Saturday, November 5, 2011

Putri Nuralysha


Hai, nama saya Putri Nuralysha. Kenapa Putri? Sebab mak saya minat filem dulu-dulu. Umur saya 4 tahun. Hobi saya menjerit, menangis dan annoying ucu saya. Saya memang pro bab-bab nak annoying kat ucu saya tu. Tapi, saya tak salah.  Kata orang hidup cuma sekali, so kita enjoyyy. 


Kau ingat kau Puteri Farah binti Nordin ke? 

Dia memang comel. Tapi kau jangan terpadaya dengan luaran dia tu. Nampak je innocent masa baru-baru kenal, sekali dalaman dia macam singa. Aku rasa, dia patut dapat anugerah skrin ke sebab berjaya membuatkan aku annoying dengan dia. Nak tahu kenapa? 

Kalau kau dengar dia menjerit, nak pecah aku gegendang telinga aku. Kalau sekali tak pe wey, banyak kali wey. Aku rasa dengar orang buat saprano lagi bagus daripada dengar dia menjerit macam kena rasuk. Kau nak tahu kenapa dia menjerit macam orang hilang anak? Dia tak dapat apa yang dia nak. Dia jerit sampai dia menangis dan sampai dapat apa yang dia nak. 

Kecil-kecil cili padi dia ni, dah pandai nak marah-marah orang. Marah pula dengan orang yang lebih tua. Contohnya, nenek dia, emak dia dan ucu dia. *Akulah tu. Hihi* Dengan mata besar tu eling dekat oang yang dia marah. Ingat kau comel buat macam tu. Tak pun, dia sigh. Konon-kononnya, dah besar sangat lah tu. 

Budak kecil ni kalau suruh mandi, susah sangat. Macam kucing, takut air. Kalau mandi tak menangis dalam bilik air tu, memang tak sah. Lepas tu, terjerit-jerit, "Tak nak, tak nak, tak nak.". Nak suruh pergi mandi tu satu hal, main kejar-kejar dulu satu rumah baru dapat. Lepas mandi, suruh pakai baju pun susah. Suka benor, nak tayang-tayang badan dia tu. Kau ingat rumah ni Project Runaway ke? 

Biasalah budak kecil, suka buat sepah. Mainan dia je, dah satu bakul. Dia tuang semua kat lantai, lepas tu kau tahu siapa yang kena kemas? Aku juga. Tak sampai satu jam, aku tengok dah bersepah balik. *Sabar Ain, sabar.* Kadang-kadang katil aku jadi mangsa. Dengan cadar dibuka, Lepas tu, selimut aku dibentang kat ruang tamu. Bear aku dibawa keluar. Bantal aku kat lantai. Aku juga yang kemas. Aku ni dah lah pemalas nak kemas, ada budak kecil ni, memang setiap masa aku rajin. 

Walaupun kecil, tapi dah pandai nak buli aku. Sia-sia je aku makan banyak. Suruh ambilkan itu, ambilkan ini. Tak habis makan gula-gula, bagi kat aku. Konon-kononnya, nak manja dengan aku lah tu. Kadang-kadang, dia suruh aku tulis, kalau tak nak dia menangis. Ni yang nak telefon talian Buli ni. Kalau aku tak buat apa yang dia suruh, alamak terbaliklah dunia kau. Baik kau lari. 

Dia memang pembuli, tapi kalah dengan dengan budak perempuan umur setahun setengah. Kalau nampak budak tu, "Nenek! Takut! Takut." Padahal budak tu cuma nak kawan. Sekali budak tu 'pok' dia, mau tak takut si budak kecil ni. Padan muka kau. 

Budak kecil, jahat-jahat kau. Aku sayang kaulah sebab kaulah bahan ketawa aku setiap hari. Tak pe, kau dah sekolah, tengoklah aku buli aku balik. Selamat Hari Raya AidilAdha semua. Selamat berkorban. 

2 comments:

Cik Eliza said...

selamat hari raya aidiladha!
:)

arekymz mukmeen said...

Selamat Hari Raya ucu.
haahahha.
same la ngan anak buah sy.
suke cari gado.
lelaki lah tp nye.