Thursday, April 26, 2012

Husband Baru

Hhihihi *Tutup muka* Kita malu nak cakap. Kita kita dah berpunya. Siapa? Adalah. Kita bagi nama dia Anak lelaki Eric. Hihihi, nama ayah mertua kita Eric.

Well, atas nasihat ibu dan ayah yang teringin berbesankan dengan Encik Eric, maka dengan berbesar hati aku menerima lamaran anak lelaki Eric. 

Ya, aku akui agak kecewa sebenarnya apabila niat aku ingin bersuamikan dengan Sam tak terkesampaian. Seriously, heart breaking juga masa tu. Makkkkk, nak kahwin dengan Sam.

Tapi, aku nak jadi anak solehan, jadi aku terima cadangan pak cik Eric. Mungkin tiada jodoh antara aku dengan Sam sebab Allah rancangkan yang terbaik buat aku. Dengan lafaz bismillah, aku terima nikahnya. Ehhhhh, tak. Aku terima lamaran anak lelaki Eric. 

Selepas perbincangan dengan keluarga pak cik Eric. Akhirnya, aku dan anak lelaki Eric pun pun...........

Anak lelaki Eric kini miliku yang halal. Wa tak mainlah yang haram haram ni. Wa rasa bahagia sebab wa touch suami wa dengan halal. Halal wey, bukan secara haram. 


Lepas ni kalau aku nak 



telefon emak aku lebih mudah sebab aku aku aku



dah dapat handphone baru. Ya, handphone baru. No hard feeling.

Terima kasih abah sebab belikan husband baru untuk Ain.



Nampak tak boyfriend baru kita tu? Ala, yang warna pink tu? Comel kan kan?

Friday, April 6, 2012

Boyfriend : Edisi Kekasih yang Tak Dianggap

Nama aku SE. Lebih special lagi K770i.  Nama ayah aku Sony. Ala yang make.believe tu. Aku dimiliki oleh Sleeping Beauty sejak 2009.

Dulu, aku ni cuma pilihan ayah si Sleeping Beauty tu je. Sleeping Beauty tak nak dekat aku. Sebab aku ni flat tak boleh tolak tolak macam slide. Apa? Dia ingat aku tak boleh tolak-tolak macam slide tu? Aku pun bolehlah.

Dah lah tak handsome, pipi tersorong-sorong. Keding pulak tu. Siapalah yang nak dekat aku. Tapi disebabkan Sleeping Beauty tu desperate sangat, dia akhirnya memilih aku. Aku terharuuu~

Biasalah, awal-awal hubungan kitaorang, dia jaga aku dengan baik. Tanpa aku, dia tak mungkin dapat mengubungi kekasih hatinya. *Ehem ehem Datuk Keternamaan kot* Dan aku terharu dia sentiasa memberi perhatian yang khusus dekat aku. Betapa aku bertuah masa itu.

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Entah mengapa papan kekunci terasa kebas. Kasihan aku lihat Sleeping Beauty mengerut muka setiap kali menekan-nekan papan kekunci di badan aku ini. Ialah terpaksa meletakkan tenaga bila nak mengurut badan-badan aku. Kalau tak, aku tak nak berfungsi.

Tak lama selepas tu, satu persatu papan kekunci mulai tanggal. Oh my God, STRESS. *Versi Gary* Kadang-kadang tu, ada ke patut Sleeping Beauty pergi kopek papan kekunci yang dah nak tanggal ni. Ishh, geram betul aku tengok. Sedih aku tengok papan kekunci aku dah tak sesempurna dulu.

Dulu, dululah. Kalau nak bergayut lama-lama, aku tak kisah. Aku benarkan. Sekarang jangan mimpi. Aku tak benarkan. Ada je gangguan Sleeping Beauty dapat bila dia tengah bergayut dengan si buah hati pengarang jantung. "STRESS!" Sleeping Beauty mula besarkan suaranya sejak itu. *Kesat air mata*


Aku tak tahulah masalah aku. Sejak semenjak ni, aku selalu tak dapat coverage. "No network to access" atau "Emergency call only". "STRESS!!" Sleeping Beauty sekali lagi meninggikan suara dia kepada aku. *Kesat peluh. Air mata dah kering*


Dengar-dengar ura, Sleeping Beauty nak cari yang baru. Yang screen touch touch gitu. Kawan dia tu, asyik menghasut. Opang kan baru tahu.

Kalaulah ura tu betul, aku merelakannya. Mungkin aku juga patut besara menjadi "Aku sebuah handphone". Aku sayang kau Sleeping Beauty walaupun kau annoying. :3



Akulah kekasih yang tidak dianggap lagi. 
Nota Etika tak siap lagi.....