Sunday, December 12, 2010

Ain dan Pusat Latihan Memandu #01

Hai awak, lama tak datingkan? Apa? Awak rindu saya? Terharunya saya.

Baiklah SPM, aku ceraikan engkau dengan lesen memandu. Bak Peribahasa Melayu, sudah jatuh ditimpa tangga. Betul, aku belum puas menikmati cuti yang indah terpaksa menghabiskan masa dengan ujian komputer dan sebagainya. Dan aku terpaksa menghafal dan memahami undang-undang jalan raya sepertimana aku menghafal Gerakan Islah walaupun Gerakan Islah tak keluar semasa SPM.

Hari ini hari pertama aku dihantar ke pusat latihan memandu tanpa Siti Aisyah tersayang, I sunyi tanpa youlah. Euww! Tak pe, Kak Fatin ada. Kak Intan pun ada. Hari pertama dimulakan dengan ceramah dan ujian buta warna. Saya betul 23/23. Tapi, aku gagal bila 'Si Cikgu' tanya : Kelajuan 110 km/j kat mana? Hati kata lebih raya, mulut kata jalan biasa.

Dan 'Si Cikgu' pun balas, Matilah kau. Semua ketawa.

Tapi..

Tak pe, bersabar. Lepas tamat semua ni, kau merdekalah Ain. Ahh, nampak gayanya saya belum merdeka lagi. Aiseyman.


Inilah boyfriend terbaru I.

Tata, saya nak pergi dating dengan boyfriend baru. Ya, saya kan update lagi.

5 comments:

fatimah arr said...

wah, xsangka spm da habis! dan2, cepatnya awk masuk sekolah memandu..

fathiahRAIHANA said...

ngee . tak sbar nak amek lesen jugaaakk!
:)

Nurain Ali said...

Fatimah Arr:
Memang cepat. Malah orang pertama habis paper kat sekolah. Hee. Terlalu cepat. Belum cukup enjoy masa cuti sekolah bila ambil lesen cepat sangat.

Fathiah Raihana:
Good Luck!Haha

Mohd Shahrul Hafizi said...

110km/jam jalan biasa? Pelesit la tu awak. Hehehe.

Buat elok-elok tau. All the BEST! :)

Nurain Ali said...

Haha, Tahu tak pe.

Thank you! Berdebar rasanya.