Wednesday, December 28, 2011

Boyfriend Baru ???!!!!

"Mak, Ain rasa Ain dah jatuh cinta lah. 'Dia' handsome, comel, popular pulak tu. Ain rasakan 'Dia' tu Prince Charming Ain. Awwww"


Hari tu, aku nampak 'N53'. Aku rasa aku boleh pengsan depan-depan dia. Tak boleh, malulah dengan dia kalau aku pengsan betul-betul dia. Jatuh saham aku. Perasaan aku macam tengah jumpa Hyunseung Beast depan mata. 

Aku tak kira, aku nak N53 juga. Peduli apa kalau aku dah ada dua orang boyfriend sekalipun? 

Tip mengurat, mestilah tahu isi hati si Dia. Bila dah kenal, aku rasa Dia sempurna. Dia memenuhi ciri-ciri calon suami aku! Bolehlah kan kalau kita kahwin dulu dengan Dia ni. Hihihi. Awak cakap, kalau nak jadi milik awak, kena masuk meminang, awak kata wang hantaran mesti RM 2600. Kita nak masuk meminang, tapi masalah kewangan buat kita fikir dua kali. Kita tangguh dulu ea? 

Hari tu, kita dah janji nak jumpa kat Batu Pahat Mall. Puas kita pusing satu mall tu, tapi bayang awak pun tak nampak. Kita ada juga tanya, kalau-kalau ada orang nampak awak, kecewa saya dengar! *Menangis* Orang cakap, awak dah tak ada. *Dimana kan ku cari ganti, seperti dirimu*

Tapi kita tak putus asa, kita cari awak dekat Segamat. Penat kita cari, tapi tak jumpa juga. Kita ada jumpa seseorang yang sebiji macam awak, saling tak tumpah. Tapi dia cakap wang hantaran mesti RM 3K. Mungkin kita dah tak ada jodoh. Kita bukan orang kaya, kita tak setaraf. Kita mesti lupakan awak, sebab ada orang yang tengah menanti diri kita. 

Ya, saya dah jadi milik orang lain atas pilihan ibu dan ayah saya. Saya dah cuba tolak lamaran tu, tapi ibu beria-ia nak menjodohkan kami berdua. Saya takut kalau-kalau menyesal di kemudian hari. Tapi saya kuatkan hati ini, "Ala, semua laptop sama je."



Boleh cair kalau tengok laptop ni lama-lama. Sayangkan, tak ada jodoh. 



Mr Hewlett-Packard dan Mr Dell Darling, kita tetap sayang awak berdua! Tapi lagi sayang Asus A43SJ kita tu. Hihi. Mr Asus kita tak bernama lagilah. Thanks mak dan abah sebab sanggup belikan 'boyfriend' baru untuk Ain! :')

4 comments:

Unknown Virus said...

ehem! untunglah dapat lappy baru. -..-

ヌライン said...

mestilah, gila tak untung! haha

nurhafizah said...

wahh.laptop kte same :P

Nurain Ali said...

wah. yeke? give me five sikit. hehe