Thursday, March 24, 2011

Bersyukur dengan apa yang anda dapat



Bersyukur dengan apa yang anda dapat.

Alhamdulillah. Keputusan saya tak segempak anda diluar sana. Inilah hasil usaha saya. Dan saya bersyukur kerana Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik Tambahan saya lulus.

Terima kasih buat kawan-kawan saya yang banyak membantu selama ini. Cikgu-cikgu yang tak pernah jemu mengajar saya. Emak dan ayah yang sentiasa memberi semangat dan sokongan dan belanja makan Mc Donald. Haha, macam tahu-tahu orang tengah mengidam nak macam Mc Donald rambut kerinting tu.

Dalam kesedihan saya, terima kasih buat emak kerana memahami saya. Terima kasih juga kerana dorongan yang tidak henti-henti daripada semua. Cikgu Nora, terima kasih yang tidak terhingga.

Ya, ini bukan penamat saya. Perjalanan saya masih jauh. Okay, bye.

6 comments:

kulop ludin said...

tahniah... hebat keputusan tu!!!
agaknye apa le plan tu ye?

Kasmawati Jaafar said...

congrats! result yg hebat utk student aliran sains =)

Nurain Ali said...

kulop ludin :
terima kasih. alhamdulillah, saya pun tak terfikir lagi. mungkin tunggu tawaran sahaja. hehe

Nurain Ali said...

kasmawati jaafar :
terima kasih, biasa sahaja tu. :)

arekymz mukmeen said...

wah..
alhamdulillah.
skang dah xde gune 1 hingge 9 ek?
gune + plak?
bagus2.

Nurain Ali said...

Terima kasih, biasa je.
Gred baru diguna pakai sejak tahun lepas lagi. Lagi tension kot kalau nampak nombor. Haha