Saturday, May 28, 2011

A day to remember.

Hari ni aku memang super excited nak jumpa kawan-kawan lama sebelum aku berangkat ke Batu Pahat. Kali pertama kot keluar bandar dengan kawan-kawan. Hehe. Orang pertama aku jumpa, Sivanes, Valar Aisyah, Jing Wen yang tinggi lampai dan Pei Ling yang sweet. Lepas tu nampak Chin Xin Yan kat luar kedai hadiah, macam kena histeria pun ada. Baru 2 bulan tak jumpa sejak ambil result SPM. Terjerit sekejap depan orang ramai. Hihi. Tunggu Tan Shu Mei punya lambat. Pukul satu lebih, berbual kat KFC barulah Tan Shu Mei sampai.


Nasi ayam kat KFC memang sedap.


Tan Shu Mei, ex-pretty monitor 5 STN. Kat Pahang nati belajar rajin-rajin.


Gambar ni sangat bernilai. Gonna miss this so bad.


Siti Aisyah yang bakal ke Perak. Dah ada boyfriend, habak mai.


Chin Xin Yan yang gila sejarah, Sivanes dan Valar. Good luck in STPM.


Adik beradik plastik tapi betul.


Amoi, you memang cantiklah. Jing Wen dan Pei Ling, stay pretty lah.


Valar punya Pepsi besar! Jealous!

Lepas dah puas-puas ambil gambar, sampai orang lain pun pelik tengok kitaorang semua. Chin Xin Yan, keluarkan satu hadiah. Terharu kot. Lepas tu, dia cerita pasal Ting 6, dia duduk sebelah budak melayu. "Dia tak sama macam youlah" Well, I kan lain dari yang lain. Hihi. Seriously, duduk sebelah Chin Xin Yan adalah kenangan terindah sepanjang 5 tahun ni. Duduk sebelah dia, aku boleh ketawa besar-besar, aku boleh nangis sampai mata aku bengkak, dan aku boleh tidur bila-bila masa. Hehe. Dialah yang ajar aku Add Math, Math, Sejarah, dan semua. Nasib baik Pendidikan Moral aku tak minta dia ajar. Hihi. Chin Xin Yan the best lah.

Bila ayah dah telefon suruh balik, aku terpaksa berpisah dengan mereka. Tiba-tiba ada air sungai mengalir. Lagi-lagi bila tengok muka Chin Xin Yan. Lagi-lagi bila sedar, lepas ni belum tentu dapat jumpa korang yang cantik-cantik ni. Selepas peluk-peluk apa semua, aku blah. Tak boleh kot nak pandang muka dia orang lagi. Bye bye!

Tip : Yang pakai tudung putih tu Nurain Ali. Eh, sayalah tu. Hihi

2 comments:

LITTLE NUUR said...

saat perpisahan mmg sgt menyedihkan -.-''

Nurain Ali said...

@little nuur : anda tepat. 100 markah untuk anda. hihi