Thursday, March 24, 2011

Bersyukur dengan apa yang anda dapat



Bersyukur dengan apa yang anda dapat.

Alhamdulillah. Keputusan saya tak segempak anda diluar sana. Inilah hasil usaha saya. Dan saya bersyukur kerana Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik Tambahan saya lulus.

Terima kasih buat kawan-kawan saya yang banyak membantu selama ini. Cikgu-cikgu yang tak pernah jemu mengajar saya. Emak dan ayah yang sentiasa memberi semangat dan sokongan dan belanja makan Mc Donald. Haha, macam tahu-tahu orang tengah mengidam nak macam Mc Donald rambut kerinting tu.

Dalam kesedihan saya, terima kasih buat emak kerana memahami saya. Terima kasih juga kerana dorongan yang tidak henti-henti daripada semua. Cikgu Nora, terima kasih yang tidak terhingga.

Ya, ini bukan penamat saya. Perjalanan saya masih jauh. Okay, bye.

Wednesday, March 16, 2011

Salah Tempat akibat Salah Baca



Assalamualaikum. Ini minggu lepas punya cerita, akibat kebekuan otak yang agak melampau, terpaksa tangguh.

Bila aku tengok gambar di atas, aku memang teruja gila nak pergi. Mula-mula merajuk sebab mak tak nak pergi, tapi ayah aku memang sporting. Haha. Pendek cerita, aku telah bertolak ke Masai, rumah sepupu. Ikut rancangan sepupu, selepas pergi karnival jom masuk u tuuuu, kami akan meneruskan perjalanan ke Pahang.

Hari yang dinanti-nanti pun tiba, apabila sampai di destinasi yang dituju, hati aku berdebar.

Kenapa macam bukan ni je tempatnya? Semua persoalan diletak ke tepi.

Akhirnya, aku melangkah masuk. Puas aku pusing-pusing satu bangunan, tapi satu habuk pun tak ada. Sempat juga aku check tarikh, manalah tahu aku terlepas. Ternyata, aku tak bermimpi. Dan, aku putus asa, "Jom pergi Pahang".

Kerana aku tidak berpuas hati, sedih, kecewa dan semua sekali. Aku membuka beberapa laman wab menggunakan Sony Ericsson yang hampir jahanam. Dengan muka innocent gila, aku memberitahu ayah aku, "Bukan kat Plaza Angsana, tapi kat Persada Johor." LOL. *Otak kau melayang kat mana masa baca Persada johor tu.*

Memang tak ada rezeki nak jumpa dengan bakal kekasih yang baru kat sana, apo nak dikato?

Oh ya, akhirnya, saya berjaya berperoleh lesen P hari rabu yang lepas. Selamat tinggal sekolah memandu! Bye-bye.

Dan, bak kata Zaty, keputusan SPM nak keluar rabu ni, PLEASE BE AFRAID.