Friday, April 23, 2010

Ain kau dah...

Hari Sabtu minggu lepas aku ada pertandingan penulisan kreatif dalam tulisan jawi. Minggu lepas punya cerita baru hari ni terkial-kial nak taip. Busy sleeping beuaty lah katakan. Kau tahu. Aku terpaksa tangguhkan semua kerja sekolah semata-mata nak buat esei fasal Fenomena Alam. Aku terpaksa membiarkan Sleeping Beauty tanpa entry baru. Akibatnya, minggu ini aku sibuk menyiapkan semua kerja sekolah yang bertangguh.

Puteri Islam lah macam biasa. Memandang aku tiada baju kurung Puteri Islam yang serba serbi pink, aku meminjam kain Puteri Islam daripada Farrah. Malas nak pakai pakaian yang serba serbi memanaskan dan merimaskan badan aku.

Malam tu, aku mencuba-cuba memakai kain tersebut. Kau tahu. Farrah jauh sikit tinggi daripada aku. Ala, setakat 4 inci ketinggalan di belakang apalah sangat. Tapi aku jauh dan jauh lebih berat berbanding Farrah. Bukan setakat 4 kilo tapi lebih dan aku terasa lebih-lebih berat. Aku rasa bolehlah bergaya kot esok dengan baju kurung Puteri Islam esoknya. Cehh.

Pagi terasa indah. Hah? Apakah? Setelah bersiap. Ya Allah Ya Tuhanku. Betapa ketatnya di bahagian paha! Betapa sukarnya untuk aku bernafas. Tak ubah macam pakai baju kebaya ketat yang sempit dibahagian pinggang. Nasib baik aku baju yang menghalang pandangan orang ramai mengenai pahaku yang semakin membesar.

Satu hari itu aku rasakan hari yang paling terseksa. Tapi aku tetap tersenyum. Terasa malu hingga muka menjadi kemerah-merahan kalau mereka-mereka tahu betapa Adnan sempitnya pahaku. Dan gara-gara Adnan Sempitlah aku tak mampu memberikan konsentrasi sepenuhnya terhadap Fenomena Alam.

Sudah terbukti lagi jelas, Ain kau memang dah Gemuk. Oh NO! Nampak gayanya, aku terpaksa menahan nafsu serakah aku yang teringin dan keinginan untuk makan. Cancellah nak makan dekat Kentucky Fried Chicken dengan En. Tut. Kita nak diet dulu baru boleh dating awak. Tapi, jangan risau BMI kita baru 19.5. Masih seimbang lagi. Boleh makan-makan lagi kan? Ceh.

Wednesday, April 14, 2010

Tip Menghilangkan Rasa Mengantuk Di Dalam Kelas

Minggu ini, kau tahu aku boleh tidur sambil menongkat dagu atau tertunduk. Konon-kononnya aku tengah buat kerja yang cikgu berilah. 2 dalam 1. Mata menghadap tulisan tapi hampir tertutup.

Jangan kejut kalau kau

1. ''Awak, bangun awak. Cikgu dah sampai''
Konon-kononnya Budi Bahasa Budaya Kita. Kau lagi membuatkan aku menyambung mimpi Datuk Ternama nak cium aku adalah.

2. Cubit-cubitan.
Dulu, aku suka suruh Aisyah Bibik ''Bik, tolong cubitkan tangan kita.'' Tak lama kemudian, aku sudah lena di buai mimpi bersama-sama denagn Sulphuric acid + Water = Ain bangun dari tidur.

3. Kau pun tidur juga.
Kawan sebelah menegur. ''Ain. Tidur je.'' Aku segar bugar macam kena simbah dengan air. Tapi, kawan sebelah aku pula yang sedang melentokkan kepala dengan kadar dengkuran yang jauh lebih hebat.

4. Ketawa.
Ada sesetengah kawan aku, bila tengok aku mula tersengguk-sengguk, mereka tertawa. Aku bukan Raja Lawak yang kalah di arena Raja Lawak. Sungguh tidak bertauliah.

Kejutlah Sleeping Beauty dengan cara

1. Jerit.
''Ain!'' Aku yang baru nak menutup mata melayari mimpi bersama-sama Datuk Ternama pun terbatal. Nasib baik kau kacau daun lah kawan.

2. Tepuk.
Tepuk belakang dada, serta merta mata pun yang baru beroperasi untuk tidur akan terbuka secara langsung. Janganlah sampai membunuh pula. Aku saman malu dekat kau.

3. Saspen.
''Ain, Datuk Ternama datang.'' ''Haaa. Mana? Mana?'' Secara tidak langsung syaitan atas kelopak mata pun lari juga. Takut ya syaitan.

4. Rubber.
Ketika mencari waktu yang sesuai untuk melelapkan mata, mata sedikit-demi-sedikit akan menurun. Tetiba, ''Woi, apa nie main raba-raba?''

Mudah kan? Apa tunggu lagi. Kejutlah mereka yang sespecies dengan aku.

Hutang Piutang akan diselesaikan dalam masa yang terdekat.

Friday, April 2, 2010

Aiyoh. Mana Beg Xin Yan Lari?

Semalam 1 April atau lebih dikenali April Fool. Kenapa tak ada March Fool ke, October Fool ke? Dapat juga kenakan orang setiap bulan.

Macam biasa. Bila loceng berbunyi, cikgu berdiri tenjerit-jerit suruh beratur dan itu dan ini. ''Ain, Xin Yan panggil awak dekat ruang legar. Cepat taw.'' Aku sekadar menggangguk kepala. Bila Tan Shu Mei ketawa, cis. Wakenabeb! April Fool yang pertama di awal pagi.

Aku nampak Chin Xin Yan tanpa beg. "Chin, mana beg?'' ''Itu Aun Hock ambil.'' April Fool, biasalah. ''Awak bawa beg ke sekolah tak?'' ''Bawalah. Tadi ada. Tiba-tiba dah tak ada.'' ''Oh. Adalah tu kot.''

Sampai di kelas, Xin Yan cuba menyanyakan Aun Hock tentang begnya. Aun Hock yang tidak berpuas hati, membuka zip beg sekolah lalu memperlihatkan isi dalaman beg beliau. Beg Xin Yna yang besar lagi berat tak kan muat di simpan dalam beglah. ''Macam mana nie? Beg saya tak ada.'' ''Mesti ada punya. Awak cari dulu.''

Xin Yan keluar dari kelas meninggalkan aku yang binggung, menyelesaikan borang Naqibah yang perlu dihantar. Xin Yan kembali lagi. Mukanya kecewa. Mungkin belum ketemu siapakah yang menyorokkan beg sekolahnya. ''Dah jumpa?'' ''Belum.'' Xin Yan keluar. Aku ikut. Melihat Xin Yan mula menitiskan air mata. Aku cemas. Aku cuba menenangkan Xin Yan. ''Jangan nangis Chin. Kita cari dekat ruang legar. Kalau tak jumpa juga kita bagitahu cikgu.'' Aku memimpin tangan Xin Yan dan turun ke ruang legar. Aun Hock turut serta. Aun Hock sangat bertanggungjawab walaupun bukan dia yang menyorokkan beg Xin Yan.

Aun Hock suruh aku masuk memandangkan Cikgu Zamilah sudah tiba untuk mengajar pelajar Islam. Dalam kelas Cikgu Zamilah, aku masih lagi memikirkan nasib Xin Yan. Aku mendengar derap kaki di kaki lima. Mungkin Xin Yan. Oh, bukan orang lain.

Tidak lama kemudian, Tan Shu Mei melalui kelas Cikgu Zamilah. ''Dia lupa bawa beg. Tinggal dalam kereta''. Tan Shu Mei mungkin bengang bila beg Xin Yan bukan hilang tapi tertinggal. Aku dan Aisyah cuba menahan gelak. Prasangka-nangka kami meleset sama sekali. Xin Yan dan Aun Hock melalui kelas Cikgu Zamilah. Aun Hock menunding jari ke arah beg Xin Yan. Sekali lagi perut kami hampir pecah bila teringatkan peristiwa yang konon-kononnya April Fool.

Satu hari Xin Yan dikenakan oleh warga sekolah. Merah padam mukanya. Pagi tadi, soalan pertama yang aku tanyakan ialah ''Chin, bawa beg tak?'' ''Bawa.''