Saturday, May 21, 2011

Day 02 - A picture of you and the person you have been closest with the longest

A picture of you and the person you have been closest with the longest



Yang tembam sangat tu, *hehe, faham-faham je lah.* Sebelah tu, budak genius yang comel Nurul Shuhadah.

Kita mula-mula kenal awak masa darjah tiga sekolah agama. Kita rasa awkward sangat. Nak tahu kenapa? Sebab kita bukanlah pandai sangat macam awak. Hihi. Kita nak sangat kawan dengan awak masa tu, tapi kita malulah. Awak kawan dengan budak-budak pandai je.

Tapi lepas tu, kita tak satu kelas dengan awak. Kalau sekolah rendah kita langsung tak pernah bercakap dengan awak. Bukan apa, kita sedar siapa kita. Tingkatan 1 kita dengan awak satu kelas. Kita duduk sebelah awak. Kita tak tahu nak cakap apa dengan awak.

Tak sangkakan, daripada kita jenis pemalu dan pendiam serta kekok, kita terus jadi peramah dengan awak. Semua gosip kita mesti nak bagitahu awak. Walaupun, awak tak tahu nak pujuk kita bila kita menangis, tapi kita suka kawan dengan awak. Kita ni kadang-kadang annoying kan?

Awak ingat tak masa kita gaduh-gaduh manja dulu masa tingkatan 2? Awak dengan Farrah tak dapat balik rumah sebab Cik Leman tak nak jemput awak lagi. Hari tu, kita puas bagitahu Cik Leman yang awak tak naik bas lagi, tapi Cik Leman tak nak dengar. Awak dengan Farrah marah kat kita sebab kita tak bagitahu Cik Leman. Awak tahu tak, kita sedih sangat awak tak nak kawan dengan kita. Awak dengan Farrah sedikit pun tak nak tegur kita. Kita tak tahu nak buat apa. Tapi lepas tu, awak dengan Farrah minta maaf. Kita gembira sangat masa tu.

Awak selalu cerita crush awak, kita pun sama. Hihi. Awak tak pernah lupa nak kenakan saya dengan crush kita. Malu kita dibuatnya. Hihi. Ingat tak masa tingkatan 3, kita senyap-senyap ambil gambar crush awak. Lepas cuci, kita terus bagi awak.

Awak selalu cerita pasal kawan baik awak, Zatul Syuhadah. Kita jealous bila awak cakap pasal dia. Hihi. Kita selalu jealous bila awak dapat markah tinggi-tinggi dalam kelas, kita pun nak juga. Tapi awak memang pandai. Perkara paling sedih bila kita dapat tahu awak dapat tawaran MRSM Muar. Kita rasa kita dah tak ada kawan lagi. Kalau boleh, kita tak nak awak pergi MRSM. Tapi, itu masa depan awak. Kita tak boleh halang. Ramai yang tahu, saya menangis sebab awak dapat MRSM. Sebab lepas ni, kita tak ada tenpat nak mengadu masalah. Kalau ada awak, semua jadi senang.

Lepas awak masuk MRSM, kita terus main-main. Dulu masa dengan awak, kita rajin siapkan kerja sekolah walaupun malas. Tapi, sejak awak tak ada, kita malas nak sipakan semua kerja sekolah. Kita boleh ibaratkan awak ni macam pembakar semangat kita untuk belajar. Kita tak pernah lupakan awak. Kadang-kadang kita menangis bila kita teringat kat awak. Kenangan manis kita bersama, kita tak boleh lupa semua tu.

Kita rasa gembira sangat bila awak ingat kat kita lagi. Terima kasih sebab sudi jadi kawan kita selama ni. Kita rasa bertuah sebab dapat kenal dengan awak. Kat mana sekalipun awak belajar, kita tetap doakan kejayaan awak dan jumpa kawan baru yang lebih baik daripada kita. Kita sayang kat awak. Kita harap lepas ni, kita boleh jadi kawan lagi macam dulu-dulu. Rindu sangat nak kembali zaman muda mudi dulu. Walaupun kita tak masej awak, tak telefon awak tapi kita selalu ingat awak. Best Friend Forever.



Kita ingat lagi awak nyanyi lagu ni masa akhir tahun tingkatan 1, suara awak memang sedap. Awak memang suka menyanyi. Kita ingat lagi. ^^

No comments: