Saturday, May 8, 2010

Sleeping Beauty Dah Ada 'Boyfriend'.

Dulu punya cerita, emak aku yang konon-kononnya sporting. Ain kenapa kau tak ada boyfriend? Kau search dekat Google. Tekan Nurain Ali. Cis, tajuk ni keluar dulu. Marketlah kau Ain.

Pertama kali tengok 'si dia', jantung rasa nak gugur. Terus terlupa kepada yang lama. Hati nak sangat yang baru. 'Boyfriend' baru! Punyalah penat merayu dekat emak, tapi lampu merah dikeluar dulu. Katanya, belajar dulu. Macam mana Ain nak belajar tanpa 'si dia' di sisi. Memandang rasa ingin bersama dengan 'si dia' terlalu kuat, sehinggakan tembok keimanan roboh. Aku sanggup tak makan hanya kerana ingin mengumpul duit.

Ayah aku cakap, Nanti tunggu ayah gaji. Terasa tenang macam Tenang Stesen Segamat. Sekarang dah bulan Mei. Konon-kononnya, nak tuntut janji. Demi kebaikan anak beliau yang memang super duper mangada-gada, dia tak kasi aku untuk bersama-sama dengan 'si dia'. Puas aku menangis apa kejadah tu. Akhirnya, ayah aku setuju. Daripada muncung sedepa, kepada senyuman hingga ke telinga.

Selesai proses mengayatlah kononnya, aku pun mendapat 'si dia' idaman hati. Dulu warna pink. Lepas tu biru. Sekarang purple. Aku pun tak tahu kenapa aku pilih yang ini. Janji dia kacak. Kalah Datuk Ternama.

I sayang You lah, cermin mata baru. Hehe. Selamat tinggal kekasih lama yang tak lagi mampu memenuhi nafsu mata aku yang semakin buta.

Selamat Hari Ibu buat Mrs. Superman saya. Ain sayang mak! Esok je lah kita berasmaradana. Hehe. Oh ya, Selamat Hari Lahir buat Nur Nadiah Rizduan. Semoga lulus Sejarah dalam peperiksaan. Yang ini pun saya sayang!

10 comments:

ema.razali said...

hee ~ selamat hari ibu ! ^^

Nurain Ali said...

Selamat Hari Ibu. Malangnya kita belum bergelar ibu. Hee

fatimah arr said...

wuish..sy mahu melihat cermin mata itu~!

Nurain Ali said...

Mana boleh. Nanti awak terpikat. Hee

Atiekah said...

ain si sleeping beauty..hehhehe cutenyew ;)

Nurain Ali said...

Hee. Nama je comel. Orangnya tak comel pun. :)

fathiahRAIHANA said...

cute lah ain nieh :D
hihihi
mishh you , lame tak borak kan kan kan ?!!

Nurain Ali said...

Ana lagi cute, ain tak cute langsung.

Miss you too laa. tu la. Orang tu asyik sibuk je. :)

ohh wany ! said...

Eh ehh kesian bf lama , bak sini la kasi wani bia wani pegi hanta kat besi buruk HEEEEE :)

si-pembancuh-kopi.blogspot.com said...

bestt lah cter kamu nie.. :)