Wednesday, December 28, 2011

Boyfriend Baru ???!!!!

"Mak, Ain rasa Ain dah jatuh cinta lah. 'Dia' handsome, comel, popular pulak tu. Ain rasakan 'Dia' tu Prince Charming Ain. Awwww"


Hari tu, aku nampak 'N53'. Aku rasa aku boleh pengsan depan-depan dia. Tak boleh, malulah dengan dia kalau aku pengsan betul-betul dia. Jatuh saham aku. Perasaan aku macam tengah jumpa Hyunseung Beast depan mata. 

Aku tak kira, aku nak N53 juga. Peduli apa kalau aku dah ada dua orang boyfriend sekalipun? 

Tip mengurat, mestilah tahu isi hati si Dia. Bila dah kenal, aku rasa Dia sempurna. Dia memenuhi ciri-ciri calon suami aku! Bolehlah kan kalau kita kahwin dulu dengan Dia ni. Hihihi. Awak cakap, kalau nak jadi milik awak, kena masuk meminang, awak kata wang hantaran mesti RM 2600. Kita nak masuk meminang, tapi masalah kewangan buat kita fikir dua kali. Kita tangguh dulu ea? 

Hari tu, kita dah janji nak jumpa kat Batu Pahat Mall. Puas kita pusing satu mall tu, tapi bayang awak pun tak nampak. Kita ada juga tanya, kalau-kalau ada orang nampak awak, kecewa saya dengar! *Menangis* Orang cakap, awak dah tak ada. *Dimana kan ku cari ganti, seperti dirimu*

Tapi kita tak putus asa, kita cari awak dekat Segamat. Penat kita cari, tapi tak jumpa juga. Kita ada jumpa seseorang yang sebiji macam awak, saling tak tumpah. Tapi dia cakap wang hantaran mesti RM 3K. Mungkin kita dah tak ada jodoh. Kita bukan orang kaya, kita tak setaraf. Kita mesti lupakan awak, sebab ada orang yang tengah menanti diri kita. 

Ya, saya dah jadi milik orang lain atas pilihan ibu dan ayah saya. Saya dah cuba tolak lamaran tu, tapi ibu beria-ia nak menjodohkan kami berdua. Saya takut kalau-kalau menyesal di kemudian hari. Tapi saya kuatkan hati ini, "Ala, semua laptop sama je."



Boleh cair kalau tengok laptop ni lama-lama. Sayangkan, tak ada jodoh. 



Mr Hewlett-Packard dan Mr Dell Darling, kita tetap sayang awak berdua! Tapi lagi sayang Asus A43SJ kita tu. Hihi. Mr Asus kita tak bernama lagilah. Thanks mak dan abah sebab sanggup belikan 'boyfriend' baru untuk Ain! :')

Friday, December 23, 2011

Misteri 116 : Misteri Kad Matrik

Hari tu, aku ada sesi photography. Aku budak baik, dalam u pergi mana-mana pun, mesti pakai kad matrik. Tak macam Mida, dah kena tegur dengan Pak Guard barulah tercari-cari kad matrik kat mana. Kan dah malu. Kalau aku lah jadi Mida, 40 hari 40 malam aku duduk dalam locker macam Humairah selalu buat. Sebab aku tak pandai buat muka blur macam Sarah. Eh, apasal ni, okey, aku dah mula rindu kat korang.

Tengah-tengah bersiap, pakai lipstik merah semua kan, baru aku perasan kad matrik yang ada gambar muka alien tu tak ada. Puas aku selongkar bilik aku tu, tak ada. Sampaikan aku rasa nak keluarkan semua perabot je. Malam tu, si Mida dengan Humairah datang bilik, konon-kononnya nak buat Technical Communication I yang macam haram tu lah. Manalah tahu kalau-kalau dia orang terbawa balik aku punya kad matrik.

Mida ni macam tahu-tahu je aku nak tanya dia pasal kad matrik, tengok-tengok dia ada kat tingkap bilik dia. Cara komunikasi kitaorang paling berkesan tak payah susah-susah nak naik bilik aku, nantikan membebel pulak si Mida ni. "Mida! Ada ambil kad matik kita tak?". Mida pun jawablah, "Tak ada. Kenapa? Hilang ke?" Dengan muka seposen, "Kad matrik kita hilang lah. Tapi malam tadi ada. Kita sure sangat."

Bak kata Mida, salah letak kot. Mida tolong cari serata tempat dalam bilik aku, tapi tak jumpa juga. Rasa nak menangis pun ada, tapi air mata ni macam beku pulak. Terima kasih Mida sebab tolong kita carikan kad matrik kita. Terharu pulak. :') *Aku rasa Mida tengah muntah hijau sekarang ni*

Kalau bukan Mida, ni mesti Humairah punya kerja ni. Pergi bilik Humairah lagi satu tingkat, masuk je tengok-tengok budak kecil tu tak mandi lagi. Dengan muka mamai dia tu, terbaring kat katil lepas tu cakap, "Kita tak nak pergilah". Nak tanya dia ada ambil kad matrik aku pun tak sampai hati. Tak pelah, mungkin dia tak mabil kot. Tapi, hati aku nak je cek beg dia. Manalah tahu kalau-kalau kad matrk termasuk dalam beg dia.

Hati aku memang tak sedaplah, ada orang cakap, buat kad matrik baru RM 50.00. Mana aku nak dapat 50 hengget tu? Nak mintak mak, malu. Nak mintak ayah, kesian ayah susah payah cari duit. Yang paling penting, kunci bilik tergantung sekali dengan kad matrik. Aku rasa macam "Demnn! Time ni lah kau nak main sorok-sorok dengan aku ea?"

Balik dari sesi photography tu, aku cubalah cari lagi. Seriously, aku tak jumpa jugak. Nak nangis ni nak nangis ni. Tak pe Ain. Sabar, Allah nak uji kau ni. Lepas solat zohor, berdoa sampai menangis-nangis minta dijumpakan dengan kad matrik yang ada gambar alien tu. Tak dapat bayangkan kalau-kalau kat matrik tu jatuh ke tangan orang lain. Malu aku wey, mana aku nak letak muka.

Aku rasa aku dah give up dah, kalau 50 yang terpaksa aku korbankan demi kad matrik baru, aku sanggup daripada kena tegur dengan Pak Guard macam Mida. Tak pasal-pasal aku tak boleh masuk U lagi.

Lepas siap-siap basuh kain apa semua, tengok-tengok Humairah datang. "Ain, kita dah jumpa kad matrik Ain" Like seriously, aku tak mimpi kan?

"Sebenarnya, kad matrik Ain ada dalam beg laptop kita!" Wa dah agak dah. Budak kecil ni punya kerja. Aku rasa macam kena histeria bila nampak kad matrik tu. Terjerit-jerit sebab dah jumpa balik kad matrik kesayangan aku tu walaupun ada gambar alien dalam tu. Tu lah letak barang merata-rata lagi. Padan muka kau, Ain!


Sesungguhnya muka alien tu disorokkan. Subject Operating System macam pil tidur buat aku. Tak hairan kalau aku tidur masa kuliah. Hihi.