Thursday, March 29, 2012

Sleeping Beauty #5

Masa yang diberikan ialah 2 jam 1/2. 

Buka helaian pertama, "Identify TWO (2) advantages ofusing string objects. Tinggal dululah, nanti baru jawab."

Buka helaian kedua sampailah ke helaian terakhir, baca soalan je terus tutup mulut. Mata pun apa lagi, makin lama makin sepet. 

"Tak apa Ain, tidur dulu, nanti baru jawab. "

*****
Sleeping Beauty mengambil angin di taman berdekatan dengan istananya. Tiba-tiba

"Mengumumkan ketibaan Putera Mahkota H." Pengawal istana mengumumkan ketibaan putera dari Negeri Laut Bergelora.

Sleeping Beauty pun apa lagi, berlari-lari anak ke arah Putera H. Tiba-tiba, "Kenapa aku rasa jantung aku macam nak gugur ni? Ilmu apa dia pakai ni? Aku rasa aku dah....."

"Assalamualaikum, Tuan Puteri" satu suara garau menegur Sleeping Beauty. Sleeping Beauty menoleh ke arah pemilik suara tersebut. "Cair~. Tolong aku!"

"Waalaikumussalam, Putera H. Panggil sahaja beta Sleeping Beauty." Terketar-ketar Sleeping Beauty menjawab salam Putera H.

Bermula dari situlah Sleeping Beauty dan Putera H jatuh cinta berjanji sehidup semati. Setiap hari Putera H akan datang ke istana Sleeping Beauty untuk menemui satu-satu puteri di dalam hatinya.

Kalau aku bulan, kau jadi apa?
Aku? Aku nak jadi bintang. 
Kenapa kau nak jadi bintang?
Sebab bintang selalu dekat dengan bulan dan tetap bersinar setiap saat. 

Lama mereka bercinta, sehinggalah suatu hari Sleeping Beauty melamar Putera H untuk membina mahligai bahagia.

Sudikah kau menjadi imanku sehingga Jannah?
Ya, aku sudi. Tapi...
Tapi apa?
Bukan sekarang. Kita masih muda.

Hari demi hari, Putera H tidak lagi seperti dulu. Hati Sleeping Beauty sangat merindui H yang dulu. Ke manakah Putera H yang dulu?

"Sleeping Beauty, ini ada surat untuk Tuan Puteri."

Sleeping Beauty membuka surat yang diberikan oleh dayang istana. Hatinya mula berbunga-bunga apabila mengetahui surat itu daripada Putera H kesayangannya. Senyum lebar sampai telinga.

"Maafkan aku Sleeping Beauty. Aku goyah. Aku gagal tunaikan janji aku. Aku jatuh cinta dengan Puteri Aria. Maafkan aku."

Air mata tidak disangka-sangka jatuh meleleh dari mata Sleeping Beauty. Sebak.

Tiba-tiba, satu suara yang amat dikenali menegur Sleeping Beauty, "Aku kenal suara ni. Takkan lah....."

"Jangan risau Sleeping Beauty, aku kan setia mennati dirimu." Suara itu menegur.
"Datuk Keternamaan? Tidakkkk!"

*****

"Masa menjawab tinggal 15 minit lagi. Anda tidak dibenarkan keluar dari dewan sehingga selesai waktu menjawab."

Seorang pengawas peperiksaan bertanya, "Kenapa awak menangis?"

"Saya..saya tak sempat nak jawab." Sambung menangis lagi.

2 comments:

gdsbnga said...

tak boleh blah gileee tido mase exam , mimpi nak hot lagi tuu . hahaha

Yang Benar Hanini said...

Assalamualaikum kak . Sambunglah cerita lagi . Best baca cerita kakak . Harap ada sambungannya lagi <3 Terima kasih