Monday, May 2, 2011

Saya suka stalker jiran sebelah rumah.

Bila tengok jiran sebelah, rasa macam nak cubit je pipi dia. Tapi siapalah saya. Saya sedar siapa saya.

Bila tengok jiran sebelah, rasa nak pengsan. Sebab si dia terlalu comel.

Bila tengok jiran sebelah, teringin pula rasanya nak nak nak dia jadi ehem-ehem. Tapi, dia dah dimiliki.

Bila tengok jiran sebelah, rasa tertawan sangat. Tambah comel bila dia ketawa. Kalaulah, dia nak kat saya.

Bila dengar dia ketawa, saya pasti tersenyum.

Bila tengok jiran sebelah bermesra-mesraan dengan orang lain. Rasa cemburu sangat. Kenapa orang tu, bukan saya. Kenapa?

Bila tengok jiran sebelah menangis, saya tertanya-tanya, kenapa awak menangis? Kesian awak. Saya nak pujuk, tapi nanti awak melalak lagi kuat.

Sehari tak nampak awak, tak keruan. Walaupun saya terpaksa mengendap awak dari celah-celah dinding kayu rumah saya dengan penglihatan yang kabur, itu pun sudah memadai.

Saya teringin nak rapat-rapat dengan awak, tapi saya takut.

Kau orang nak tahu siapa?

Inilah dia, Aina. Si kecil yang berjaya menambat hati saya. Maklumlah, saya ni pemalu orangnya. Jadi nak buat muka tak tak malu, memang EPIC FAIL-lah jawabnya. Dapat tengok dari jauh jadilah.




Teringat semasa mak mendukung Aina, nak tunjuk pada saya, tiba-tiba saja Aina nak menangis. Aina malu ke takut kengan Kak Ain?

2 comments:

✿ emaxoxo ✿ said...

comelnyeeeeeeeeeeeeeeeeeee <3

Nurain Ali said...

Tahu tak pe. rindu nak baca komen ema. Haha.