Sunday, February 5, 2012

Sleeping Beauty #4

Nak baca yang ni, kena baca yang ni dulu. 
*****

Mengantuknya! 

*****

Tengah sedap-sedap dating dengan C++, function prototype kena ada semicolon, tiba-tiba Zayn Malik punya suara mendayu-dayu berbunyi. Oh mak kau! Kan dah melatah. Telefon bimbit rupanya. Emak telefon.

"Assalamualaikum mak"
"Waalaikumussalam. Ada orang datang merisik"
"Siapa siapa?" *Muka eksaited.jpg*
"Manusialah, takkan alien pula. Mak tak kenallah, tapi mak terima je"
"Mak, Ain nak study lagi emak. Tak ready lagi nak kahwin ni semua"

Masa dengar benda ni, aku rasa dunia aku berhenti sekejap. Main tampar-tampar muka. Pelepuk. Betul kau tak mimpi. Ke aku salah dengar. 

Masa kecil-kecil, cakap pasal kahwin. Nak tunggu putera raja! Macam Sleeping Beauty tu. Tidurlah selama mana, tup tup ada putera raja! Tak pun nyanyi lagu Laju buaiku laju, aku nak kahwin dengan anak raja. #Realiti.

Tapi masa sekolah menengah, cakap asal kahwin je, ni jawapan aku "Tunggulah 10 tahun lagi. Masa tu dah ada rumah banglo 2 tingkat, Mini Copper warna Purple, pakai baju Guess, kasut Jimmy Choo. Barulah kahwin." Hikhikhik. 


Sekarang bila dengar pasal kahwin je, aku teruja. Apahal baru habis satu semester dekat u dah gatal nak kahwin. Nampak buku "Aku terima nikahnya" terus je tersenyum lebar. Si Humairah "Ehem ehem malulah". 

"Aku terima nikahnya Nurain binti Mohd. Ali dengan mas kahwin senaskah Al-Quran tunai." Ecececehh. Kalau aku dengar ni, aku rasa aku sebak wey. Aku dah besar rupanya. Aku dah jumpa putera raja aku. Dan dan dan aku bukan lagi anak manja emak dengan ayah lagi. Aku isteri orang.

"Mak siapa mak orangnya?"
"Tuu."


Dan aku pun memandang ka satu arah. Dup dap dup dap. Adakah dia putera raja yang selama ini Allah kirim buat aku? Kaki aku mengeletar saat mata bertemu mata. 

"Haiii" *Macam kenal suara ni, suara ni suara........ Datuk datuk datuk Keternamaan dari Planet Pluto. 

Tak semena-mena, TIDAKKKKKKKKK!

*****

"Ain ain ain. Bangunlah. Tidur je. Kesian Tuan Haji mengajar tapi Ain tidur." Humairah mengoyang-goyang tubuh aku. 

Lahhh, mimpi ke. Tu lah, layan One Direction sampai lewat malam. Kan tidur dalam kelas.




Kita nak macam ni boleh tak, Encik H? Hikhikhik



6 comments:

RedBayes said...

to sleeping beauty,
saya nak bgtahu sahaja. saya bace awak punya blog tergelak sahaja, sekian, terima kasih.

Nurain Ali said...

Sleeping Beauty dekat sini, Hahahaha. Malulah kita bila kita baca awak punya komen ni. Terima kasih sebab sudi baca.

e4ezzati said...

ini benar benar sleping beauty :)

Nurain Ali said...

errr, sleeping beauty tu gelaran je.

NdhrhYusri said...

ohhhh awakk dah ada ehem ehem ehhh! Hahaha :p

gdsbnga said...

hem ehemmm hemm , kite pun nak macam ni dengan Encik S . harhar :P