Sunday, February 14, 2010

Jangan ketawa. Nanti menangis.



Dulu masa aku masih lagi kecil, emak selalu berpesan, Dah, jangan ketawa je. Nanti menangis. Sampai sekarang aku masih lagi memegang kata-kata emak. Pernah aku ketawa sehinggakan anak tekak nak keluar, tiba-tiba aku akan menangis tanpa diduga.

Semalam kami ketawa melihat telatah Alysha yang mencuit hati kecil kami. Hari ini kami sedar yang dunia ini bukan untuk ditertawakan sepanjang masa. Kadang kala kita perlu menangis betapa kerdilnya kita di sisi Allah. Allah Maha Besar. Kami redha andainya inilah suratan takdir keluarga kami.

Kami melihat Alysha membesar di depan mata kami. Dari umur 1 hari sehingga 1 tahun. Ia kenangan indah buat kami sekeluarga. Hidup ibarat roda. Sekejap kita berada di bawah. Sekejap kita berada di atas.
Dulu pernah juga aku pertikaikan lagu Bukan Superman nyanyian The Lucky Laki. Lelaki pun menangis juga ke? Hari ini aku melihat seorang lelaki yang aku sayangi mengeluarkan air matanya. Sungguh, kau buat aku tersentuh. Walau sekeras mana hatinya, masih ada kelembutan jauh di dasar hati.

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berkorban nyawa. Tak sanggup melihat Alysha membesar tanpa mendapat kasih salah seorang. Alysha masih terlalu kecil menghadapi situasi ini. Mendengar tangisan ayahnya yang sedih, Alysha turut menangis seolah-olah mengerti. Inikah akhirnya sebuah mahligai cinta yang dibina?

Tak perlu cakap, See, I told you! Hakikat sebenar, itu ujian Allah buat kita. Dan sudah terlambat untuk kita membetulkan masa lalu. Ah, kata-katamu penuh dengan dusta. Apa yang kau inginkan ialah orang sekeliling memahami kau? Tidakkah kau mengerti kami?Mengerti akan kasih seorang ayah terhadap anaknya?

Terlalu banyak aku belajar hari ini. Kami redha andainya Alysha bukan milik kami walaupun harapan kami besar untuk melihat Alysha disamping kami. Tawanya tetap menghiasi hari kami sekeluarga.

13 comments:

hans said...

itu kalau yg ketawa yang sangat2 kut
tu leh menangis tu

Moon Death Spell said...

saya terkedu sebentar...
anak kecil itu... oh...
hurm.. Allah dah aturkan segala yang terbaik untuk kita... percaya lah

Nurain Ali said...

Hans :
betul kot. Hee.

Nurain Ali said...

Cik Bualan:
insyaAllah :)

Ms.Independant said...

suka2 memebawa duka kan...

:)

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

my mak pon ade cakap jugak jangan asyek ketawa je ..nnt nangis..n ape yang my mak cakap mmg betol..
n sekarang ni kalau kelopak mata kanan asyek berdenyut-denyut saye dah tau saye akan nangis..ermmm

norshafinaz said...

ain, apa jdi pada alysha? =.='

Nurain Ali said...

Ms.Independant:
betul setuju sangat. dunia memang adil.

Nurain Ali said...

Cik Aida:
Oh. Macam tu pun ada juga?

Nurain Ali said...

Fienaz:
Soalan itu membuatkan saya terkedu.

Dia tiada lagi bersama kami.
:(

fatimah arr said...

kenapa?

Nurain Ali said...

Fatimah :
Sebab Alysha berada di dakapan ibu yang tersayang bukan ayahnya. :)

lin said...

視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,色情