Saturday, June 18, 2011

Seminggu di Universiti.


Kuliah di minggu pertama, huru hara. Walaupun dah tahu bilik kuliah di mana tapi kelam kabut sebab hampir setiap hari jalan kaki. Nak tunggu bas, takut terlewat. Jadi aku dan kawan-kawan terpaksalah berjalan kaki dari blog D ke B ke C. Nasib baik Z tak ada. Exercise lah konon-kononnya, buang segala lemak yang ada. Tapi peha tak juga kecil-kecil. Bila lagi kau nak kecil macam peha ayam jadilah. Hehe

Minggu pertama, suara rock leleh. Penat kunyah ubat sakit tekak tapi tak surut-surut. Nasib baik suara tak bertukar jadi nyah. Subjek pertama yang kita orang belajar ialah Algebra. Wahhh, senangnya. Suka suka. Sekali sampai yang gear 3, terkial-kial nak naik bukit. Macam minyak tak cukup je.

Adalah satu hari tu, kelas mula pukul 4.00 petang. Tapi semangat nak cari kelas kat mana, keluar dari kolej kediaman pukul 2.00 petang. Sampai je kawasan yang terdekatan, tawaf kawasan tu berkali-kali. Tak juga jumpa. Tanya mak cik cleaner, sebelah je bloknya. Tak tahu kitaorang dah menyimpang siur kawasan tu. Satu jam cari bangunan, satu jam kena tunggu sebelum kelas start. Sekali pensyarah tak ada.

Biasalah budak baru, yang mana satu bas keluar dengan masuk pun tak tahu. Kat mana bas jemput. Kat mana bas lalu. Kemarin, kejar bas beria-ia. Sekali salah bas, bas yang sepatutnya kitaorang naik pun sampai. Apa lagi larilah kejar bas, dah macam acara 100 meter olimpik. Masuk je bas, Tu lah tak dengar cakap senior. Habis kena gelak je sepanjang perjalanan.

Roommates? Awesome. Mentang-mentang aku yang paling kecil diantara monster-monster bilik tu, selalu jadi mangsa buli. Lagi-lagi si Jannah. Hello, kecil-kecil pun comel taw. #Perasan sudah. Kat sini tak boleh jadi burung hantu sangat macam dulu, sebab si Sarah dengan Mimi tidur awal. Virus baik tak boleh nak halang. Cehh.

Homework pertama saya tuis essay macam sekolah dulu, My Sweetest Memory. Kau memang sweet. Hehe. Asignment pertama computer system. Excited nak buat. Yela, dulu guna pen dengan kertas, sekarang guna laptop. Teruja nak start buat assignment.

Saya ahli Kelana Siswa atau pengakap. Tak payah setiap kali datang kena kawadd 24 jam. Aku memang fail bab-bab kawad kaki ni. Mesti salah kaki, salah hayung tanganlah. Macam-macamlah.

Malam Puisi Riong anjuran Berita Harian boleh tahan. Sebab dapat tengok Ana Rafali secara live. Duet dengan Suhaimi Meor Hassan yang paling kami tunggu-tunggukan. Walaupun tanpa Ultimate. Agak-agak ada tak muka aku kat surat khabar semalam? Dapat tengok junior-junior baru masuk macam budak jakun. Tak sabar nak jumpa junior-junior baru esok.

Mimi dan Jannah si pembuli. Hehe


Ain, Sara, Wan dan Mimi.


Bersama Midah ganu kita.

Kita orang punya perpustakaan. Terbesar di Asia Tenggara.



Inilah ruangan aku di bilik kolej kediaman. Siap gamabr kawan-kawan lama. Rindu.

1 comment:

liyana said...

owh.ktil n meja die cmtu eh..
nice2..hehe