Saturday, February 11, 2012

Masa Sekolah Menengah Dulu : 21 Guns

Tengah khusyuk- khusyuk membaca Al-Fatihah ketika rakaat kedua solat zohor, tiba-tiba berkemandang "Do you know what's worth fighting for". Astaghfirullah al azim. "When it's not worth dying for". Astaghfirullah al azim. Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah... "Does it take your breath away, and you feel yourself suffocating".

Dalam banyak-banyak lagu, kenapa lagu boleh menganggu konsentrasi aku? Sebab sebab......

*****
#Imbas kembali 2010. 
Masa muda-mudi dulu. Muka poyo nak mampus, bukannya tahu nak senyum. 

Satu hari pada awal tahun 2010, Pengetua SMK Tenang Stesen mengumumkan peperangan antara kelas dari Tingkatan 1 hingga Tingakatan 5. Kelas aku mestilah jadi sasaran utama dalam peperangan ni. Wanted sangat ke muka kita orang sampai jadi mangsa?

"Aku nak lagu 21 Guns!" Masa tu tengah popular lagu ni dan semestinya Transformer 2. Aww, Optimum Prime! Tapi...
"Aku nak You're Not Alone!" Masa tu Micheal Jackson baru je meninggal.

Tu kawan aku, kecoh kelas sebab pilih mana satu senjata yang bunuh kelas-kelas lain. Kalau akulah, aku nak pilih lagu, "Shot me out the sky, you're my Kryptonite." Kau cair tak kalau aku nyanyi lagu ni untuk kau? Awwww, mestilah tak. Suara aku macam katak. Kau dengar mesti pengsan. 

Walaupun aku tak puas hati sebab tak dapat nyanyi lagu One Thing, tapi aku nyanyi juga lagu 21 Guns tanpa perasaan. Kecewa tahu tak sebab aku nak nyanyikan lagu tu untuk Zayn Malik aku. 

Selepas berlatih sampai hilang anak tekak, masa untuk berperang. Siaplah kau. Aku kerjakan kau habis-habisan. Azam nak kalahkan kelas lain memang menjulang-julang sebelum naik pentas tapi bila dah naik pentas......

Dub dab dub dab dub dab...... 

Can I go to....
Noooo.
Ala. 

"Do you know what's worth fighting for". Menggigil dengan suara-suara sekali. Kawan dekat sebalah aku, pegang tangan aku kuat-kuat. 

"One 21 Guns, lay down your arm give up the fight. One, 21 Guns, throw up your arm into the sky. You and I" *Dalam hati, dah sampai chorus. Lagi separuh sebelum peperangi ini berakhir.*

"Sometime inside this heart has died, You're ruins." *Ulang chorus lepas tu dah tamat dah kelas aku punya peperangan. 

"You and I...................................." *Alhamdulillah! Aku nak pergi tandas, nak melepas. Kau tahu aku tahan sakit perut aku dari pagi sebab nak nyanyi lagu 21 Guns.*

*****

Padah bukak lagu kuat-kuat dalam bilik, sampai hilang konsentrasi aku beribadah. Astaghfirullah al azim. Ain Ain, apa nak jadi ni Ain. Insaflah kamu sebelum kamu diinsafkan. 


Rindu korang! :'(

p/s : Follower kita dah 444 lah. Cik Dealova anda bertuah! Terima kasih sebab menyokong Sleeping Beauty selama ini. Dari 2009 sehinggalah ke hari ini. You're awesome.

4 comments:

[ wanni ] said...

lain kali silent henpon before solat, huhe~

salam perkenalan sleeping beauty! :)

Nurain Ali said...

Roomates punya laptop, tak boleh nak buat apa. salam perkenalan wanni. :)

HeyFatso said...

tak boleh bla betol , haha . anw , lagu 21 guns tu memang terbaik ~ :D

aimie said...

Wah 21 guns maai favourite hahah best lah skolah awak ! :D

http://dalilamimi-mimiepotpet.blogspot.com/2012/02/6-tips-for-blogger-newbies-by-dalila.html