Thursday, October 20, 2011

Misteri Bilik 014 #2

Kes 1
Mangsa : Sarah 

Si mangsa mendapati bungkusan biskut mangsa berlubang seperti gigitan haiwan.

Kes 2
Mangsa : Mimi Mariazah / Black 

Si mangsa mendapati bungkusan mi segera mangsa digigit sehingga berlubang. Akibat kejadian ini, si mangsa meraung kerana kempunan nak makan mi segera.

Kes 3 
Mangsa : Nurain Ali / Sleeping Beauty 

Si mangsa menjumpai sebahagian paket Milo Fuze 3 in 1 telah berlubang.  

Kes 4 
Mangsa : Jannah / Kura-kura

Kaki si mangsa telah digigit oleh suspek pada malam kejadian. Hal ini menyebabkan beliau mengalami trauma.

Kes 5
Mangsa : 4 Orang Penghuni Bilik 014

Suspek berjaya memasuki bilik mangsa-mangsa pada setiap malam. Mangsa-mangsa dengan segera menyelamatkan diri dengan menutup almari besi / locker masing-masing agar todak dimasuki suspek. Mangsa-mangsa berlari bertempiaran menuju ke katil masing-masing sambil menjerit. Salah seorang mangsa bertindak menghalau suspek. Beberapa hari kemudian, kain batik Sarah yang diletakkan dipintu didapati berlubang. Berikutan hal ini, suspek berjaya memasuki bilik si mangsa.

*****

Setelah beberapa siri siasatan dan soal siasat, tempat tinggal atau habitat turut dijumpai. Walaupun, mangsa-mangsa telah menimbus habitat tersebut, namun suspek didapati masih berjaya memasuki bilik mangsa-mangsa.

*****
Misteri

Tetapi, selepas salah seorang mangsa bilik 014 pulang ke rumah, suspek didapati tidak lagi menganggu mangsa-mangsa bilik 014. Adakah suspek mengikuti mangsa pulang ke rumah? Oleh sebab itu, mangsa yang belum pulang lagi, sangat merindui suspek.

Sangat misteri. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.

*****

Suspek dikenali sebagai Si Hidung Panjang. Atau nama comelnya cencurut. Dan nama saintifiknya ialah Tikus Mondok.


Edisi LIVE dari bilik 014.
Sleeping  Beauty <3

2 comments:

GUNNERS said...

tikus sekor...nk wat sup...hahaha

Nurain Ali said...

erkkk, silalah datang uthm. hihi