Tuesday, May 31, 2011

Random Entry #1


Selamat tinggal semua. Nak pergi jauh ni. Jauhlah sangat. Batu Pahat je.

Hello Batu Pahat. Senang den nak balik kampung.

Katil ku sayang, jangan curang dengan orang lain.

Minggu Haluan Siswa, dua minggu! Okey, fine.

Halal kan makan dan minum gua, maaf kalau gua terkasar bahasa sama lu.

#Janganlah homesick. Janganlah homesick.


Monday, May 30, 2011

Day 04 - A picture of your night



Senja! Kira malamlah.

Balik dari shopping. Banyak lagi benda nak beli. Lusa dah pergi. Ain, sila kuatkan mental dan fizikal anda.

Saturday, May 28, 2011

A day to remember.

Hari ni aku memang super excited nak jumpa kawan-kawan lama sebelum aku berangkat ke Batu Pahat. Kali pertama kot keluar bandar dengan kawan-kawan. Hehe. Orang pertama aku jumpa, Sivanes, Valar Aisyah, Jing Wen yang tinggi lampai dan Pei Ling yang sweet. Lepas tu nampak Chin Xin Yan kat luar kedai hadiah, macam kena histeria pun ada. Baru 2 bulan tak jumpa sejak ambil result SPM. Terjerit sekejap depan orang ramai. Hihi. Tunggu Tan Shu Mei punya lambat. Pukul satu lebih, berbual kat KFC barulah Tan Shu Mei sampai.


Nasi ayam kat KFC memang sedap.


Tan Shu Mei, ex-pretty monitor 5 STN. Kat Pahang nati belajar rajin-rajin.


Gambar ni sangat bernilai. Gonna miss this so bad.


Siti Aisyah yang bakal ke Perak. Dah ada boyfriend, habak mai.


Chin Xin Yan yang gila sejarah, Sivanes dan Valar. Good luck in STPM.


Adik beradik plastik tapi betul.


Amoi, you memang cantiklah. Jing Wen dan Pei Ling, stay pretty lah.


Valar punya Pepsi besar! Jealous!

Lepas dah puas-puas ambil gambar, sampai orang lain pun pelik tengok kitaorang semua. Chin Xin Yan, keluarkan satu hadiah. Terharu kot. Lepas tu, dia cerita pasal Ting 6, dia duduk sebelah budak melayu. "Dia tak sama macam youlah" Well, I kan lain dari yang lain. Hihi. Seriously, duduk sebelah Chin Xin Yan adalah kenangan terindah sepanjang 5 tahun ni. Duduk sebelah dia, aku boleh ketawa besar-besar, aku boleh nangis sampai mata aku bengkak, dan aku boleh tidur bila-bila masa. Hehe. Dialah yang ajar aku Add Math, Math, Sejarah, dan semua. Nasib baik Pendidikan Moral aku tak minta dia ajar. Hihi. Chin Xin Yan the best lah.

Bila ayah dah telefon suruh balik, aku terpaksa berpisah dengan mereka. Tiba-tiba ada air sungai mengalir. Lagi-lagi bila tengok muka Chin Xin Yan. Lagi-lagi bila sedar, lepas ni belum tentu dapat jumpa korang yang cantik-cantik ni. Selepas peluk-peluk apa semua, aku blah. Tak boleh kot nak pandang muka dia orang lagi. Bye bye!

Tip : Yang pakai tudung putih tu Nurain Ali. Eh, sayalah tu. Hihi

Wednesday, May 25, 2011

Day 03 - A picture of the cast from your favorite show



49 Days!

Walaupun bukan happy ending, tapi saya tetap minat drama ni. Terbaiklah. Tersedu-sedu tengok episod 19 dengan 20. Watak Shin Ji Hyun dan Scheduler tu comel sangat. Saya tak ada astro, tengok online je dekat Dramacrazy.net atau EPDrama.

Shin Ji Hyun was enjoying absolute bliss as she was about to marry her fiancé, Kang Min Ho, but her perfect life is shattered when she gets into a car accident that leaves her in a coma. She is given a second chance at life by a reaper, but it comes with a condition: she has to find three people outside of her family who would cry genuine tears for her. In order to do this, she borrows the body of Yi Kyung, a part-time employee at a convenience store for 49 days

Saturday, May 21, 2011

Day 02 - A picture of you and the person you have been closest with the longest

A picture of you and the person you have been closest with the longest



Yang tembam sangat tu, *hehe, faham-faham je lah.* Sebelah tu, budak genius yang comel Nurul Shuhadah.

Kita mula-mula kenal awak masa darjah tiga sekolah agama. Kita rasa awkward sangat. Nak tahu kenapa? Sebab kita bukanlah pandai sangat macam awak. Hihi. Kita nak sangat kawan dengan awak masa tu, tapi kita malulah. Awak kawan dengan budak-budak pandai je.

Tapi lepas tu, kita tak satu kelas dengan awak. Kalau sekolah rendah kita langsung tak pernah bercakap dengan awak. Bukan apa, kita sedar siapa kita. Tingkatan 1 kita dengan awak satu kelas. Kita duduk sebelah awak. Kita tak tahu nak cakap apa dengan awak.

Tak sangkakan, daripada kita jenis pemalu dan pendiam serta kekok, kita terus jadi peramah dengan awak. Semua gosip kita mesti nak bagitahu awak. Walaupun, awak tak tahu nak pujuk kita bila kita menangis, tapi kita suka kawan dengan awak. Kita ni kadang-kadang annoying kan?

Awak ingat tak masa kita gaduh-gaduh manja dulu masa tingkatan 2? Awak dengan Farrah tak dapat balik rumah sebab Cik Leman tak nak jemput awak lagi. Hari tu, kita puas bagitahu Cik Leman yang awak tak naik bas lagi, tapi Cik Leman tak nak dengar. Awak dengan Farrah marah kat kita sebab kita tak bagitahu Cik Leman. Awak tahu tak, kita sedih sangat awak tak nak kawan dengan kita. Awak dengan Farrah sedikit pun tak nak tegur kita. Kita tak tahu nak buat apa. Tapi lepas tu, awak dengan Farrah minta maaf. Kita gembira sangat masa tu.

Awak selalu cerita crush awak, kita pun sama. Hihi. Awak tak pernah lupa nak kenakan saya dengan crush kita. Malu kita dibuatnya. Hihi. Ingat tak masa tingkatan 3, kita senyap-senyap ambil gambar crush awak. Lepas cuci, kita terus bagi awak.

Awak selalu cerita pasal kawan baik awak, Zatul Syuhadah. Kita jealous bila awak cakap pasal dia. Hihi. Kita selalu jealous bila awak dapat markah tinggi-tinggi dalam kelas, kita pun nak juga. Tapi awak memang pandai. Perkara paling sedih bila kita dapat tahu awak dapat tawaran MRSM Muar. Kita rasa kita dah tak ada kawan lagi. Kalau boleh, kita tak nak awak pergi MRSM. Tapi, itu masa depan awak. Kita tak boleh halang. Ramai yang tahu, saya menangis sebab awak dapat MRSM. Sebab lepas ni, kita tak ada tenpat nak mengadu masalah. Kalau ada awak, semua jadi senang.

Lepas awak masuk MRSM, kita terus main-main. Dulu masa dengan awak, kita rajin siapkan kerja sekolah walaupun malas. Tapi, sejak awak tak ada, kita malas nak sipakan semua kerja sekolah. Kita boleh ibaratkan awak ni macam pembakar semangat kita untuk belajar. Kita tak pernah lupakan awak. Kadang-kadang kita menangis bila kita teringat kat awak. Kenangan manis kita bersama, kita tak boleh lupa semua tu.

Kita rasa gembira sangat bila awak ingat kat kita lagi. Terima kasih sebab sudi jadi kawan kita selama ni. Kita rasa bertuah sebab dapat kenal dengan awak. Kat mana sekalipun awak belajar, kita tetap doakan kejayaan awak dan jumpa kawan baru yang lebih baik daripada kita. Kita sayang kat awak. Kita harap lepas ni, kita boleh jadi kawan lagi macam dulu-dulu. Rindu sangat nak kembali zaman muda mudi dulu. Walaupun kita tak masej awak, tak telefon awak tapi kita selalu ingat awak. Best Friend Forever.



Kita ingat lagi awak nyanyi lagu ni masa akhir tahun tingkatan 1, suara awak memang sedap. Awak memang suka menyanyi. Kita ingat lagi. ^^

Friday, May 20, 2011

Day 01 - A picture of yourself with ten facts


Saya tahulah saya popular. No camera please?

1. Nama sebenar Nurain binti Mohd. Ali.

2. Saya suka tidur dalam kelas, sebab tu orang panggil saya Sleeping Beauty.

3. Kpop freak! Haha, perlu ke bagitahu ni?

4. Takut atau fobia dengan pisau. Hihi. Malulah.

5. Single mingle okey.

6. Tinggi kita 150-160 je, berat? Tak payahlah tanya.

7. Tumblr-holic.

8. Pemalu kott.

9. Seorang pemandu yang menjahanamkan kereta ayah.

10. Suka MONEY MONEY MONEY.

Okay bye. Awak nak buat, boleh apalah salahnya.


Sunday, May 15, 2011

Maaf ku bisa memilih dirimu.

Aku ada dua pilihan, sama ada X dan Y. Dua-dua sama cantik, sama hebat, sama-sama ada kelebihan dan kekurangan masing-masing tapi aku tak kisah dan dua-dua berebutkan aku. Orang ramai peminat, macam ni lah. Opsss.

Kawan-kawan sekolah, Ain pilihlah X. Setahun je, bukan lama mana pun. Y tiga tahun. X baguslah. X tu senanglah.

Jawapan aku, entahlah.

Bukan mudah nak pilih antara X dan Y. Ibarat pilih bakal suami. Aku rasa aku nak daftar hospital sakit jiwa.

Jalan terakhir, aku buat solat istikharah. Tapi, aku masih tak dapat buat keputusan. Emak teringin benar melihat aku bersama-sama Y.

Satu malam, aku tanya emak, "Emak, kalau Ain nak X boleh?"

Sungguh tak sangka.

Emak.....

membantah hasrat aku. Hancur luluh perasaan ini melihat impian yang tak tercapai.

Emak menambah, "Orang lain ramai tak dapat Y, kau suka hati je nak tolak lamaran tu". Terasa.

Berbekalkan semangat emak yang teringin melihat aku bersama-sama dengan Y, aku akhirnya menerima lamaran Y. Inilah jodoh kami. Dan aku tak menyesal memilih Y.

Selamat tinggal X atau Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Antara kita mungkin tiada jodoh. Awak lebih berhak dapat pelajar yang lebih layak dan pandai daripada saya.

Nak tahu siapakah Y yang sangat bertuah tu,


Tak sabar rasanya nak melangkah masuk ke dunia baru.

Belajar kat mana-mana, sama je.


Friday, May 6, 2011

Keputusan Permohonan UPU dan Matrikulasi

*Klik untuk kanta pembesar*

*Klik untuk kanta pembesar*

Alhamdulillah. Saya betul-betul tak sangka mendapat tawaran Matrikulasi dan IPTA. Mati-mati ingatkan saya tak dapat. Matrikulasi, saya memang tak ada perasaan. Sebab matrikulasi memilih pelajar A yang berguni-guni. Dan saya give up kot nak masuk matrik. Jiran kata, kalau tak score dengan baik, nanti kena tendang. Okay, saya pun dah muak pandang physics dan chemistry. Cukuplah dua tahun saya berhempas pulas memahami Newton's Law dan safonification. Ni je yang aku ingat, yang lain haram. Minat memang minat.

Terfikir juga, kalau IPTA tak dapat, mahu tak mahu masuk matrik jugalah. Sejak tu, saya lebih terbuka untuk memilih matrik. Tak kisahlah, jiran nak cakap apa sekali pun. Tengok budak matrik happy je belajar kat matrik. Walaupun dia orang kata matrik tu tough gila.

Pilihan pertama saya semasa permohonan upu ialah, Diploma Teknologi Maklumat. Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya mendapat course yang paling saya idam-idamkan. Air mata dah beratur tunggu gilran nak jatuh. Betul ke ni? Rasa macam tak percaya. Dan UTHM bukanlah jauh mana dengan Segamat berbanding Kuala Pilah.

Jujurlah kan, saya suka dua-dua. Kawan kata, ambil matrik satu tahun terus dapat degree. Nak score tu lah yang aku nak gila. Kalau tak dapat course yang kita nak masa degree, lagi merana. Kempunanlah den.

Buat solat istikharahlah senang cerita.

Monday, May 2, 2011

Saya suka stalker jiran sebelah rumah.

Bila tengok jiran sebelah, rasa macam nak cubit je pipi dia. Tapi siapalah saya. Saya sedar siapa saya.

Bila tengok jiran sebelah, rasa nak pengsan. Sebab si dia terlalu comel.

Bila tengok jiran sebelah, teringin pula rasanya nak nak nak dia jadi ehem-ehem. Tapi, dia dah dimiliki.

Bila tengok jiran sebelah, rasa tertawan sangat. Tambah comel bila dia ketawa. Kalaulah, dia nak kat saya.

Bila dengar dia ketawa, saya pasti tersenyum.

Bila tengok jiran sebelah bermesra-mesraan dengan orang lain. Rasa cemburu sangat. Kenapa orang tu, bukan saya. Kenapa?

Bila tengok jiran sebelah menangis, saya tertanya-tanya, kenapa awak menangis? Kesian awak. Saya nak pujuk, tapi nanti awak melalak lagi kuat.

Sehari tak nampak awak, tak keruan. Walaupun saya terpaksa mengendap awak dari celah-celah dinding kayu rumah saya dengan penglihatan yang kabur, itu pun sudah memadai.

Saya teringin nak rapat-rapat dengan awak, tapi saya takut.

Kau orang nak tahu siapa?

Inilah dia, Aina. Si kecil yang berjaya menambat hati saya. Maklumlah, saya ni pemalu orangnya. Jadi nak buat muka tak tak malu, memang EPIC FAIL-lah jawabnya. Dapat tengok dari jauh jadilah.




Teringat semasa mak mendukung Aina, nak tunjuk pada saya, tiba-tiba saja Aina nak menangis. Aina malu ke takut kengan Kak Ain?