Saturday, November 12, 2011

8 Fakta tentang Sem Break Aku

1. Tumblr.
Satu-satunya benda alah yang dapat menenangkan kepala otak aku yang serabut macam puting beliung. Kerja aku reblog reblog reblog je semua gambar. Dulu kat uthm, nak bukak 10 minit pun tak boleh. Time cuti macam ni lah, aku boleh dating dengan tumblr.

2. YouTube
Wajib sebab aku nak tengok KPop. Kalau kat uthm, nak tunggu video tu streaming, 1 minit pun tak jalan-jalan. Nampak sangat, uthm suruh aku study je memanjang.

3. Muat Turun-Turun
"Eh cerita ni macam best, download lah". "Cerita ni dah lama aku tunggu." Aku memang suka download itu dan ini, tengoknya esok punya esok punya esok. Aku rasa sampai cuti sem tahun depan pun tak habis tengok. Maklumlah, kat uthm nak download movie memang diharamkan sama sekali.


4. Makan makan makan.
I love food than people. #Tumblr. Dulu kat uthm, pukul 9 ke atas tak ada lagi makan-makan ni. Tapi dekat rumah, pukul 11 malam baru gatal nak makan mi goreng. Patutlah badan aku makin lama makin besar. Dah macam balon panas aku rasa. Paling tidak pun, mesti ada biskut butter cream dekat tangan aku.

5. Burung Hantu jadian
Waktu tidur aku pukul 1.00 pagi. Dulu kat uthm, sebelum pukul 1 aku berdengkur. Faktornya ialah tengok drama korea atau jepun sampai tak ingat sekarang pukul berapa. Tak pun sebab Sano Izumi handsome sangat!  Alang-alang dah tidur lambat, bangun pun faham-faham je lah. Selagi tak dengar mak membebel suruh bangun, sekali tu lah aku terbaring, mimpi yang bukan-bukan.

6. Malas
Kalau lah aku tak ingatkan diri aku yang aku pinjam buku banyak sebab nak study c++ lah kononnya, mesti aku tak sentuh punya buku tu. Sebab aku rasa, hard disk aku penuh dengan boyfriend-boyfriend aku yang ajak dating. Perky Jackson salah satu calonnya. Ni pun baru lepas habis dating dengan Jacob Black yang ada 6 packs tuuu. Cuba kalau mak suruh sapu rumah, "Kejap". 5 minit kemudian, "Kejap lagi". 10 minit kemudian, "OK. Ain pergi sapu sekarang" Tu pun lepas mak membebel. *Eh, macamlah aku kat uthm tu rajin sangat?

7. 24 jam depan komputer.
Aku rasa dah boleh nyanyi lagu Jangan Pisahkan. Last part tu suruh komputer jerit nama aku macam Arill Idola Kecil 2. Hehe. *Berangan je lebih* Aku tak tahu lah apa yang aku browsing sampai lewat malam. TV yang punya lah lagi lebar dari komputer screen, sebelah mata pun aku tak pandang. Komputer ni ada guna-guna aku ke? Oh tidakkkk.

8. Tengok movie
Aku tahu, aku ketinggalan zaman. Ada ke patut "How to Train Your Dragon" aku tak tengok lagi. Segamat tak ada panggung wayang. Bila nampak movie baru keluar je, "Nak tengok!" Tapi "ONLY ON CINEMA". Patut ke patut ke. Maaflah, aku tak sokong cetak rompak ni. Cuti ni je lah aku boleh habis masa tengok movie. Kalau kat uthm, aku kena mangadap buku tebal je. Tak ada dah lagi nak Jacob Black punya 6 packs.

Eh, tinggal lagi seminggu nak sebelum balik uthm. Betul ke betul ke? Tak pe, balik nanti terus dating dengan Jacob Black kat BP Mall. Kita orang dah janji nak tengok Twilight Saga : Breaking Dawn. Tak sabar nak balik!


Awwww. Dah cair dah ni. Bekukan aku balik. 

3 comments:

Azuree said...

:D

Unknown Virus said...

wah. lebih kurang same dengan kite la. hihi

arekymz said...

hahaha.
selamat kembali ke semester baru.
best nye dah habis blaja ni.
hehe.
gud luck.
:)