Friday, March 5, 2010

Baling Batu Sembunyi Tangan. Apa jenis kawanlah?

A : Ain. Pinjam Physics.
Ain : Pada Aisyah.
A : Ala, baru nak pinjam.
Ain : Tak pe, kita ada soalan 7. Nah.

B : Haa. Physics kena hantar hari ni ke?
Ain : Ialah. Macam biasa.
B : Bukan ke Ain cakap kena hantar hari Rabu minggu depan?
Ain : Yeke?

Bila B cakap macam tu, beliau ingin meletakkan kesalahan sendiri kepada aku. Dengan muka beliau yang kerut seribu, apa kau fikir aku takut dengan kau? Oleh sebab mereka mengenali aku seorang yang jarang melawan, beliau fikir beliau boleh buat ikut suka hati sugar daddy beliau?

Beliau bersama dua orang kawan beliau cuba menarik muka masam apabila aku berada hampir dengan mereka bertiga. Mereka fikir aku takut dengan muka ketat mereka yang tak ubah seperti pontianak mengilai.

Aku bertanya kepada Aisyah, pendengar setia segala masalah dan penasihat aku dalam segala hal. *Aisyah pastinya akan menahan kembang kempis hidungnya ketika membaca ini*

Ain : Kita ada cakap ke hantar Physics hari rabu minggu depan.
Aisyah : Tak ada. Ainkan cakap hantar hari Jumaat.
Ain : Tapi budak ni cakap kita cakap hantar hari Rabu.
Aisyah : Biarlah Ain. Cikgu pun dah cakap revision kena hantar setiap hari Jumaat.

Mahu dikatakan tuli, tidak pula. Mahu dikatakan dengar, tidak pula. Menjadi tanggungjawab seorang murid untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru. Menjadi habit pelajar kelas aku, bila dah nak hantar sesuatu kerja barulah terkocoh-kocoh menyiapkan kerja sekolah. Sanggup tak makan kerana ingin menyiapkan kerja sekolah yang di copy dan paste dari kawan-kawan sebelah menyebelah. Selalunya bila tahu kena hantar, terus cakap 'Pinjam kau punya'. Tapi kali ini aku dipersalahkan gara-gara mereka tidak menyiapkan kerja sekolah mereka. Mungkin sebab aku yang bertanggungjawab mengedarkan kertas kepada mereka.

Bila mereka bertiga ini susah, tahu pula mereka-mereka ini menagih simpati. 'Tolonglah Ain. Tolonglah Ain,' Sehinggakan aku sanggup mengsign out daripada Blogger.com untuk membuat akaun baru untuk mereka. Bila ingin menyiapkan sesuatu kerja berkomputer, tahu pula minta tolong dengan aku. Bila mahukan lagu-lagu HOT dan TOP masa kini, tahu pula memberikan senarai lagu baru agar aku download. Mereka hanya memikirkan sakit hati mereka sahaja. Sakit hati aku tidak pula diambil tahu.

13 comments:

Ms.Independant said...

erm...
kekadang ble berkawan mesti ade saket2 ati.
sabar k...

fatimah arr said...

uish..betul2..
mmg kene bersabar..

norshafinaz said...

HUHU! ain jgn la baik sgt.
nnt dipijak kepala tu krg.
HUHU! btw, xpelaa.
ain mmg baik.
download kan semua lagu korea tok finaz.
kahkahkah ;D

Fakhrur Razi said...

hoho tuh larh
dh xdpt siapkan..
put blame on others plop @.@"
trok gitu xD

Nurain Ali said...

Ms Independant:
terima kasih.
dunia sebenar memang begitu.

Fakhrur Razi said...
This comment has been removed by the author.
Nurain Ali said...

Fatimah:
tu la. sabar-sabar.

Nurain Ali said...

Norshafinaz:
Ain memang baik.
Terima kasih.
:)

Lagu Korea?
Ishh. Ain tak layan lagu tu.
HAHA.

Nurain Ali said...

Fakhrul Razi:
Memang teruk tapi mereka fikir mereka bagus. :)

Zaty said...

sabar jek la, kak.
kite pun pernah rase.

Nurain Ali said...

Zaty:
Betul tu.
:)

ema.razali said...

ain , sabar eyh . cuba sekali sekala ain marah dorang balik . mesti terkujat dorang kat situ .

Nurain Ali said...

ema :
ain tak pandai marahlah sygs. mereka akan ketawa bila tengok ain marah. :)