Wednesday, January 4, 2012

Misteri 116 : Kenapa tak boleh bukak pintu ni???



Hari tu aku tak ada kelas satu hari. Haruslah bangun lambat untuk bayar hutang hari sebelumnya yang terpaksa bangun seawal pagi. Lepas aku bangun je, terus je capai baldi kat bawah katil. Tak fikir apa dah, tandas dalam kepala ni. Dah tutup pintu bilik, kbai aku nak mandi. Takkan kau nak ikut juga?

Dah siap mandi apa semua, baru aku perasan, aku tak bawah baju, seluar dan benda dalaman. Tak pernah-pernah aku tertinggal benda dalaman terutamanya. Tak pe lah, keluar je lah. Biarlah mak cik cleaner dapat tengok aku berkemban sekejap. Dah rezeki dia nak buat macam mana.

Aku pun pulaslah tombol pintu bilik aku tu. Tetiba, kenapa ketat semacam ni? Kenapa tak boleh buka pintu ni? Aku aku aku aku


TERKUNCI ke masa keluar bilik tadi? Like seriously? Aku tak mimpi kan kan kan? *Tampar muka aku jap*

Dengan sehelai tuala, kunci ada kat dalam bilik, handphone dekat atas katil. Roomates ada kelas sampai tengah hari. Demmmmmmm, apa aku nak buat sekarang?

Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus. Relax Ain relax.

Masuk keluar tandas sebab nak cari idea, apa perlu aku buat. Mak cik cleaner tu mesti pelik semacam tengok aku berkemban, keluar masuk tandas. Buang tabiat agaknya budak ni, dalam hati mak cik cleaner ni.

Di sebabkan aku malu nak ambil baju dekat ampaian, aku pakai baju malam tadi. Busuk? Apa kisah, janji pakai baju. Benda dalaman aku sempat ambil dekat ampaian. Dengan sepantas kilat, menuju ke bilik Mida. Sekali Mida tak ada, dia pergi tingkat 2. Kuruslah aku macam ni, kalau cari Mida tak jumpa-jumpa.

Aku tengah sedih tak dapat masuk bilik, Mida duduk layan Facebook je. Bukan nak tolong aku. Ni nak merajuk ni. Biasalah, perempuan campur perempuan, gossip je lah kerjanya. Lupa sekejap perasaan sadis sebab tak dapat nak masuk bilik.

Cancel plan aku nak study, nak buat assignment yang melambak macam bukit semata-mata tak dapat masuk bilik. Sadis! Spoiler mood aku pepagi buta lagi.

Bincang-bincang dengan Mida, kitaorang pun decide nak pergi bilik Humairah balik. Tak bangun lagi budak kecil ni? Pinjam handphone Humairah, call si Sarah, "Aku tak dapat masuk bilik, terkunci masa aku pergi mandi tadi."

Si Humairah yang tengah berangan nak sambung tidur dia tu, terus ketawa macam orang tak betul. Ke memang betul, si Humairah dah memang tak betul? Bahaya ni, kena hantar cepat-cepat dekat Hospital Permai.

"Ain Ain. Tu lah, dulu ketawakan orang lagi, padan muka tak bleh masuk bilik." perli si Humairah. *Tutup muka sekarang juga*

Si Sarah temankan aku pergi pejabat, nak pinjam kunci. Aku rasa macam nak menangis, bila dia letak papan tanda "SORRY WE'RE CLOSED". Padahal baru pukul 10:30 pagi. Kau makan gaji buta ke? Pukul 10 pagi dah tutup pejabat. Demmmm. Rosak plan aku.

Bertapa dekat bilik Humairah sampai pukul 12 lebih. Balik bilik, Ekin dah balik dari kelas. Fuhhh, bilik ku syurgaku lah katakan. Alhamdulillah. Lepas ni kena bawak kunci pergi tandas. Kalau tak, habislah kau Ain.

Lain kali bangun tidur, baca doa. Ni tidak, kan dah mamai sampai tak perasan terkunci pintu bilik. Nasib baik tak ada kelas, kalau tak memang dalam sejarah, aku ponteng kelas.

1 comment:

Unknown Virus said...

ehem. ehem. kesian mida jadi mangsa. haha. XD