Sunday, January 22, 2012

Masa Kecil-Kecil Dulu #1



Gua ingat lagi masa gua umur 4 atau 5 tahun, masa comel-comel dulu, *sekarang tak comel lagi dah* rambut tocang dua, pakai baju kurung, pakai kasut warna merah, kan comel tu. Mak dan ayah gua bawa gua pergi Forum Perdana dekat Dataran Segamat. Gua tak tahu apa-apa beb, tapi gua ikut je. Lu jangan tanya gua tajuk Forum Perdana tu, sebab gua tak ingat. Apa yang gua ingat?

Yang gua ingat, gua makan ais krim banyak hari tu. Sebab ada orang sponsor. Free! Sekarang nak datang ais krim pop 10 sen percuma pun susah. Lagi satu yang gua tak lupa hari tu ada papan gelongsor. Gua tengah kanak-kanak, kalau ada papan gelongsor tu, gua dah tak nampak benda lain lagi dah. Lu jangan tanya muka pencemarah, sebab gua tak ingat lagikan pula namanya.

Lepas makan ais krim, ayah bawa gua ke papan gelongsor. Sampai gua tak nak balik, nak tidur kat papan gelongsor tu. Dua tiga ulang alik sebab rindu nak bergelongsoran dengan papan-papan tu. Ayah gua memang baik melayan kerenah gua yang menagda-gada ni. Oleh sebab dia geram tengok gua asyik nak main gelongsor tu, dia tinggalkan gua sorang-sorang dengan papan gelongsor.

Tiba-tiba gua rasa bosan. Gua nak balik. Gua nak makan ais krim lagi. Tengok sekeliling, "Mana ayah aku!!!!"

Alhamdulillah, gua ingat jalan nak balik. Tapiiii suku perjalanan je yang gua ingat. Demmm. Ayah! Mana ayah ni! Gua pun menangis tak berlagu cari papan gelongsor balik. Papan Gelongsor je lah yang faham perasaan gua masa ni. Sekali gua sampai dekat papan gelongsor tu, nak manja-manja lah kan, rupanya dah ditutup dengan kain. Dem, sampai hati u buat i macam ni. Lagi kuat aku melalak depan orang ramai masa tu.

Tiba-tiba ada seorang lelaki bawa gua berjumpa dengan krew TV1. Jap, gua jumpa krew TV1 ke? Like seriously, gua tak mimpi kan kan? Dulu masa kecil-kecil jumpa diaorang tak ada perasaan langsung. Nasib baik aku tak masuk TV1. "Anak siapa lah tu hilang?" Malu gua malu gua. Tak keluar rumah 44 hari 44 malam. Tapikan kalau masuk TV, apalah salahnya. Terpopular sekajap jadilah.

Tak lama lepas tu, ayah gua pun datang cari gua. Yeahhhh, dapat makan ais krim. Jom, ain nak ais krim. Cepat-cepat tinggalkan krew TV1. Fobia tengok papan gelongsor. Tak nak kawan dengan papan gelongsor lagi.

Kan betul gua cakap, gua dapat makan ais krim. Tapi kan emak gua hilang sebab dia risau gua hilang masa main gelongsor. Kesian emak gua, gara-gara gua dia sanggup merempuh lautan manusia dekat Dataran Segamat semata-mata nak cari gua.

Kalau gua ingat peristiwa ni, gua boleh terguling-guling ketawa. Macam tu jugaklah, mak dan ayah gua.



Dulu masa kecil-kecil, alololo comelnya. Sekarang, Ya Allah.

5 comments:

Mish eika :) said...

HAHA . zaman kecik kecik dulu mmg manis :)

Cik Eliza said...

alololo. comel nya dia. haha

Nurain Ali said...

Mish eika. Tahu tak pe. kalau lah boleh turn back kan.

Cik Eliza, erk, awak tu lagi comel taw.

fakhri khairi said...

cute ;)

AzwanRamli said...

menarik......