Friday, February 19, 2010

Tak nak pergi sekolah boleh?



Inilah padah aku yang suka mengamalkan 'I follow you. You follow I'. Hakikat sebenar, aku tak baca satu apa pun di blog-blog yang agak..*Kurang asam sungguh* Bukan apa, masa untuk menerokai semua jenis blog adalah terhad. Tapi blog yang bisa menggegarkan otak baru ditekan.

Bila dah lama duduk rumah, terasa malas pula nak bersekolah kembali. Kerja sekolah semua dah siap. Tidak seperti tahun lepas, aku jarang sekali menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Paklong sajalah, honey moon year. Adik-adik jangan tiru peragai kakak. Buruk akibatnya.

Semangat SPM yang dulu berkobar-kobar semasa sesi persekolahan semakin menipis. Oh NO! Tu la cuti lama sangat. Siapa suruh?

Bila cuti sekolah kali ini melabuhkan tirainya, bermaknanya, tuisyen petang bagi sesi 2010 akan bermula. Isnin hingga Jumaat termasuk hari rabu iaitu hari kokurikulum juga akan bermula. Malas rasanya bila dipaksa memakai baju uniform lengkap. Panas tahu.

Paling melegakan perasaan bila aku terpaksa mengaku 'Tak pe, tak pe. Cikgu mahu buli. Bulilah. Tahun akhir. Tahun depan kita tak jumpa lagi kan kan?'

10 comments:

Johari sulaiman said...

nice blog.. sy pun cikgu gak hahaha!

Nurain Ali said...

Cikgu Johari.
Habislah. Rahsia terbongkar. :)

terima kasih cikgu.

ema.razali said...

hahha . tahu takpe , cuti lama sangat malas pulak na sekolah :DD

hans said...

hahahah
paling aku tak suka masa sekolah ialah hari sukan dan waktu nak pilih siapa wakil lari la baling besi la,lompat jauh la
aku xsuka
hahaha

Nurain Ali said...

ema :
ain tak nak!
hehe.
dasar pemalas :)

Nurain Ali said...

hans :
betul tepat sekali.
menyampah time tu.
balik-balik muka aku je masuk perbarisan.

KizZ said...

huhuh...mane leh..kena semangat g sekolah utk mengajar...jadilah GTO eh x...GTN,great teacher nurain..ahah!

Nurain Ali said...

Kizz.

GTN?
Habislah sekolah jika saya mengajar.
jatuh teruk reputasi sekolah.
tapi popular.
:))

wawan said...

paklong je? maklong xikut skali ka?
hehehehe

Nurain Ali said...

wawan :
mak long sedang kirja. Sebab tu tak boleh ikut. :)