Friday, April 23, 2010

Ain kau dah...

Hari Sabtu minggu lepas aku ada pertandingan penulisan kreatif dalam tulisan jawi. Minggu lepas punya cerita baru hari ni terkial-kial nak taip. Busy sleeping beuaty lah katakan. Kau tahu. Aku terpaksa tangguhkan semua kerja sekolah semata-mata nak buat esei fasal Fenomena Alam. Aku terpaksa membiarkan Sleeping Beauty tanpa entry baru. Akibatnya, minggu ini aku sibuk menyiapkan semua kerja sekolah yang bertangguh.

Puteri Islam lah macam biasa. Memandang aku tiada baju kurung Puteri Islam yang serba serbi pink, aku meminjam kain Puteri Islam daripada Farrah. Malas nak pakai pakaian yang serba serbi memanaskan dan merimaskan badan aku.

Malam tu, aku mencuba-cuba memakai kain tersebut. Kau tahu. Farrah jauh sikit tinggi daripada aku. Ala, setakat 4 inci ketinggalan di belakang apalah sangat. Tapi aku jauh dan jauh lebih berat berbanding Farrah. Bukan setakat 4 kilo tapi lebih dan aku terasa lebih-lebih berat. Aku rasa bolehlah bergaya kot esok dengan baju kurung Puteri Islam esoknya. Cehh.

Pagi terasa indah. Hah? Apakah? Setelah bersiap. Ya Allah Ya Tuhanku. Betapa ketatnya di bahagian paha! Betapa sukarnya untuk aku bernafas. Tak ubah macam pakai baju kebaya ketat yang sempit dibahagian pinggang. Nasib baik aku baju yang menghalang pandangan orang ramai mengenai pahaku yang semakin membesar.

Satu hari itu aku rasakan hari yang paling terseksa. Tapi aku tetap tersenyum. Terasa malu hingga muka menjadi kemerah-merahan kalau mereka-mereka tahu betapa Adnan sempitnya pahaku. Dan gara-gara Adnan Sempitlah aku tak mampu memberikan konsentrasi sepenuhnya terhadap Fenomena Alam.

Sudah terbukti lagi jelas, Ain kau memang dah Gemuk. Oh NO! Nampak gayanya, aku terpaksa menahan nafsu serakah aku yang teringin dan keinginan untuk makan. Cancellah nak makan dekat Kentucky Fried Chicken dengan En. Tut. Kita nak diet dulu baru boleh dating awak. Tapi, jangan risau BMI kita baru 19.5. Masih seimbang lagi. Boleh makan-makan lagi kan? Ceh.

10 comments:

LUKISAN PENA said...

gemuk??? kena makan limau banyak2..

Nurain Ali said...

Lukisan Pena:
Tak adalah gemuk mana pun. Hehe,

THANK YOU!

hans said...

haha
exercise la selalu

Nurain Ali said...

Tu la yang aku malas. Dah lah naik tingkat tiga macam nak mati lagi mahu aku exercise. Paha je ada masalah. Ynag lain oke.

norshafinaz said...

alala ain.
sama laa.
paha goreng pon sodap.
kahkahkah.
eih, nk exercise mmg mls.
kalau lah byk duit. bole g slim world sama2 kn?
hehe ;p

Nurain Ali said...

OMG! Dah mleleh dah nie. Hehe.
Bukan setakat slim world. Yunnan hair cair ain bawak finaz sekali.

ema.razali said...

HAHA ema pun dah gemuk laa ain . dulu boleh tahan gak ,sekeping badan ema . skrg , hah badan dah ta sekeping . tebal macam kamus dewan plus plus ^^

Nurain Ali said...

Tahu tak pe. Malang-malang. Tolong nak kurus balik. :)

AROL DSHW said...

kawan saya dapat masuk peringkat negeri hari ini.
tak tahu menang ke kalah tadi.

Nurain Ali said...

Oh. Teror kawan awak. Saya pun kalah peringkat daerah. Tulisan buruk. Hee