Friday, August 5, 2011

Pengajaran Bulan Ini : Hati-hati dengan Si Mulut Manis

#Cerita basi tapi nak cerita juga.

Bulan 6 yang lalu, dua minggu selepas kita menjadi pelajar UTHM. Masa tu memang extreme happy sebab dah habis orientasi dan balik Segamat. Rindu gila dengan mak dengan ayah.

On the way balik Segamat, ayah kita ajak pergi Carrefour. *Kat Segamat ada Giant je, Carrethree ni tak ada lagi* Masa nak parking kereta, adalah seorang hamba Allah. Mula-mula tu ingatkan orang lalu lalang. Lepas je ayah kita dah siap parking, kita pun tak sabarlah nak masuk Carrefour tuu. Tapi langkah hamba Allah tu lagi laju daripada kami.

Hamba Allah itu bernama Kenny yang berasal dari Sabahan. Tak diduga, Si Kenny ni mengeluarkan 3 kad ala-ala cabutan bertuah. Ada gambar kereta Toyota apa entah, motorsikal, wang tunai dan segala jadah. Kami diminta membuka kad itu. Salah satu daripada kami, iaitu emak tertulis perkatan "Tahniah!".

Ayah kita terus berminat bila Si Kenny burung kenek-kenek tu memberitahu bahawa peluang untuk memenangi kereta adalah besar. Emak kita denagn ayah kita memang bercita-cita nak tukar kereta tapi belum mempunyai rezeki lagi. Kita rasa tak sedap hati dan kita kerap berdoa agar di jauhkan segala malapetaka.

Terbatal niat kami nak singgah Carrefour. Dan kita pun tarik muncung ke depan. Rasa menyampah dengan Si Kenny tuuuu. Si Kenny ni pun ajak kami ke pejabat yang agak mencurigakan. Tapi ayah dan emak tampak gembira, kita ikut je walaupun kita tak suka. Rasa nak balik, tidur lagi bagus daripada dengar Si Kenny tu membebel. Disana kami diberi lagi satu kad yang sama. Tapi tak boleh buka sampai dia bagitahu. #Nampak beno nipunya burung-burung kenek-kenek tuu.

Si Kenny ni tak habis-habis nak bagitahu yang syarikat dia tu bukan gores dan menang. Dan tidak melakukan sebarang aktiviti penipuan. Tapi, itulah Si Mulut Manis.

Ayah kita cakap, dia tak ada duit. Tapi Si Kenny ni tak faham bahasa, dia paksa juga. Dan akhirnya, ayah kita keluarkan 2000 ringgit dari bank. Dan yang kita sedih, duit tu untuk tampung perbelanjaan kita kat U nanti. Kita memang patah hatilah kan. 2000 bagi kita tu besar nilainya, bukan senang ayah nak kumpul 2000 tu.

Setelah ayah kita dah tandatangan apa semua, akhirnya kami pun dibenarkan membuka lagi satu kad tadi. Keputusannya ialah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TAHNIAH!
.
.
.
.
Anda memenangi Dapur Masak Teknologi Nano bernilai RM12000.
*Serupa macam dapur masak biasa yang RM30 kat kedai*

Rasa tertipu, kecewa, sedih dan semua. Rasa macam tak berbaloi. Barulah ayah sedar yang kami dah di TIPU bulat-bulat. Akhirnya kami tidak mengambil hadiah tersebut. Malah Si Kenny menawarkan diri untuk memjual barang tersebut di Singapura. Harga yang ditawarkan sebanyak RM13000 dengan syarat kami membayar lagi RM6000-8000 kot. Mana nak cari duit sebanyak tu. Mungkin ada hikmahnya.
Yang buruk dijadikan sempadan, yang baik dijadikan tauladan.

2 comments:

ape p0n tak b0leh# said...

kalau boleh, xyah caye je yg jual2 ni. lagi2 gores2 ni. sedihh!! kalau kene tipu..sob2

Ndhrh (: said...

benda tu semua jangan percaya lagi kay :) dalam benda ni takde nya orang nak bagi hadiah yang mahal mahal senang senang macamtu je :)