Friday, November 25, 2011

Dating bersama Jacob Black

Seriously. Aku ingat Twilight Saga : Breaking Dawn keluar 18 November yang lalu sampai aku tak sabar-sabar nak balik uthm tu. Rupa-rupanya Breaking Dawn ditayangkan 24 November, aku rasa macam "Demmmm." Nak Jacob Black jugak!


Seriously lagi, aku dah lama tak tengok wayang semenjak aku umur 6 tahun. Hari ni lah kali pertama tengok wayang semenjak 11 tahun yang lepas. First time dapat pegang tiket wayang sendiri. Sekali bila tengok tiket tu, satu apa pun tak faham. Kelam kabut cari Teater 6. Dah jumpa dah. Masuk je, tengok-tengok tengah tayangan cerita lain. Salah tempat kot. Keluar lagi.

Nasib baik ada abang handsome lalu. Dengan muka tak tahu malu, pergi tanya Teater 6 tu kat mana. Demmmmmmmmm. Teater tu lah yang aku masuk tadi. Demmmmmmmm. Aku lupa yang tadi tu teaser cerita lain sebenarnya. Yeahhh, dapat date dengan Jacob Black! Teehee.





Edward Cullen: No measure of time with you, would be long enough. But we'll start with forever.



Breaking Dawn Part 1, seriously boring. Tapi-tapi, Breaking Dawn memang sweet gila. Bolehlah bawak gegirl ke boboy ke tengok movie ni. Lagi satu, Breaking Dawn more humour berbanding sebelum ni. Klik sini kalau baca review Breaking Dawn ni.


Awww, touching bila Jacob Black nak protect Bella walaupun Bella dah kahwin dengan Edward Cullen. Favourite scene bila si Jake menangis sebab Bella dah mati. Maybe Jake nak bunuh baby tu, tapi Jake nampak Renesmee dah besar dan dewasa bila Jake bertentangan mata dengan Renesmee. Jake menangis. *Nak boyfriend macam Jake boleh tak?*

Renesmee masa kecil dan remaja. 

Most touching scene bila Edward bertelepati dengan Renesmee. Renesmee love to hear Bella and Edward voice and said she love Bella too. Funny scene bagi aku bila Bella nak namakan baby boy dia Edward Jacob. Seriously, aku pun nak namakan anak aku macam tu. Teehee. *What wrong with EJ?* Aku suka tengok blood circulation scene tu. Terbaiklah.


Last sekali, Bella buka mata dia tiba-tiba. Mestilah dia jadi vampire. Sesumpah terkejut bila dia bukak mata. Sampai lupa kena keluar lalu pintu lain. Demmmm.



Sebab aku adalah big fan, aku tak sabar nak tunggu Part 2 tahun depan. Tak sabar nak dating lagi dengan Jake!



Wednesday, November 16, 2011

Saturday, November 12, 2011

8 Fakta tentang Sem Break Aku

1. Tumblr.
Satu-satunya benda alah yang dapat menenangkan kepala otak aku yang serabut macam puting beliung. Kerja aku reblog reblog reblog je semua gambar. Dulu kat uthm, nak bukak 10 minit pun tak boleh. Time cuti macam ni lah, aku boleh dating dengan tumblr.

2. YouTube
Wajib sebab aku nak tengok KPop. Kalau kat uthm, nak tunggu video tu streaming, 1 minit pun tak jalan-jalan. Nampak sangat, uthm suruh aku study je memanjang.

3. Muat Turun-Turun
"Eh cerita ni macam best, download lah". "Cerita ni dah lama aku tunggu." Aku memang suka download itu dan ini, tengoknya esok punya esok punya esok. Aku rasa sampai cuti sem tahun depan pun tak habis tengok. Maklumlah, kat uthm nak download movie memang diharamkan sama sekali.


4. Makan makan makan.
I love food than people. #Tumblr. Dulu kat uthm, pukul 9 ke atas tak ada lagi makan-makan ni. Tapi dekat rumah, pukul 11 malam baru gatal nak makan mi goreng. Patutlah badan aku makin lama makin besar. Dah macam balon panas aku rasa. Paling tidak pun, mesti ada biskut butter cream dekat tangan aku.

5. Burung Hantu jadian
Waktu tidur aku pukul 1.00 pagi. Dulu kat uthm, sebelum pukul 1 aku berdengkur. Faktornya ialah tengok drama korea atau jepun sampai tak ingat sekarang pukul berapa. Tak pun sebab Sano Izumi handsome sangat!  Alang-alang dah tidur lambat, bangun pun faham-faham je lah. Selagi tak dengar mak membebel suruh bangun, sekali tu lah aku terbaring, mimpi yang bukan-bukan.

6. Malas
Kalau lah aku tak ingatkan diri aku yang aku pinjam buku banyak sebab nak study c++ lah kononnya, mesti aku tak sentuh punya buku tu. Sebab aku rasa, hard disk aku penuh dengan boyfriend-boyfriend aku yang ajak dating. Perky Jackson salah satu calonnya. Ni pun baru lepas habis dating dengan Jacob Black yang ada 6 packs tuuu. Cuba kalau mak suruh sapu rumah, "Kejap". 5 minit kemudian, "Kejap lagi". 10 minit kemudian, "OK. Ain pergi sapu sekarang" Tu pun lepas mak membebel. *Eh, macamlah aku kat uthm tu rajin sangat?

7. 24 jam depan komputer.
Aku rasa dah boleh nyanyi lagu Jangan Pisahkan. Last part tu suruh komputer jerit nama aku macam Arill Idola Kecil 2. Hehe. *Berangan je lebih* Aku tak tahu lah apa yang aku browsing sampai lewat malam. TV yang punya lah lagi lebar dari komputer screen, sebelah mata pun aku tak pandang. Komputer ni ada guna-guna aku ke? Oh tidakkkk.

8. Tengok movie
Aku tahu, aku ketinggalan zaman. Ada ke patut "How to Train Your Dragon" aku tak tengok lagi. Segamat tak ada panggung wayang. Bila nampak movie baru keluar je, "Nak tengok!" Tapi "ONLY ON CINEMA". Patut ke patut ke. Maaflah, aku tak sokong cetak rompak ni. Cuti ni je lah aku boleh habis masa tengok movie. Kalau kat uthm, aku kena mangadap buku tebal je. Tak ada dah lagi nak Jacob Black punya 6 packs.

Eh, tinggal lagi seminggu nak sebelum balik uthm. Betul ke betul ke? Tak pe, balik nanti terus dating dengan Jacob Black kat BP Mall. Kita orang dah janji nak tengok Twilight Saga : Breaking Dawn. Tak sabar nak balik!


Awwww. Dah cair dah ni. Bekukan aku balik. 

Saturday, November 5, 2011

Putri Nuralysha


Hai, nama saya Putri Nuralysha. Kenapa Putri? Sebab mak saya minat filem dulu-dulu. Umur saya 4 tahun. Hobi saya menjerit, menangis dan annoying ucu saya. Saya memang pro bab-bab nak annoying kat ucu saya tu. Tapi, saya tak salah.  Kata orang hidup cuma sekali, so kita enjoyyy. 


Kau ingat kau Puteri Farah binti Nordin ke? 

Dia memang comel. Tapi kau jangan terpadaya dengan luaran dia tu. Nampak je innocent masa baru-baru kenal, sekali dalaman dia macam singa. Aku rasa, dia patut dapat anugerah skrin ke sebab berjaya membuatkan aku annoying dengan dia. Nak tahu kenapa? 

Kalau kau dengar dia menjerit, nak pecah aku gegendang telinga aku. Kalau sekali tak pe wey, banyak kali wey. Aku rasa dengar orang buat saprano lagi bagus daripada dengar dia menjerit macam kena rasuk. Kau nak tahu kenapa dia menjerit macam orang hilang anak? Dia tak dapat apa yang dia nak. Dia jerit sampai dia menangis dan sampai dapat apa yang dia nak. 

Kecil-kecil cili padi dia ni, dah pandai nak marah-marah orang. Marah pula dengan orang yang lebih tua. Contohnya, nenek dia, emak dia dan ucu dia. *Akulah tu. Hihi* Dengan mata besar tu eling dekat oang yang dia marah. Ingat kau comel buat macam tu. Tak pun, dia sigh. Konon-kononnya, dah besar sangat lah tu. 

Budak kecil ni kalau suruh mandi, susah sangat. Macam kucing, takut air. Kalau mandi tak menangis dalam bilik air tu, memang tak sah. Lepas tu, terjerit-jerit, "Tak nak, tak nak, tak nak.". Nak suruh pergi mandi tu satu hal, main kejar-kejar dulu satu rumah baru dapat. Lepas mandi, suruh pakai baju pun susah. Suka benor, nak tayang-tayang badan dia tu. Kau ingat rumah ni Project Runaway ke? 

Biasalah budak kecil, suka buat sepah. Mainan dia je, dah satu bakul. Dia tuang semua kat lantai, lepas tu kau tahu siapa yang kena kemas? Aku juga. Tak sampai satu jam, aku tengok dah bersepah balik. *Sabar Ain, sabar.* Kadang-kadang katil aku jadi mangsa. Dengan cadar dibuka, Lepas tu, selimut aku dibentang kat ruang tamu. Bear aku dibawa keluar. Bantal aku kat lantai. Aku juga yang kemas. Aku ni dah lah pemalas nak kemas, ada budak kecil ni, memang setiap masa aku rajin. 

Walaupun kecil, tapi dah pandai nak buli aku. Sia-sia je aku makan banyak. Suruh ambilkan itu, ambilkan ini. Tak habis makan gula-gula, bagi kat aku. Konon-kononnya, nak manja dengan aku lah tu. Kadang-kadang, dia suruh aku tulis, kalau tak nak dia menangis. Ni yang nak telefon talian Buli ni. Kalau aku tak buat apa yang dia suruh, alamak terbaliklah dunia kau. Baik kau lari. 

Dia memang pembuli, tapi kalah dengan dengan budak perempuan umur setahun setengah. Kalau nampak budak tu, "Nenek! Takut! Takut." Padahal budak tu cuma nak kawan. Sekali budak tu 'pok' dia, mau tak takut si budak kecil ni. Padan muka kau. 

Budak kecil, jahat-jahat kau. Aku sayang kaulah sebab kaulah bahan ketawa aku setiap hari. Tak pe, kau dah sekolah, tengoklah aku buli aku balik. Selamat Hari Raya AidilAdha semua. Selamat berkorban.