Sunday, June 17, 2012

Misteri Rumah 5A : Mana Meter Air?


Mangsa :
Ain, Yumairah, Rabiqah, Hasmida, Amylia, Nasharah, Haidar

*****

Kes vs Misteri

Hari pertama. 10/6/2012

"Kenapa air ni kecil sangat? Tekanan rendah ke? Tapi masa first time datang, tak ada pulak masalah tekanan rendah ke tinggi. Lagipun rumah ni bukannya dekat kawasan bukit, rata je. Misteri ni" 

Dah lah panas, berpeluh pula tu, air pula cuma cukup-cukup untuk lap badan je. Air untuk ambil wuduk pun tak ada. Mungkin dua tiga jam adalah tu air ni. Saje nak main sorok-sorok dengan kitaorang. Nak berkenalanlah tuu. 

Dah pukul 1 pagi, aku cuba cek kalau-kalau air dah keluar. Tak sedap nak tidur kalau tak solat lagi. "Mai, air tak ada lagi ni. Macam mana?" 

"Meter air tu kunci kot. Jom pergi tengok jap,". Sampai je dekat meter air tu, tengok-tengok meter air dah tak ada. "Tadi pagi masa kita sampai, meter air tu ada lagi. Takkanlah kena curi pula?" 

Kalau betul kena curi, kenapa rumah kitaorang je yang kena curi. Jiran aku cantik je ada meter air tu. Kalau kena potong, takkanlah SAJ buat kerja malam-malam kot. Kalau betul kena potong, kenapa air dari pili tu ada lagi. Satu isi rumah cakap, "Aku nampak pagi tadi ada lagi meter air tu,". Misteri ni. Macam mana boleh hilang si meter air ni?

Pepagi buta tu jugalah aku dengan kawan-kawan sibuk tadah air. Nasib baik ada air. Kalau tak, pergi kelas tak mandilah esoknya. Bayangkanlah kitaorang terpaksa melangkah besar untuk dapatkan air. Penat panggil kakak sebelah, tapi tak terbuka pun pintu tu. Ingatkan nak minta air kakak sebelah orang tu, tapi kakak sebelah tu macam tak endah je, terbantut niat nak minta air. 

*****
Penyelesaian

Esoknya, Rabiqah pun telefonlah SAJ. Dia cakap kena buat laporan polis apa semua lepas tu pergi SAJ daerah Batu Pahat. Macam buat jenayah besar je bila kena pergi balai polis. Seram ~ Dalam pukul 2:30 Rabiqah dengan Mida pun berangkatlah ke SAJ daerah Batu Pahat.

Alhamdulillah, petang tu juga pihak SAJ pasang balik meter air kitaorang. Kalau tak, esoknya ke kelas tak mandilah kitaorang. Lagi-lagi bila air dah tak ada langsung dekat pili air tu. 

Menurut pihak SAJ, meter air kitaorang sebenarnya dah kena tarik pada 1 Jun 2012. Bukan sebab kena curi ke apa. Sebab tak bayar hutang tertunggak seratus lebih tu. Bukan juga sebab tekanan rendah ke tinggi. 

Malu betul dengan Pegawai SAJ tu bila kitaorang cakap meter air kitaorang kena curi padahal kena tarik balik dengan pihak SAJ. Misteri Rumah 5A yang pertama selesai. *Blushing blushing. 

1 comment:

Bunga said...

tk dapat bayangkan kalau korang pegi kelas tak mandi :P