Wednesday, March 16, 2011

Salah Tempat akibat Salah Baca



Assalamualaikum. Ini minggu lepas punya cerita, akibat kebekuan otak yang agak melampau, terpaksa tangguh.

Bila aku tengok gambar di atas, aku memang teruja gila nak pergi. Mula-mula merajuk sebab mak tak nak pergi, tapi ayah aku memang sporting. Haha. Pendek cerita, aku telah bertolak ke Masai, rumah sepupu. Ikut rancangan sepupu, selepas pergi karnival jom masuk u tuuuu, kami akan meneruskan perjalanan ke Pahang.

Hari yang dinanti-nanti pun tiba, apabila sampai di destinasi yang dituju, hati aku berdebar.

Kenapa macam bukan ni je tempatnya? Semua persoalan diletak ke tepi.

Akhirnya, aku melangkah masuk. Puas aku pusing-pusing satu bangunan, tapi satu habuk pun tak ada. Sempat juga aku check tarikh, manalah tahu aku terlepas. Ternyata, aku tak bermimpi. Dan, aku putus asa, "Jom pergi Pahang".

Kerana aku tidak berpuas hati, sedih, kecewa dan semua sekali. Aku membuka beberapa laman wab menggunakan Sony Ericsson yang hampir jahanam. Dengan muka innocent gila, aku memberitahu ayah aku, "Bukan kat Plaza Angsana, tapi kat Persada Johor." LOL. *Otak kau melayang kat mana masa baca Persada johor tu.*

Memang tak ada rezeki nak jumpa dengan bakal kekasih yang baru kat sana, apo nak dikato?

Oh ya, akhirnya, saya berjaya berperoleh lesen P hari rabu yang lepas. Selamat tinggal sekolah memandu! Bye-bye.

Dan, bak kata Zaty, keputusan SPM nak keluar rabu ni, PLEASE BE AFRAID.

4 comments:

kulop ludin said...

tahniah... dapat P gak!!!
panjang le langkah!!

Nurain Ali said...

Terima kasih, setelah berbulan-bulan terperangkap kat situ, akhirnya keluar juga. :)) Hehe, agaknya kott,

FatimahARR said...

silalah melawat saya di sini alang2 dah dpt P :)

Nurain Ali said...

Boleh, sila pos alamat anda. :)