenali Sleeping Beauty. Budak suka tidur dalam kelas. Kalau tengah belajar Mathematics, tak sah kalau tak nampak aku tersenguk-senguk dalam kelas.


2. Siapa Datuk Keternamaan?

Aku tahu ramai yang curious. Datuk Keternamaan tu, bahasa kasarnya, dialah yang selamatkan Sleeping Beauty daripada tidur panjang lepas disumpah sesumpah, eh bukan, Penyihir. Datuk Keternamaan ni berasal dari Planet Pluto. Macam mana boleh sangkut dengan Sleeping Beauty, aku pun tak tahu. Dia ni ada datuk pun bukan sebab kaya, tapi tapi cucu dah ramai. Cucu dia pula bukan manusia tapi yang berwarna hijau, bermata tiga segi, kepala pentagon dan badan nonagon.

Siapa yang nak? Kalau ada nak, boleh contact aku melalui email. Terima kasih.

Walaupun Sleeping Beauty dah reject si Datuk Keternamaan, tapi Datuk Keternamaan masih setia dengan Sleeping Beauty. Aku rasa Sleeping Beauty ni pun dah kena sesumpah dengan Datuk Keternamaan. Tak lari gunung dikejar.


3. Siapa Lelaki Idaman kau?

Kalau dapat diundurkan masa, aku nak kahwin dengan Putera Raja yang berjaya mengejutkan Sleeping Beauty daripada tidur yang panjang.

Lelaki Idaman aku yang pasti bukanlah Datuk Ketenamaan. Sesiapa sahaja asalkan bukan Datuk Keternamaan. Betapa aku benci dengan Datuk Keternamaan.

Dalam setiap episod, Lelaki Idaman Sleeping Beauty sentiasa berubah. Kalau dia nak Lee Min Ho jadi lelaki idaman, memang mimpi tu akan dipenuhi dengan Lee Min Ho dan berakhir dengan Datuk Keternamaan. Datuk Keternamaan lagi....


4. Macam mana kau reka jalan cerita Sleeping Beauty?

Biasanya, aku akan kaitkan dengan kehidupan sebenar. Let's say aku akan menghadapi FINAL EXAM, latar belakang cerita akn berdasarkan final exam.

Dan latar belakang mimpi biasanya, situasi yang aku betul-betul aku alami atau aku ingini. Cerita dalam mimpi biasanya based on true story. Separuh adalah imaginasi aku yang terlalu tinggi.

Setiap satu episod aku akan cuba sampaikan cerita yang berbeza, tapi aku taktahu berapa ramai yang dapat true story daripada mimpi-mimpi dan latar belakang tersebut. Omputih kata, It's doesn't matter. Yang penting kalau reader aku enjoy dengan apa yang aku sampaikan. 


5. Sampai bila kau teruskan Sleeping Beauty?

Sleeping Beauty ibarat jiwa kedua aku. Penyeri blog aku. Ceh. InsyaAllah, selagi aku mampu menyediakan cerita terbaik dari ladang untuk reader blog.

Aku rasa yang masih blog ni dari dulu sampai sekarang dah tak ada. Setahun aku tinggalkan dunia blogging demi SPM. Aku aku kembali ke dunia blogging ibarat macam buka blog baru.

Kalau ada yang masih baca blog aku, aku nak cakap satu je, "Hai awak. Terima kasih sebab setia dengan saya. Kita sayang awak. :3" *Lambai-lambai tangan.


Lastly, aku sediakan doodle watak Sleeping Beauty The Series. Aku baru belajar mendoodle. So, aku punya art work tak adalah hot sangat. Enjoy.  Siapa yang baru nak mula membaca Sleeping Beauty The Series, klik sini.



Hai. Agak-agak ada tak yang nightmare malam ni. 

Tadahh, inilah Mr Right yang kita tunggu-tunggukan. 


Hai. Kitalah yang suka tidur dalam kelas tu.
Tadah! Inilah Sleeping Beauty kita. Comelkan.





6 comments:

Nurulee said...

Seronok baca entry ni. Hihihihi =D

http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/go-expend-money.html

rAIHan said...

hehe..comel doodles tuh semua..

p/s: membalas singgahan..=)

gdsbnga said...

amboiii comelllnyeee sume doodle yang ain buatttttt . eii geramm tengok ~! hhi

Nurain Ali said...

@Nurulee
Terima kasih sebab sudi baca entry ni

Nurain Ali said...

@raihan
Terima kasih. Hehehe. Cuma datuk keternamaan je yang tak comel mana.

Nurain Ali said...

@gdsbunga
Kitatahu memang comel pun. Hehehehe. Terima kasih ayuz!