Sunday, May 15, 2011

Maaf ku bisa memilih dirimu.

Aku ada dua pilihan, sama ada X dan Y. Dua-dua sama cantik, sama hebat, sama-sama ada kelebihan dan kekurangan masing-masing tapi aku tak kisah dan dua-dua berebutkan aku. Orang ramai peminat, macam ni lah. Opsss.

Kawan-kawan sekolah, Ain pilihlah X. Setahun je, bukan lama mana pun. Y tiga tahun. X baguslah. X tu senanglah.

Jawapan aku, entahlah.

Bukan mudah nak pilih antara X dan Y. Ibarat pilih bakal suami. Aku rasa aku nak daftar hospital sakit jiwa.

Jalan terakhir, aku buat solat istikharah. Tapi, aku masih tak dapat buat keputusan. Emak teringin benar melihat aku bersama-sama Y.

Satu malam, aku tanya emak, "Emak, kalau Ain nak X boleh?"

Sungguh tak sangka.

Emak.....

membantah hasrat aku. Hancur luluh perasaan ini melihat impian yang tak tercapai.

Emak menambah, "Orang lain ramai tak dapat Y, kau suka hati je nak tolak lamaran tu". Terasa.

Berbekalkan semangat emak yang teringin melihat aku bersama-sama dengan Y, aku akhirnya menerima lamaran Y. Inilah jodoh kami. Dan aku tak menyesal memilih Y.

Selamat tinggal X atau Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Antara kita mungkin tiada jodoh. Awak lebih berhak dapat pelajar yang lebih layak dan pandai daripada saya.

Nak tahu siapakah Y yang sangat bertuah tu,


Tak sabar rasanya nak melangkah masuk ke dunia baru.

Belajar kat mana-mana, sama je.


No comments: