Thursday, February 17, 2011

Ain dan Pusat Latihan Memandu #04

Hai awak, tadi saya pergi ujian JPJ. Awak rasa saya lulus tak?

Lulus?

Salah.

Betul, saya kandas dalam ujian JPJ. Okay, saya sedang meratapi kekandasan saya di dalam ujian ini. Dua-dua pula tu kandas. Bak kata cikgu saya, jangan putus asa.

Semalam masa cuba memandu dengan ayah saya, dia kata, kalau nak perlahan tekan clutch dengan brek. Sekejap, mengikut memori saya, cikgu saya kata. Kalau nak perlahan, lepaskan minyak dan tekan brek. Saya jadi konfius.

Bila hari yang malang tiba, jantung berdegup kencang. Dan malam tadi saya tak melelapkan mata seperti biasa. Pendaftaran bermula pada pukul 12 tengah hari. Ujian Bahagian 2 bermula sekitar 2 petang.

Bila tiba giliran saya, saya terlupa untuk memakai tali pinggang kaledar. Nasib baik penguji hanya menegur. Dan saya berjaya buat dengan baik semasa berhenti dengan bukit. Namun hati masih diserang histeria. Gelojak dihati tidak juga mahu berhenti.

Sampai diparking. Saya leka sebenarnya, saya dah pusing 3 kali semasa memasuki petak parking. Kaki pula menggigil macam dekat kutub utara. Akibatnya, saya terlanggar tiang!

"Okay, mari sini."

Begitulah tragissnya kisah saya pada hari ni. Namun ia bersambung lagi.

Dengan kadar degupan jantung seperti tidak memiliki oksigen yang mencukupi, saya ke Bahagian 3. Saya dibawa pulang oleh penguji apabila panik di tengah jalan.

"Awak memandu secara berbahaya!"

Awak tahu kenapa, ketika saya ingin meneruskan perjalanan, tiba-tiba satu kereta keluar memotong. Dan saya jadi panik. Bila nak teruskan perjalanan, enjin mati. Haha. Jom, balik rumah.

Haha, ketawa yang dipaksa-paksa.

Cikgu saya kata, saya pun dua kali juga. Jangan putus asa.

Kalaulah masa dapat diundurkan semula. Jom menangis dengan saya.

4 comments:

fatimah arr said...

uish. menakutkan jek bunyinya~ *pikir2 nnt cmnolah den nak amik lesen t

Nurain Ali said...

Fatimah, daripada pergi sekolah memandu lebih baik pergi sekolah add math. Haha.

farhana. said...

ain, jangan menakutkan org yang tak amik jpj lagi ni. haha

Nurain Ali said...

Wahaha, selamat menempuh test jpj yang agak mengerikan. :)