Friday, June 10, 2011

Minggu Haluan Siswa UTHM Awesomeee!

Pejam punya pejam, celik punya celik, tak sangka aku dah bergelar mahasiswi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia! Memang awesome habislah. Hehe

Hari pertama, hari pendaftaran pelajar baru seperti aku. Memang berdebar. Aku bertolak dari Segamat pukul 6.30 pagi sampai pukul 8.30 pagi. Dapat nombor 27. Sampai-sampai je dah jumpa kawan satu course. Memang awesome lah. Lepas tu, barulah kami semua dibenarkan masuk ke dalam dewan. Okey, aku memang tak baca arahan surat penjamin. Dengan setem hasil tak matikan, dengan salah saksi pulak tu. Selesai semua tu, aku bergerak ke Kolej Kediaman Tun Fatimah.

Dah lah besar, menjajau cari Kolej Kediaman ni. Dah dapat kunci, buku peraturan apa semua. Jumpa pulak dengan roommate aku yang pertama yang cun melecun. Nama dia? Entah, aku mana tahu.

Akhirnya, aku sampai juga di bilik yang bakal menjadi tempat kediaman untuk 1 tahun ni. Aku orang last masuk bilik. Tak boleh pilih lagi. Tu je lah yang tinggal. Bersyukurlah Ain. Satu bilik empat orang. Dan aku punya katil berdekatan dengan budak cun melecun yang aku jumpa tadi, Sara namanya. Eh, baru aku tahu, budak tu pun satu course dengan aku. Ada geng macam ni. Ada lagi seorang yang aku nampak, dia memang comel. Putih melepak orangnya. Okey, nama dia Jannah. Yang lagi seorang, nampak peramah. Mimi namanya. Dia ni super cute.

Akhirnya, tiba masa untuk keluarga aku balik Segamat. Tak mau nangis. Tak mau nangis. Tapi bila tengok mata mak aku dah bergenang macam tu, mana boleh tahan air mata ni. *Ala, bukan kau tak balik Segamat nanti*

Aktiviti kitaorang semua, mula pukul 4.30 petang. Satu bilik tu sunyi sepi tanpa sebarang bunyi. Orang lain dah boleh ketawa berbahak-bahak, kita orang malu-malu ala kucing. Hihi. Barulah aku tahu, bukannya senang nak survive kat sini. Kalau tak ada Sara dan Mimi, terkontang kanting aku sorang-sorang kat situ. Walaupun kitaorang awkward sesama sendiri.
Akhirnya, Wan lah mengamatkan suasana kitaorang. Tanpa dia, sampai hari ni kot kitaorang masih lagi senyum-senyum. Barulah tahu, kitaorang ni kadang-kadang satu kepala. Hihi.

Dalam banyak-banyak aktiviti, aku paling tak suka "Starting School". Aku ni jenis pemalu, lagi-lagi kalau ada lelaki, memang terkunci habis mulut aku. Aktiviti ni best, tapi jadi tak best sebab member lain overshadow aku. Macam aku ni patung je dalam kumpulan tu. Tak pe tak pe. Aku sedar. Tak oh som langsung. Hihi. Buat Latihan Dalam Kumpulan(LDK) pun lagi best.

Malam Cakna Warisan dan Majlis Penutup paling awesome sepanjang 5 hari orientasi yang kena dengar taklimat sambil mata terpejam. Kehadiran Usop dan hantu Kak Limah memang awesome. *Habislah malam nanti kau tak boleh tidur.* Best parody ever! Kolej Kediaman Tun Syed Nasir memang oh som lah. Siap dengan basikal ke hulu ke hilir. Abang yang baju pink, suara kau memang oh som. Menang patut pun, Tun Syed Nasir menang.

Tun Fatimah punya persembahan, boleh tahan. Bukan nak berpaling tadah, tapi memang terbukti Tun Syed Nasir punya persembahan lebih layak menang. Tak kering gusi. Tun Fatimah, kita tebus kekalahan kita lain kali.

Aktiviti yang paling kitaorang tunggu-tunggukan ialah lawatan ke Perputakaan UTHM. Perpustakaan terbesar di Asia Tenggara. Memang awesome. Penat kaki den berjalan dari tingkat 4 ke ground floor.

Kakak dan abang fasilitator, korang memang awesome. Terutama Abang Mus dan Abang Zack atau Kak Eton, tak pernah gagal buat aku ketawa. Dan mengajar budak-budak ni semua, macam mana cara menggunakan awesome dan oh som. Tapi korang memang awesome.


Penampilan khas Ucap Wilcha dan Hantu Kak Limah dari UTHM. Terbaik.


Awak yang baju pink tu, suara awak awesome lah.


Tu dia, srikandi Tun Fatimah yang cantik-cantik belaka.


Posmen dari UTHM.

Kredit : Chot Faizal Facebook.

Keseluruhan, awesomelah walaupun ada yang tak oh som langsung. Homesick? Tak langsung sebab dapat roommate yang oh som macam korang. Hihi, adalah dua tiga hari tu rindu mak dengan abah dengan rumah.


8 comments:

izONEny Noy said...

enjoy your life as Mahasiswi UTHM dik...kmi as your senior akan sedia membantu...dptkn kputusan yg cemerlang tuk fmly adik k...=)

Nurain Ali said...

izoneny noy :
InsyaAllah, saya akan cari akak bila balik sana nanti. :)

Nik Afnan said...

thank puji GIMIK dr Unit tugas2 khas...xsangka lakonan usop menjadi..hahahaha

tahniah buat korang semua jd warga UTHM~univ TerHebat Malaysia

Nurain Ali said...

Nik Afnan :
Terbaik lah. Terima kasih dan InsyaAllah.

dayangredzuan said...

selamat datang ke UTHM dan semoga berjaya dalam mengharungi hari2 menjadi mahasiswa uthm...
:)

farhAna EVa said...

welcome to UTHM! percayalah, UTHM ni memang best kalau anda pandai get along dengan suasana di sini,, =)
take care n senyum selalu,,

liyana said...

nice..hehe..
bce2 jap nk taw suasana uthm..

Nurul Rabiatutadawiah said...

Hi, nak tanya sikit pasal uthm, caner pemakaian ke kuliah? Harap awak reply 😁 thanks!