Sunday, June 10, 2012

Pengajaran bulan ini : Jangan putus asa


Nota untuk diri sendiri.

Pejam celik pejam celik aku dah senior. Dah tahun dua. Dah besar. Dah dewasa. Okey, cukup. Sepajang 3 sem aku berada di UTHM, banyak benda aku tempuh tanpa emak dengan ayah. Selama ni, aku bergantung dengan emak dan ayah. Sekarang, aku terpaksa berdiri di atas kaki aku sendiri. 

Kadang-kadang, aku rasa nak give up. "Kenapa susah sangat?" Aku rasa nak balik, duduk rumah goyang kaki. Aku rasa aku tak boleh bawa. Sehinggalah aku terbaca ayat ni. 

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya
- Al-Baqarah 286

Alhamdulillah, dengan semangat emak dan ayah, aku melangkah lagi. Walaupun aku jatuh, aku rasa aku tak boleh putus asa walau apa pun jadi. 

Kadang-kadang aku rasa kecewa, "Kenapa aku tak boleh skor?" "Teruk sangat ke Final aku?" Rasa nak menangis pun ada. Tapi aku percaya, setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya. Ketentuaan Allah tu lebih manis sebenarnya. Ya, aku kena bangkit. Aku tak nak selamanya jatuh. Aku kena bangkit semula dan mulakan langkah. 

RiSHAH (Rabiqah, Sarah, Humairah, A tu aku, Hasmida), Terima kasih sebab selalu ada dekat sisi kita. Kita sayang awak semua. Rindu nak buat projek sama-sama. Lagi-lagi masa buat origami dengan Flash. Emak, ayah, terima kasih bagi Ain peluang untuk menimba ilmu. 

Ya Allah, kuatkan hati aku menempuh ujianMu. Amin ya Rabbal. Setiap usaha pasti ada ganjarannya yang setimpal. Semester 1 Tahun 2, doakan aku terus berjaya di UTHM. 



Larger scale doodle yang berhari-hari aku buat, akhirnya siap. Fuh, lega. 

1 comment:

gdsbnga said...

comellll gileeee ^^
goodluck sem baru ni ye ain .