Tuesday, December 14, 2010

Pengajaran Bulan Ini : Adab Meminjam Barang



Baby Vivitar.

Hai, hari ini kita akan lakukan pendedahan demi pendedahan. Baru-baru ini, salah seorang mangsa telah meminjam kamera kesayangan aku. Walaupun tak mahal, tapi aku tetap sayang. Walaupun kamera ini hanya boleh merakam gambar tanpa suara, tapi kamera ini satu-satunya boyfriend yang setia sebelum aku curang bersama DSLR satu hari nanti. Boyfriend kali ini diberi nama Baby Vivitar. Euwww..

Semasa pengambaran kelas 5 Prinsip Akaun yang lepas, aku telah menyerahkan Baby Vivitar aku bagi memudahkan kerja aku kepada seorang mangsa A. Selesai sesi pengambaran, aku mengambil kembali Vivitar aku. Aku dapat mengesan beberapa calar di atas badan Baby Vivitar aku. Oh my god! Hampir 3 tahun aku jaga Vivitar, namun satu calar pun tak ada. Begitu juga dengan beg pelindung Vivitar. Grrrr! Kulitnya mula tercabut.

Mangsa B telah memberitahu aku untuk meminjam Vivitar aku semasa pemergian mangsa ke Kuala Lumpur. Pada mulanya, memang berat hati nak melepaskan Vivitar pergi dating dengan perempuan lain. Tapi, mangsa adalah rakan. Rakan yang sememangnya sangat baik walaupun kami tak rapat. Segala fobia masa lalu dipinggirkan atas dasar rakan. Tak pe, saya merelakan Baby Vivitar pergi. Jangan lupa balik ya, baby.

Setelah seminggu Baby Vivitar curang, mangsa B belum lagi berkesempatan memulangkan Baby Vivitar. Tak pe, saya tunggu awak lagi seminggu ya. Jangan cari perempuan lain taw baby. Memandang emak yang cute sudah membebel, Bila nak ambil balik kamera kau tu? Jadi, aku meminta mangsa B memulangkan dengan kadar segera. Mulanya, dia enggan kerana ingin membeli pendrive dahulu untuk menyimpan gambar-gambar tersebut. Jadi, aku izinkan.

Bila dah terlalu lama, aku terpaksa tipu dengan mengatakan aku ingin menggunakan Baby Vivitar tersebut. Jadi, mangsa B telah pun memulangkan Baby Vivitar aku. Semasa kali pertama bertentang mata dengan Baby Vivitar setelah lama berpisah, jantung aku berdegup laju. Kenapa kau jadi macam ni? Kenapa?

Beg pelindung Baby Vivitar macam plastik belacan. Kulitnya hampir semua tercabut. Speechless. Takkan aku nak marah, apa pula kata mangsa B. Dengan perasaan sedih, aku senjaga buat-buat tak nampak akan kecederaan yang dialami oleh beg pelindung Baby Vivitar. Aku mengalihkan perhatian aku kepada Baby Vivitar saya pula, Astaga! Mangsa B posing macam nak rak. Ini membuatkan aku rasa menyampah. Selama aku dating dengan Baby Vivitar, aku pun tak pernah ambil gambar sampai macam tu sekali.

Grrr! Sabar Ain, sabar. Mungkin tu tandanya aku perlu membeli DSLR kot.



Semua ini angkara Mangsa A dan B yang tidak bertanggungjawab. Kesian my baby!

Pengajarannya ialah, pinjamlah barang orang lain dengan berhemah.

Sunday, December 12, 2010

Ain dan Pusat Latihan Memandu #01

Hai awak, lama tak datingkan? Apa? Awak rindu saya? Terharunya saya.

Baiklah SPM, aku ceraikan engkau dengan lesen memandu. Bak Peribahasa Melayu, sudah jatuh ditimpa tangga. Betul, aku belum puas menikmati cuti yang indah terpaksa menghabiskan masa dengan ujian komputer dan sebagainya. Dan aku terpaksa menghafal dan memahami undang-undang jalan raya sepertimana aku menghafal Gerakan Islah walaupun Gerakan Islah tak keluar semasa SPM.

Hari ini hari pertama aku dihantar ke pusat latihan memandu tanpa Siti Aisyah tersayang, I sunyi tanpa youlah. Euww! Tak pe, Kak Fatin ada. Kak Intan pun ada. Hari pertama dimulakan dengan ceramah dan ujian buta warna. Saya betul 23/23. Tapi, aku gagal bila 'Si Cikgu' tanya : Kelajuan 110 km/j kat mana? Hati kata lebih raya, mulut kata jalan biasa.

Dan 'Si Cikgu' pun balas, Matilah kau. Semua ketawa.

Tapi..

Tak pe, bersabar. Lepas tamat semua ni, kau merdekalah Ain. Ahh, nampak gayanya saya belum merdeka lagi. Aiseyman.


Inilah boyfriend terbaru I.

Tata, saya nak pergi dating dengan boyfriend baru. Ya, saya kan update lagi.

Thursday, September 2, 2010

Mr Hewlett Packard Si Buah Hati Baru!

Eh, Sleeping Beauty, hari tu bukan dah kecoh ke You dah ada Boyfriend Baru?

Jangan panik. I tak curang pun dengan Boyfriend Baru I tu. Walaupun I selalu ketepikan dia kerana I tahu I lebih suka guna mata yang original.

Tapi, I terpaksa juga curang dengan Mr D I yang tersayang. Sudah menjangkau 4 tahun umur beliau. Rasa bosan mula melingkari diri ini. Mr Hewlett Packard akhirnya menghadiran diri dan I jatuh cinta lagi.

Dirinya kecil molek membuatkan I rasa I lebih sepadan. Tambahan, I berjaya menguruskan badan I semenjak I puasa. Slim gitu. Macam iklan Slim World.

Der,I tak pernah terfikir pun untuk curang dengan Mr D. Bagi I, Mr D segala-galanya bagi I. Tanpa Mr D I tak boleh hidup. Tercunggap mencari oksigen. Tapi, semenjak Mr Hewlett Packard hadir, I sedar yang Mr D hanyalah komputer biasa lagi tidak sempurna. Mr Hewlette Parkard walaupun kau selalu di caci kerana kekecilanmu, tapi dirimu begitu berharga.

I tak nafikan, hampir setiap masa I habiskan masa I dengan Mr D. Mr Hewlett Parkard hanya memenuhi ruang organisasi I sahaja.

Dan I ulang lagi, apakan daya, dirimu hanya komputer biasa yang telah berkhidmat lama dengan I. Akhirnya, kerana kecemburuan You sanggup merosakkan fail You sendiri. You tahu tak Windows 32 tu jantung you. Youuuu, tak sayang kat I ke?

Tanpa You takkan Sleeping Beauty popular di dunia maya pada hari ini. You, sampai bila-bila I takkan lupa memori antara kita.

Walaupun begitu, Mr Hewlett Parkard telah pun menabur janji manisnya untuk berkhidmat dengan I dan menyambung tugas-tugas Mr D. Jadi, Sleeping Beauty bolehlah bertemu peminat-peminat misteri beliau setiap hari. Tak gitu?

Mr D, ketahuilah bahawa I tetap sayang You. Titik peluh ayah I dan emak I semata-mata nak bagi hadiah sebab I dapat Nombor 2 dalam kelas. HAHA. I janji D, dengan berbekalkan duit yang memang I kumpul untuk beli Safi Whitening, I sanggup jadi hitam demi You D Darling. Tak pe, yang penting You sihat kembali.

You tahu tak, banyak dokumen penting dalam badan You. Dan I rasa, I akan kehilangan dokumen tu. Apatah lagi, hasil kerja I dengan Photoshop. You tahu tak betapa susah payahnya I nak siapkan kerja seni I? You tak kasihankan I ke? Sampai jantung Windows 32 buat I macam ni.

Mr D, You tahu tak, I fed up buat hasil kerja tu. O Mai Good?

Der, kalau tak kerana Mr D I bunuh diri, I tak mungkin akan ke udara melalui Mr Hewlett Parkard I. Lantas, menambah rasa cinta I terhadap Mr Hewlett Parkard I ni. I tahu You pun sayang I juga kan? Walaupun I dapat You secara percuma oleh SKMM, tapi kata orang, tuah ayam nampak dikaki, tuah Sleeping Beauty dapat You, SKMM je tahu.


itu En Forest I dan Netbook 1 Malaysia yang percuma tu.


Saya tahu Mr Hewlett Parkard terlalu kacak.

Mr Dell : Gua 9 kali ganda lebih besar kau, hp.
Mr Hewlett Parkard : Eh, kau kan dah mati?

Esok I bawa Mr D Darling I pergi klinik. You tak payah risau lagi taw, Mr D. Sekejap, kalaulah mak I tahu, matilah I.

Emak : Tu lah kau, main komputer je kerjanya. Mana tak rosak.

Saturday, July 31, 2010

Pengajaran Bulan ini : Hargai Hasil Karya Orang Lain

Hai, sudah lama aku menyepikan diri dari dunia bloggger yang tersayang. Terlalu sibuk dengan sekolah sehingga aku belajar sesuatu yang baru. Dan semestinya, aku mengargainya walaupun melukakan hati kudus aku. Cehhh.


Untuk Tumbesaran : Klik

Ini kelas aku. Bukan nak bangga, Oh kamilah pelajar paling pintar di sekolah. Tidak. Ini cuma hasil kerja aku. Cikgu Hasnah memang comel sehinggakan aku selalu mengelamun atau tidur dalam kelas beliau. Aku mula membuat gambar kelas untuk kelas lain. Sebagai duit tambahanlah kononnya.

Macam biasa, prosesnya bermula dengan mengambil gambar semua pelajar di dalam kelas. Aku serahkan tugas ini kepada wakil aku. Belum apa-apa, ada yang tak nak ambil gambar. Terutama sekali, Mak Datin kelas tu. Kak, kalau solek sekali pun belum tentu kau cantik macam Rozita Cik Wan. Ini fakta. Kita budak sekolah.

Aku ingat aku akan siapkan dalam masa dua minggu. Tapi dalam sebulan juga ambil masa sebab terburu-buru dengan benda lain. Jadi, bila aku betul-betul free, aku cuba menyiapkan satu malam tersebut. Aku berjaya menyiapkannya.

Keesokkannya, aku membawanya ke sekolah. Hasil dari printer haktuih aku. Memang buruk. Mereka berkata, bolehlah. Tak payahlah nak susahkan diri sendiri untuk buat yang baru. *Senyum, menyedapkan hati yang memang gundah gelana mendengar kritikan yang pedas lagi lazat seperti Pizza Hut.*

Sebelum itu, memang aku terfikir untuk memperbaiki hasil kerja aku. Tapi, balik sekolah. Kawan aku mengatakan bahawa kelasnya tidak mahu menggunakan gambar tu untuk majalah sekolah.

Apa yang anda rasa kalau anda berada di tempat aku?

Kawan aku kata, Tak berboloi apa yang Ain dah buat. Penat Ain buat tiba-tiba budak cakap tak nak. Alasannya, Ala dalam gambar ni aku tak lawalah. Tak cunlah, Tak gantanglah. Gelaplah. Semualah.


Inilah usaha yang tidak berbaloi dek gara-gara mereka yang tidak tahu menghargai sesuatu. Sabar, sabar Ain.

Al-fatihah buat Arwah datuk, Tumin bin Hassan Ahmad. Semoganya Arwah tergolong dalam orang-orang yang beriman.
1929-2010.

Saturday, May 8, 2010

Sleeping Beauty Dah Ada 'Boyfriend'.

Dulu punya cerita, emak aku yang konon-kononnya sporting. Ain kenapa kau tak ada boyfriend? Kau search dekat Google. Tekan Nurain Ali. Cis, tajuk ni keluar dulu. Marketlah kau Ain.

Pertama kali tengok 'si dia', jantung rasa nak gugur. Terus terlupa kepada yang lama. Hati nak sangat yang baru. 'Boyfriend' baru! Punyalah penat merayu dekat emak, tapi lampu merah dikeluar dulu. Katanya, belajar dulu. Macam mana Ain nak belajar tanpa 'si dia' di sisi. Memandang rasa ingin bersama dengan 'si dia' terlalu kuat, sehinggakan tembok keimanan roboh. Aku sanggup tak makan hanya kerana ingin mengumpul duit.

Ayah aku cakap, Nanti tunggu ayah gaji. Terasa tenang macam Tenang Stesen Segamat. Sekarang dah bulan Mei. Konon-kononnya, nak tuntut janji. Demi kebaikan anak beliau yang memang super duper mangada-gada, dia tak kasi aku untuk bersama-sama dengan 'si dia'. Puas aku menangis apa kejadah tu. Akhirnya, ayah aku setuju. Daripada muncung sedepa, kepada senyuman hingga ke telinga.

Selesai proses mengayatlah kononnya, aku pun mendapat 'si dia' idaman hati. Dulu warna pink. Lepas tu biru. Sekarang purple. Aku pun tak tahu kenapa aku pilih yang ini. Janji dia kacak. Kalah Datuk Ternama.

I sayang You lah, cermin mata baru. Hehe. Selamat tinggal kekasih lama yang tak lagi mampu memenuhi nafsu mata aku yang semakin buta.

Selamat Hari Ibu buat Mrs. Superman saya. Ain sayang mak! Esok je lah kita berasmaradana. Hehe. Oh ya, Selamat Hari Lahir buat Nur Nadiah Rizduan. Semoga lulus Sejarah dalam peperiksaan. Yang ini pun saya sayang!

Friday, April 23, 2010

Ain kau dah...

Hari Sabtu minggu lepas aku ada pertandingan penulisan kreatif dalam tulisan jawi. Minggu lepas punya cerita baru hari ni terkial-kial nak taip. Busy sleeping beuaty lah katakan. Kau tahu. Aku terpaksa tangguhkan semua kerja sekolah semata-mata nak buat esei fasal Fenomena Alam. Aku terpaksa membiarkan Sleeping Beauty tanpa entry baru. Akibatnya, minggu ini aku sibuk menyiapkan semua kerja sekolah yang bertangguh.

Puteri Islam lah macam biasa. Memandang aku tiada baju kurung Puteri Islam yang serba serbi pink, aku meminjam kain Puteri Islam daripada Farrah. Malas nak pakai pakaian yang serba serbi memanaskan dan merimaskan badan aku.

Malam tu, aku mencuba-cuba memakai kain tersebut. Kau tahu. Farrah jauh sikit tinggi daripada aku. Ala, setakat 4 inci ketinggalan di belakang apalah sangat. Tapi aku jauh dan jauh lebih berat berbanding Farrah. Bukan setakat 4 kilo tapi lebih dan aku terasa lebih-lebih berat. Aku rasa bolehlah bergaya kot esok dengan baju kurung Puteri Islam esoknya. Cehh.

Pagi terasa indah. Hah? Apakah? Setelah bersiap. Ya Allah Ya Tuhanku. Betapa ketatnya di bahagian paha! Betapa sukarnya untuk aku bernafas. Tak ubah macam pakai baju kebaya ketat yang sempit dibahagian pinggang. Nasib baik aku baju yang menghalang pandangan orang ramai mengenai pahaku yang semakin membesar.

Satu hari itu aku rasakan hari yang paling terseksa. Tapi aku tetap tersenyum. Terasa malu hingga muka menjadi kemerah-merahan kalau mereka-mereka tahu betapa Adnan sempitnya pahaku. Dan gara-gara Adnan Sempitlah aku tak mampu memberikan konsentrasi sepenuhnya terhadap Fenomena Alam.

Sudah terbukti lagi jelas, Ain kau memang dah Gemuk. Oh NO! Nampak gayanya, aku terpaksa menahan nafsu serakah aku yang teringin dan keinginan untuk makan. Cancellah nak makan dekat Kentucky Fried Chicken dengan En. Tut. Kita nak diet dulu baru boleh dating awak. Tapi, jangan risau BMI kita baru 19.5. Masih seimbang lagi. Boleh makan-makan lagi kan? Ceh.

Wednesday, April 14, 2010

Tip Menghilangkan Rasa Mengantuk Di Dalam Kelas

Minggu ini, kau tahu aku boleh tidur sambil menongkat dagu atau tertunduk. Konon-kononnya aku tengah buat kerja yang cikgu berilah. 2 dalam 1. Mata menghadap tulisan tapi hampir tertutup.

Jangan kejut kalau kau

1. ''Awak, bangun awak. Cikgu dah sampai''
Konon-kononnya Budi Bahasa Budaya Kita. Kau lagi membuatkan aku menyambung mimpi Datuk Ternama nak cium aku adalah.

2. Cubit-cubitan.
Dulu, aku suka suruh Aisyah Bibik ''Bik, tolong cubitkan tangan kita.'' Tak lama kemudian, aku sudah lena di buai mimpi bersama-sama denagn Sulphuric acid + Water = Ain bangun dari tidur.

3. Kau pun tidur juga.
Kawan sebelah menegur. ''Ain. Tidur je.'' Aku segar bugar macam kena simbah dengan air. Tapi, kawan sebelah aku pula yang sedang melentokkan kepala dengan kadar dengkuran yang jauh lebih hebat.

4. Ketawa.
Ada sesetengah kawan aku, bila tengok aku mula tersengguk-sengguk, mereka tertawa. Aku bukan Raja Lawak yang kalah di arena Raja Lawak. Sungguh tidak bertauliah.

Kejutlah Sleeping Beauty dengan cara

1. Jerit.
''Ain!'' Aku yang baru nak menutup mata melayari mimpi bersama-sama Datuk Ternama pun terbatal. Nasib baik kau kacau daun lah kawan.

2. Tepuk.
Tepuk belakang dada, serta merta mata pun yang baru beroperasi untuk tidur akan terbuka secara langsung. Janganlah sampai membunuh pula. Aku saman malu dekat kau.

3. Saspen.
''Ain, Datuk Ternama datang.'' ''Haaa. Mana? Mana?'' Secara tidak langsung syaitan atas kelopak mata pun lari juga. Takut ya syaitan.

4. Rubber.
Ketika mencari waktu yang sesuai untuk melelapkan mata, mata sedikit-demi-sedikit akan menurun. Tetiba, ''Woi, apa nie main raba-raba?''

Mudah kan? Apa tunggu lagi. Kejutlah mereka yang sespecies dengan aku.

Hutang Piutang akan diselesaikan dalam masa yang terdekat.

Friday, April 2, 2010

Aiyoh. Mana Beg Xin Yan Lari?

Semalam 1 April atau lebih dikenali April Fool. Kenapa tak ada March Fool ke, October Fool ke? Dapat juga kenakan orang setiap bulan.

Macam biasa. Bila loceng berbunyi, cikgu berdiri tenjerit-jerit suruh beratur dan itu dan ini. ''Ain, Xin Yan panggil awak dekat ruang legar. Cepat taw.'' Aku sekadar menggangguk kepala. Bila Tan Shu Mei ketawa, cis. Wakenabeb! April Fool yang pertama di awal pagi.

Aku nampak Chin Xin Yan tanpa beg. "Chin, mana beg?'' ''Itu Aun Hock ambil.'' April Fool, biasalah. ''Awak bawa beg ke sekolah tak?'' ''Bawalah. Tadi ada. Tiba-tiba dah tak ada.'' ''Oh. Adalah tu kot.''

Sampai di kelas, Xin Yan cuba menyanyakan Aun Hock tentang begnya. Aun Hock yang tidak berpuas hati, membuka zip beg sekolah lalu memperlihatkan isi dalaman beg beliau. Beg Xin Yna yang besar lagi berat tak kan muat di simpan dalam beglah. ''Macam mana nie? Beg saya tak ada.'' ''Mesti ada punya. Awak cari dulu.''

Xin Yan keluar dari kelas meninggalkan aku yang binggung, menyelesaikan borang Naqibah yang perlu dihantar. Xin Yan kembali lagi. Mukanya kecewa. Mungkin belum ketemu siapakah yang menyorokkan beg sekolahnya. ''Dah jumpa?'' ''Belum.'' Xin Yan keluar. Aku ikut. Melihat Xin Yan mula menitiskan air mata. Aku cemas. Aku cuba menenangkan Xin Yan. ''Jangan nangis Chin. Kita cari dekat ruang legar. Kalau tak jumpa juga kita bagitahu cikgu.'' Aku memimpin tangan Xin Yan dan turun ke ruang legar. Aun Hock turut serta. Aun Hock sangat bertanggungjawab walaupun bukan dia yang menyorokkan beg Xin Yan.

Aun Hock suruh aku masuk memandangkan Cikgu Zamilah sudah tiba untuk mengajar pelajar Islam. Dalam kelas Cikgu Zamilah, aku masih lagi memikirkan nasib Xin Yan. Aku mendengar derap kaki di kaki lima. Mungkin Xin Yan. Oh, bukan orang lain.

Tidak lama kemudian, Tan Shu Mei melalui kelas Cikgu Zamilah. ''Dia lupa bawa beg. Tinggal dalam kereta''. Tan Shu Mei mungkin bengang bila beg Xin Yan bukan hilang tapi tertinggal. Aku dan Aisyah cuba menahan gelak. Prasangka-nangka kami meleset sama sekali. Xin Yan dan Aun Hock melalui kelas Cikgu Zamilah. Aun Hock menunding jari ke arah beg Xin Yan. Sekali lagi perut kami hampir pecah bila teringatkan peristiwa yang konon-kononnya April Fool.

Satu hari Xin Yan dikenakan oleh warga sekolah. Merah padam mukanya. Pagi tadi, soalan pertama yang aku tanyakan ialah ''Chin, bawa beg tak?'' ''Bawa.''

Friday, March 26, 2010

Eh, Sleeping Beauty dapat award pula.

Maaf atas keliwatan *kelewatan* ini. Trauma kot lepas dapat results yang agak-agak pedas. Cis, BM aku hancusss! Begitu banyak kesalahan bahasa.




  1. Thank & link the person that gave you the award.
  2. Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered.
  3. Contact said Blogs and let them know they've won the award.
  4. State seven things about yourself.
Yang pertama itu daripada Fatin Ashifa dan yang kedua daripada Aqma Sayang. Thank you!

1. Ema sayang.
2. Zaty Oh Zaty.
3. Nadiah Hot.
4. Ain.
5. Aien Comel.
6. Fiq.
7. Fatimah.
8. Shafinaz.
9. Arol.
10. Safina.
11. Iyka.
12. Cydot.
13. Razi.
14. Sara.
15. Awaklah. Yang setia mengendap Sleeping Beauty ini.

7 Things about Sleeping Beauty,
1. Mengikut kad pengenalan, nama beliau Nurain Mohd Ali.
2. Pemegang title Sleeping Beauty di dalam kelas.
3. Ya, beliau mangsa SPM.
4. Masih lagi 16 tahun.
5. Tidur pada waktu Mathematics, Additional Mathematics dan Sejarah.
6. Tak banyak cakap.
7. Oh, jangan membebel dengan beliau atau anda akan sampai liang lahad.

Saturday, March 20, 2010

Sleeping Beauty #3

Kalau dulu Sleeping Beauty dikahwinkan dengan Datuk Ternama dari Planet Pluto. Bukan sebab Datuk tu kaya tapi Datuk tu ada banyak cucu. Cucu dia pula bukan manusia tapi yang berwarna hijau, bermata tiga segi, kepala pentagon dan badan nonagon.

Di sebabkan Sleeping Beauty tak dapat menerima kenyataan pada episod yang lepas, maka dengan itu Sleeping Beauty menuntut cerai. Walaupun ditawarkan dengan penghasilan anak yang ramai oleh sang suami, Sleeping Beauty tetap nak cerai. Sang suami akur. Sleeping Beauty kini mengembara mencari cinta baru, konon-kononnya.

Ketika mengembara setelah memegang title janda, Sleeping Beauty terjumpa Penyihir Jahat yang pernah menyihir beliau tidur 100 tahun. Cis, gara-gara Penyihir Jahatlah aku tidur 100 tahun dan jadi janda kepada Datuk Ternama. Orang berbudi kita berbahasa, orang membuat laknat, kita membalas. Tak gitu?

Sleeping Beauty : Wahai Penyihir Jahat. Aku datang dengan seribu hajat.
Penyihir Jahat : Oh kau Si Sleeping Beauty. Sudah bangun engkau dari tidur lenamu. HAHA. Apa hajatmu?
Sleeping Beauty : Apa ya? Aisey woman, lupa pula. Em, ya. Aku mahu jadi muda dan cantik semula. Seperti Emilia dalam cerita Hotel Mania tu.
Penyihir Jahat : Oh, tu. Kacang je. Pejam matamu.

Dengan sekelip mata, Sleeping Beauty yang berusia ratusan tahun berubah menjadi gadis 17 tahun. Malangnya, muka Sleeping Beauty bukanlah seperti Emilia tapi mirip dengan Nurain Ali. Ya, itu wajah asal beliau sebelum disihir tidur 100 tahun.

Sleeping Beauty : Cis, kau mungkir janji.
Penyihir Jahat : Untuk apa aku tepati janji aku. Sia-sia saja. HAHA

Tiba-tiba ingatan Sleeping Beauty teralih kepada niat asalnya untuk membalas dendam. Sleeping Beauty lantas merampas tongkat saksi milik Penyihir Jahat.

Sleeping Beauty : HAHA. Sudah tiba masanya untuk kau tidur selama 1000 tahun.
Penyihir Jahat : Oh kau cuba melawan aku. Andai kau pandai menggunakan tongkat sakti tu, tunjukkanlah pada aku.
Sleeping Beauty : Ok. Aku sumpah kau tidur 1000 tahun.

Eh, nanti dulu. Ketika Sleeping Beauty ingin melunaskan dendam yang telah lama terpateri di jiwa dan raga, tanpa sedar Sleeping Beauty telah memegang secara terbalik tongkat saksi Penyihir Jahat. Ini bermakna, Sleeping Beauty akan tidur lagi selama 1000 tahun. Malang betul.

Selepas 1000 tahun. Macam biasalah, mesti ada putera raja yang akan menyelamatkan Sleeping Beauty ni. Tapi, apa yang yang dihajatkan oleh Sleeping Beauty hanya ingin angan-angan kosong saja bila sang bekas suami kembali menagih hutang. Kononnya, Sleeping Beauty ada mengambil sedikit rasa cinta di jiwa beliau. Euww. Ketika sang bekas suami menghampiri Sleeping Beauty yang sedang bermimpi bermain kejar-kejaran dengan putera raja, sang bekas suami cuba mencari air. Tapi tiada. Tiba-tiba, sang bekas suami teringatkan cerita asal Sleeping Beauty. Sang bekas suami cuba memuncungkan mulutnya, tapi....

Guru : Baiklah, masa menjawab kertas Chemistry tinggal 5 minit lagi.
Nurain : Oh NOO!
Guru : Nurain, ada masalah?
Nurain : Haa. Tak ada-tak ada.

Alamak! Apa When a positive catalyst is used, ________! Er, Interstitial fluid kot. Eh itu BIOLogi. Haa, velocity sama dengan wavelength darab frequency. Itu Fizik!

100% asli. Rekaan semata-mata.

Monday, March 15, 2010

Dari Ulat Bulu menjadi Budak Perempuan yang Comel.

Bukan nak menukar fakta sains. Mati aku kena hentam habis-habisan dek kerana menukar ulat bulu menjadi budak perempuan. Tapi ini fakta bukan auta. Tapi kalau masuk Hot FM Fakta Auta memang sah kalah.


Lihatlah, Ulat Bulu! Ramai memuji beliau Aw comel-comel! Kalah tuan punya belog. Hee.


Kepada ini. Hasil daripada Photoshop dan Photoscape.

Kan saya dah cakap fakta bukan auta.

Friday, March 5, 2010

Baling Batu Sembunyi Tangan. Apa jenis kawanlah?

A : Ain. Pinjam Physics.
Ain : Pada Aisyah.
A : Ala, baru nak pinjam.
Ain : Tak pe, kita ada soalan 7. Nah.

B : Haa. Physics kena hantar hari ni ke?
Ain : Ialah. Macam biasa.
B : Bukan ke Ain cakap kena hantar hari Rabu minggu depan?
Ain : Yeke?

Bila B cakap macam tu, beliau ingin meletakkan kesalahan sendiri kepada aku. Dengan muka beliau yang kerut seribu, apa kau fikir aku takut dengan kau? Oleh sebab mereka mengenali aku seorang yang jarang melawan, beliau fikir beliau boleh buat ikut suka hati sugar daddy beliau?

Beliau bersama dua orang kawan beliau cuba menarik muka masam apabila aku berada hampir dengan mereka bertiga. Mereka fikir aku takut dengan muka ketat mereka yang tak ubah seperti pontianak mengilai.

Aku bertanya kepada Aisyah, pendengar setia segala masalah dan penasihat aku dalam segala hal. *Aisyah pastinya akan menahan kembang kempis hidungnya ketika membaca ini*

Ain : Kita ada cakap ke hantar Physics hari rabu minggu depan.
Aisyah : Tak ada. Ainkan cakap hantar hari Jumaat.
Ain : Tapi budak ni cakap kita cakap hantar hari Rabu.
Aisyah : Biarlah Ain. Cikgu pun dah cakap revision kena hantar setiap hari Jumaat.

Mahu dikatakan tuli, tidak pula. Mahu dikatakan dengar, tidak pula. Menjadi tanggungjawab seorang murid untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru. Menjadi habit pelajar kelas aku, bila dah nak hantar sesuatu kerja barulah terkocoh-kocoh menyiapkan kerja sekolah. Sanggup tak makan kerana ingin menyiapkan kerja sekolah yang di copy dan paste dari kawan-kawan sebelah menyebelah. Selalunya bila tahu kena hantar, terus cakap 'Pinjam kau punya'. Tapi kali ini aku dipersalahkan gara-gara mereka tidak menyiapkan kerja sekolah mereka. Mungkin sebab aku yang bertanggungjawab mengedarkan kertas kepada mereka.

Bila mereka bertiga ini susah, tahu pula mereka-mereka ini menagih simpati. 'Tolonglah Ain. Tolonglah Ain,' Sehinggakan aku sanggup mengsign out daripada Blogger.com untuk membuat akaun baru untuk mereka. Bila ingin menyiapkan sesuatu kerja berkomputer, tahu pula minta tolong dengan aku. Bila mahukan lagu-lagu HOT dan TOP masa kini, tahu pula memberikan senarai lagu baru agar aku download. Mereka hanya memikirkan sakit hati mereka sahaja. Sakit hati aku tidak pula diambil tahu.

Sunday, February 21, 2010

Ain, kenapa kau tak ada boyfriend?

Bila nampak lelaki kacak di kaca televisyen, O Mai God! Kacaknya! Ain, tutuplah mulut tu atau kau nak makan secara percuma? Ala, sekali sekala cuci mata. Eh, lupa pula pesan ustazah hari tu. HAHA. Dulu masa status I'm Not Single, setakat Adi Putra yang punya kacak keluar iklan pun aku tak pandang.

Seperti kebiasaan, kawan aku datang rumah untuk 'Ain, aku nak download lagu. Aku datang rumah kau sekejap lagi.' Dan aku masih lagi tidak menggenakan sebarang bayaran. Buka MySpace kejadahlah, buka youtube tengok Justin Bieberlah, buka carta Hitz.fmlah. Entah apa-apa je.

Selepas berjaya menenuhi permintaan beliau, emak aku pun sibuk. Dia tanya kawan aku tu ada boyfriend tak? Aku sekadar mengangguk. Terkedu sebentar bila mendengar soalan emak. Seola-olah memerli. Kau kenapa tak ada boyfriend? Aku sekadar menjawab, Apalah mak ni? Dia menyambung lagi, Jangan cakap emak mengongkong sudahlah.

Kali kedua. Memberi lampu hijau terhadap aku. Sebenarnya mak tak sabar nak dapat menantu lelaki kan kan? Umur baru 17 tahun sibuk bercerita pasal kahwin. Ilmu tu dah tinggi sangat ke?

Aku cakap kat emak aku, Buat apa? Menyusahkan je. Emak pula setuju. Siap lagi berpesan, Belajar nombor 1. Semenjak mak cik aku bercerita tentang anak-anak beliau yang mempunyai teman lelaki, emak aku asyik bertanya 'Kenapa tak ada boyfriend?' Ada boyfriend susah, tak ada boyfriend lagi susah.


*****
Tagged dari Cik Fatimah. Tiang kayu!

1 - adakah anda rasa HOT???
Panas! Sebab musim peralihan angin monson.

2 - upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekrang!


3 - cerita pasal gambar wallpaper itu.
Kenapa? Mungkin sebab tak sabar nak bina 'masjid' dengan Encik Tut.

4 - bila kali terakhir anda mkn pizza?
Dua atau tiga bualn yang lepas.

5 - lagu terakhir anda dengar?
Just Dance-Lady Gaga.

6 - ape yg anda buat selain menyelesaikan tag ni
Teringat-ingat akan Encik Tut. HAHA

7 - selain nama sendiri, anda di panggil nama ape?
Ada ke? Sleeping Beauty kot.

8 - tag lg 8 org
1. Nadiah.
2. Ema.
3. Ana.
4. Santhie.
5. Nor Shafinaz.
6. Zaty.
7. Fyfah.
8. Ain.

9 - siapakah org no.1 kpd anda
Adik angkat terhebat saya.

10 - katakan sesuatu mengenai org no.5
Erol punya. HAHA

11 - no.3 ade hubungan dgn sape?
Dia kata dia single.

12 - bagaimana pula dgn no.4
Irfan ya?

13 - pesanan kepada org no.6
Semoga cepat sembuh. Jaga kaki elok-elok.

14 - kata2 cinta utk org no.2
Ema, Ain sayang Ema.

15 - adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan
Ada! Mereka cantik menarik tertarik memang de bomb!

16 - berikan 5 yg anda tau tentang org yg mengtag anda
-Milik Encik Alfie.
-Komentar tegar di blog saya.
-Dia kata ayat saya berbunga-bunga.
-Cantik.
-Dapat 9A dalam PMR!


17. 5 perkara yg saya tau ttg cik ASMA..
-Eh, itu mak cik saya.
-Adik ayah saya.
-Baik kot.
-Mak cik terhebat!
-Sudah lama tak jumpa.

17 - persamaan antara KAMBING dan LEMBU
Kau tak tahu ke? Aku lagi tak tahu.

18 - prasaan anda wat tag ni
Kepala berselirat.

19 - adakah anda tau si razman itu sengal
Razman? Silap oranglah.

20 - GAY or LESS?
Gay. Sebab sekolah nak buka! *Ikhlas ke?*

Friday, February 19, 2010

Tak nak pergi sekolah boleh?



Inilah padah aku yang suka mengamalkan 'I follow you. You follow I'. Hakikat sebenar, aku tak baca satu apa pun di blog-blog yang agak..*Kurang asam sungguh* Bukan apa, masa untuk menerokai semua jenis blog adalah terhad. Tapi blog yang bisa menggegarkan otak baru ditekan.

Bila dah lama duduk rumah, terasa malas pula nak bersekolah kembali. Kerja sekolah semua dah siap. Tidak seperti tahun lepas, aku jarang sekali menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Paklong sajalah, honey moon year. Adik-adik jangan tiru peragai kakak. Buruk akibatnya.

Semangat SPM yang dulu berkobar-kobar semasa sesi persekolahan semakin menipis. Oh NO! Tu la cuti lama sangat. Siapa suruh?

Bila cuti sekolah kali ini melabuhkan tirainya, bermaknanya, tuisyen petang bagi sesi 2010 akan bermula. Isnin hingga Jumaat termasuk hari rabu iaitu hari kokurikulum juga akan bermula. Malas rasanya bila dipaksa memakai baju uniform lengkap. Panas tahu.

Paling melegakan perasaan bila aku terpaksa mengaku 'Tak pe, tak pe. Cikgu mahu buli. Bulilah. Tahun akhir. Tahun depan kita tak jumpa lagi kan kan?'

Tuesday, February 16, 2010

Eh, Jangan Tengok Muka Saya!

Ustazah ada berpesan, Jangan tengok muka lelaki/perempuan lebih dari tiga kali. Kalau lebih, berdosa. Bila ustazah cakap macam tu,

Ani : Wey, berdosanya aku. Sebab tengok kau lebih dari 3 kali sehari.
Wan : Yela, aku pun. Aku tak boleh lepas terpandangkan kau Ani. Takut-takut kalau kau menggatal.

Malam yang sepi. Tiba-tiba aku teringatkan pesan seorang penjual bedak resdung. Ya, aku perlu memakainya setiap malam. Ah, kadang kala aku terlupa juga. Budak itu mula mengering.

Bila melihat wajah di cermin, O Mai God. O Mai God. Muka tak ubah seperti cina yang akan beropera atau mungkin saja hantu. Gara-gara itulah, aku tidak jadi keluar bilik. Mana tahu, ayah dengan emak aku ketawa sampai terguling-guling tengok muka aku yang telah disolek tak ubah seperti..

Hei Ain. Selama ini baru aku tahu yang kau sebenarnya tak reti nak bersolek. Oh no.


Muka beliau masih lagi cantik berbanding Ain.

Mahu meletakkan gambar hantu, bimbang tak boleh tidur pula. Baru taip kata kunci hantu pun dah keluar macam-macam. Syukur, bukan malam Jumaat.

Sunday, February 14, 2010

Jangan ketawa. Nanti menangis.



Dulu masa aku masih lagi kecil, emak selalu berpesan, Dah, jangan ketawa je. Nanti menangis. Sampai sekarang aku masih lagi memegang kata-kata emak. Pernah aku ketawa sehinggakan anak tekak nak keluar, tiba-tiba aku akan menangis tanpa diduga.

Semalam kami ketawa melihat telatah Alysha yang mencuit hati kecil kami. Hari ini kami sedar yang dunia ini bukan untuk ditertawakan sepanjang masa. Kadang kala kita perlu menangis betapa kerdilnya kita di sisi Allah. Allah Maha Besar. Kami redha andainya inilah suratan takdir keluarga kami.

Kami melihat Alysha membesar di depan mata kami. Dari umur 1 hari sehingga 1 tahun. Ia kenangan indah buat kami sekeluarga. Hidup ibarat roda. Sekejap kita berada di bawah. Sekejap kita berada di atas.
Dulu pernah juga aku pertikaikan lagu Bukan Superman nyanyian The Lucky Laki. Lelaki pun menangis juga ke? Hari ini aku melihat seorang lelaki yang aku sayangi mengeluarkan air matanya. Sungguh, kau buat aku tersentuh. Walau sekeras mana hatinya, masih ada kelembutan jauh di dasar hati.

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berkorban nyawa. Tak sanggup melihat Alysha membesar tanpa mendapat kasih salah seorang. Alysha masih terlalu kecil menghadapi situasi ini. Mendengar tangisan ayahnya yang sedih, Alysha turut menangis seolah-olah mengerti. Inikah akhirnya sebuah mahligai cinta yang dibina?

Tak perlu cakap, See, I told you! Hakikat sebenar, itu ujian Allah buat kita. Dan sudah terlambat untuk kita membetulkan masa lalu. Ah, kata-katamu penuh dengan dusta. Apa yang kau inginkan ialah orang sekeliling memahami kau? Tidakkah kau mengerti kami?Mengerti akan kasih seorang ayah terhadap anaknya?

Terlalu banyak aku belajar hari ini. Kami redha andainya Alysha bukan milik kami walaupun harapan kami besar untuk melihat Alysha disamping kami. Tawanya tetap menghiasi hari kami sekeluarga.

Saturday, February 13, 2010

Happy CNY

Nak buat post? Tak nak buat post? Nak buat post? Tak nak buat post?

Ah. Mengada-gada kau Ain. Kalau mahu katakan saja. Kalau tak mahu. Cepat pergi tutup komputer. Komputer pun malas nak layan kerenah kau yang asyik-asyik klik lelaki berperut buncit dan memiliki misai siapa lagi kalau bukan bakal menantu Mohd Ali. *Euwww! Sikit pun aku tak pandang.*

Bila cuti sekolah bermula, aku tidak dapat membayangkan seribu kemanisannya sama seperti buah limau. Tapi memang potong linelah, bila kerja sekolah terpaksa disiapkan termasuklah yang tertangguh sebelum ini. Karangan saja sampai 8. Tak masuk lagi Physics dan Chemistry yang berhelai-helai. Bila guru sibuk nak bagi kerja sekolah, Cikgu, dah dapat banyak kerja sekolahlah!

Bila Chinese New Year tiba, masing-masing sibuk. Mencari tempat menyibuk. Pelajar cina sibuk menyiapkan kerja sekolah dengan lebih awal. Pelajar India dan Melayu pula sibuk berbual apabila guru tiada. Ketawa pun besar punya. Katanya, seminggu tak jumpa lepas ni.

Bila nak berpisah selama seminggu, baru aku teringat yang aku belum lagi mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada pelajar Cina. Dengan kadar segera, aku menuju ke dua orang rakan cina yang terapat sekali. Manakala Chin Xin Yan kawan terhebat, awal-awal pagi lagi aku telah mengucapkannya. Malah katanya aku orang yang pertama.

Happy Chinese New Year !
Happy Holiday! Yeah!

Friday, February 5, 2010

Alahai.

Jangan tekan minyak kuat sangat.
Lepaskan klac tu perlahan-lahan.
Tekan brek.
Tukar gear.

Itu maknanya beliau sedang sibuk belajar memandu kereta.
Mood : Excited!

*****
Dua ringgit. Dua ringgit.
Eh. Kau solat penuh tak?

Beliau dilantik sebagai Naqibah. *Apakah?* Beliau perlu memastikan kawan-kawan beliau solat 5 waktu setiap hari di bawah program solat berkesan. Kau orang nak bagi duit untuk menampung perbelanjaan kahwin beliau ke? *Terharu*

*****
Sedia. Ke garisan. Pritt!
Saya cakap lontar bukan baling.

Itu bermaksud beliau sedang sibuk dengan sukan sekolah. Sukan tara sudah tamat tanpa menyumbangkan apa-apa mata. Tahniah. Gagal memecah rekod tahun lepas. Dan sesungguhnya beliau amat benci akan lontar peluru dan lompat jauh. Berjaya melarikan diri! *Tepukan sikit*

Merestas Desa. Tunggu beliau esok hari.

*****
Kerja sekolah ni hantar hari isnin.

Kerja sekolah buat beliau hampir gila. Dan beliau bagaikan terkena sampukan rajin membuat kerja sekolah. Semua on-time! Di tanggung bereslah cikgu.

*****
Y = mX+c

Beliau terpaksa berkejar-kejar untuk menghadirkan diri ke tuisyen Additional Mathematics dan Fizik. Ohh.

*****

Selamat Tinggal Dunia Maya dan Khayalan.

Teruskan mengklik Nuffnang saya untuk memenangi Hadiah Ubat Tidur.

Monday, February 1, 2010

Tak Guna Menangis Kerana Dia Sudah Menjadi Milik Nik Piah

Punyalah panjang tajuk. Sebelum anda meneruskan sesi pembacaan dan penghayatan pada hari ini, tajuk itu ialah mata pelajaran Fizik. Itu adalah singkatan bagi Tera Giga Mega dan sespesies dengannya. Budak tingkatan yang baru masuk sains tulen tu mungkin fresh lagi kot ingat benda alah tu. Tapi agak malang bagi si Mak Cik ini, sejak tingkatan 4 dia masih belum mahir apa itu Tera Giga dan Mega. Kemungkinan besar, Mak Cik ini hanya mengingati rancangan kartun kegemaran sewaktu kecil. *Rindunya nak tengok kartun tu*

Kalau epal berbuah dua kali, mesti sedapkan. Tapi pisang? Sedap apa. Sudah termaktub dari awal bila pisang hanya mampu melahirkan satu tandang sepanjang kehidupan beliau. *Kesian* Kepada monyet-monyet liar, jangan serbu aku punya blog. Sungguh, aku tak undang kau ke hari perkahwinan aku. OPSS.




Bila aku dapat panggilan dari seseorang yang telah lama terputus hubungan atas dasar sejarah hitam yang berlaku antara kami, ia bukanlah sesuatu yang aku inginkan. Atau aku masih lagi takut jika pisang melahirkan setandang buah pisang lagi sekali. Dan aku masih belum bersedia untuk itu. OMG. OMG! Mimpikah aku? *Pang, Pang* Aku masih sedar. Tidak lagi menjadi Sleeping Beauty. Kenapa sih kau masih hadir? Emangnya kenapa? Salah?

Bagaimana hari-hari seterusnya dengan hadirnya beliau dalam hidup aku? Bukankah itu menjadi lebih memusingkan dalam kepala hampir nak tanggal. Ah. Beliau dah pernah tipu kau. Kenapa mesti kau percaya, Ain? Tapi, hatinya ikhlas. Minda dan hati tidak lagi sehaluan. Mungkin juga betul kata minda. Ala, macam kata mak aku, Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tapi kalau ikut minda? Sudah aku jangka, dia akan mencari aku semula. Itu baru seorang. Belum lagi kalau..



Mungkin juga aku terlewat menjawab pertanyaan seorang tua bila dia bertanya kenapa aku tak ada Boyfriend? Layakkah seorang gadis yang baru melangkau usia 16 tahun mempunyai kekasih hati atau mata air atau sejenama dengannya. Masa tu, aku balas. Emak tidak mengizinkan. Kenyataan itu mungkin juga betul. Minggu berikutnya, emak aku membetulkan penyataan aku. Beliau memberikan lampu hijau tapi belajar dulu. *Eh mak! Biar betul?*




Belajar Pendidikan Islam mengenai perihal perkahwinan amat menyeronok jika jika ada pakwe. Itulah pernyataan Aisyah. Lantas aku menyambung, Aisyah tak suka sebab Aisyah tak dapat cari sendiri pilihan hatikan? Dengan semangat, Ya betul. Tapi lain pula pendapat si Mak Cik seorang ini, Ala, best apa mak yang pilihkan. Emak kita suruh cari sendiri. Dahlah bab ni kita dapat Z. Paling lembab.

Cikgu : Nurain. Apa itu velocity?
Nurain : *Sibuk dengan perihal lain. Tidak mendengar pabila nama dipanggil* Rate of change of displacement.
Echot : Displacementlah. Displacementlah.
Cikgu : Apa dia?
Nurain : Displacement... *Muka blur*
Echot : Velocity. Velocity. Velocity.
Nurain : Divide by... Time taken.
Echot : Apasal susah sangat kau nak jawab.
Nurain : Aku nak cakap time taken dari awal. Tapi kau sebut velocity velocity. Terganggu konsentrasi aku tahu?
Echot : EH, yeke? Tak perasan.
HAHA

Friday, January 29, 2010

Pertama Kali.



Hai. Sudah sekian lama I menghilangkan diri tanpa berita. Maaf. Blog ini turut berkabung. Mahu jadi blogwalking pun susah apa lagi update blog I. Susah-susah. Tapi I akan tetap setia menunggu cuti sekolah untuk update blog I. I tahu kau orang rindu nak baca ayat I yang berbunga-bunga cintakan? HAHA

Tahun ini tahun pertama I berkabung. Lelaki memakai songkok berlilit kain putih. Manakala perempuan pula memakai tudung putih. Bagi bukan Islam, memakai kain hitam yang dililitkan dilengan. Memandangkan I seorang pengawas perpustakaan yang berbaju biru, I tak ada kasut putih. Sebelum ini pun, I melanggar peraturan sekolah dan hampir kantoi denagn seorang guru yang sangat... I ambil keputusan membeli kasut baru berwarna putih. Khas sempena Kemangkatan Sultan Johor. Selalunya I memakai kasut yang lekat dan lekat, tapi tahun ni I teringin nak pakai kasut tali sebelum sesi persekolahan I berakhir. I punya excited macam budak sekolah rendah yang baru nak masuk sekolah. HAHA. I tak sangka bahawa begitu terseksanya memakai kasut tali. Kejap-kejap tali terbuka. Nasib baik I tak jatuh seperti nangka busuk. Oh NO.

Kali pertama membawa kereta. Amboi, ada ke otot I ini berketul-ketul sampai I boleh bawa kereta tu. I memandu kereta. Kali pertama, FUHHH. Nasib baik I tak langgar pokok. Itu pun I dah macam fobia. I punya panik tak payah ceritalah. Memang memalukan keturanan kerabat I je. Ayah I cakap esok saja I akan belajar lebih lanjut. Oh. Sungguh excited. Doakan I berjaya memandu kereta dengan baik.



Saturday, January 23, 2010

Sleeping Beauty #2

Ya Allah, mengantuknya kelas Mathematics ni. Asallah aku tidur lambat malam tadi. Padan muka kau Ain. Rasakan.

Diam-diam jatuh cinta.

Penderhaka : Amboi. Sedapnya suara U? *Perli*
Sleeping Beauty : Haa. Yeke? Thank you. I ingatkan nak buat album esok.
Penderhaka :Eh, cepatnya. Rakyat jelata tengah kekeringan duit untuk beli album U.
Sleeping Beauty : Ah. I peduli apa.
Penderhaka :Eh, gerimislah. Ni mesti pasal U menyanyi tadi.
Sleeping Beauty : Pengawal. Pancung kepala beliau! *Murka*

Next Part.

Penyihir : Wahai Laptop Ajaib. Tunjukkan I siapakah yang telah menyanyi sehinggakan I menjadi seram sejuk begini?
Laptop Ajaib : Sleeping Beauty, Tuanku.
Penyihir : OMG! I perlu membalas dendam sekarang. Gara-gara Sleeping Beauty, I terbangun dari mimpi yang indah bersama sama....
Laptop Ajaib : Bersama siapa Tuanku?
Penyihir : Diam kau!

Next Part.

Penyihir : HAHA. Siaplah U wahai Sleeping Beauty.
Sleeping Beauty : Siapa U?
Penyihir : U tak kenal I ke?
Sleeping Beauty : Hello. I tak ada masa nak kenal dengan orang macam U.
Penyihir : Oh. Tak pe. Tapi I tetap nak U tahu yang I ialah Ahli Sihir Planet Pluto.
Sleeping Beauty : Apa hajat U datang istana I?
Penyihir : Untuk membalas dendam.
Sleeping Beauty : Yeke? Silakanlah. HAHA.
Penyihir : Oh, U cabar I. I tidurkan U selama 100 tahun. Jika selepas 100 tahun kemudian tiada seorang putera raja datang menyelamatkan U. U mati.
Sleeping Beauty : OK je. Ahh. Mengantuknya.

100 tahun kemudian.

Pemuda : Eh. U tahu tak, dekat Negeri Laut Terbelah ada seorang Sleeping Beauty taw.
Putera Raja : Haa. oleh diguna pakaikah U punya fakta nie?
Pemuda : Of course. Fakta bukan auta.
Putera Raja : Kalau macam tu. I nak pergilah.

Next Part.

Putera Raja : Hello. Anybody home? Kenapa ada nenek tua dalam istana ni? Atau itukah.. Oh NO! Eh, ada airlah. Mungkin aku kena merenjis air ini ke nenek tua.

Selepas merenjis air...

Sleeping Beauty : Ahh. Segarnya. Selama 100 tahun I tertidur menunggu kehadiran putera raja. Terima kasih cucu sebab selamatkan I.
Putera Raja : Tapiii.. *Berlari keluar dengan juraian air mata.*

Seperti cerita Barbie Fairytale, akhirnya mesti Happily Ever After. Begitu juga Sleeping Beuaty ini yang telah berkahwin dengan seorang Datuk Keternamaan dari Planet Pluto.

Nurain : Oh NO.
Cikgu : Nurain! Bangun sekarang. Jauh awak mimpi?
Nurain : Er.. Maaf cikgu.
Cikgu : Awak mimpi apa tadi macam terkena histeria je?
Nurain : Saya mimpi saya jadi... Sleeping Beauty.
Satu kelas : HAHA.


Cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup dan yang mati. Rekaan semata-mata.

Al-Fatihah untuk Sultan Johor. Semoga rohnya di cucuri rahmat.

Wednesday, January 20, 2010

Ei. Kau...

Ain, Boleh tolong carikan lagu One Time tak? Aku nak menyanyi tapi lidah aku terbelit-belit.
Dakwat printer dah habislah.
Salinlah. Tulis. *WTFish?*
Tengoklah dulu.

*****

Ain, kita nak minta tolong. Tapi agak menyusahkan sikitlah.
Apa dia?
Tolong carikan pasal merokok. Kalau boleh hari Sabtu ni.
Haaa, bolehlah.

*****
Tolong-menolong amalan mulia.

Itu aku terima. Bagaimana kalau ianya menyusahkan orang lain. Tak ke haru? Sejak tingkatan Empat lagi mereka meminta itu dan ini daripada aku. Paklonglah, hanya aku yang bermuka Internet dan Komputer di kelas. Aku boleh terima kalau ia tidak menganggu aktiviti harian dan memberi sedikit sogokan untuk dakwat dan tenaga aku hanya kerana Justin Bieber. Kadang-kadang mereka hanya tahu memuaskan nafsu mereka sahaja. Manakala aku terpaksa berrushing untuk menyiapkan kerja sekolah dan menenuhi nafsu serakah mereka.

Dan kerana mereka jugalah, aku kehabisan dakwat pencetak dan kertas A4. Kalaulah aku anak Tan Sri atau mempunyai Sugar Daddy, sedikit pun aku tak kisah. Itu dari segi kertas dan dakwat beserta nafsu serakah. Ada diantara mereka yang ingin memasukkan lagu kegemaran mereka ke dalam telefon bimbit, menyuruh aku mencari MP3 di internet. Nanti kita Bluetooth. Pernah juga aku mengatakan Memory kita dah penuhlah. Mereka sangat licik! Menyuruh aku menyimpan MP3 tersebut ke dalam Pendrive. Pinjam sampai berhari-hari dengan bonus AIDS apabila dipulangkan kembali. Ada juga diantara mereka yang datang ke rumah aku, Ain, tolong carikan lagu lepas tu masukkan lagu tu dalam handphone I. Kalau setakat 1 atau dua lagu tak kisah sangat tapi berpuluh-puluh. Internet pun jadi lembab gila. Sepanjang aku bermesra-mersaan dengan Dell aku, aku tak pernah download lagu sampai sebanyak tu dalam satu masa. Oh, gila. Itu satu baru separuh jalan. Dan setelah aku menyambung telefon bimbit ke Dell, Trojan satu mamak. Heh, kau ingat aku ni restoran jual virus ke? Dell aku pun menjadi lembab dan lembab dan trojan semakin banyak dihidangkan.

Aku selalu tolong mereka dalam misi memenuhi nafsu serakah mereka tapi bila aku dalam kesusahan, tiada seorang pun sudi menghulurkan bantuan. Diberi madu, dibalas tuba.

*****
Nah.
Eh, Sempat pula Ain cari? Tak buat kerja sekolah ke?
Dah siap.

*****

Nah, One Time.
Eh, kenapa Ain tak tulis je.
Malaslah.
Panjangkan lirik dia.

*****




Terima kasih Nuffnanger yang banyak menyumbang duit tabung saya selama ini. :) Sayang ampa.

Sunday, January 10, 2010

Nilai Lima Puluh Sen.



Tadi, kawan I datang rumah. Biasalah perempuan, mengumpat. Hee. Kami bukan jenis yang itu. Beliau datang sebab nak print Minit Mesyuarat. I dengan tak basuh muka lepas bangun tidur teruslah tolong. *Tak ada air liur oke* Beliau buat benda tu dalam Excel. I pun pelik. Macam mana nak print kalau sambungan dia buat dekat Sheet Two. Tajuk dekat Sheet One. I pun terpaksa copy paste benda tu masuk Word. Sudah siap semua sekali. Print. I scan Pendrive dia. Cis, H1N1. *Tapi tak kuat mana pun.* I cuba buka balik pendrie Beliau. Tapi tak boleh. I cakap kat beliau, Format baliklah senang.

Lepas I dah tolong masukkan gambar dan lagu baru ke pendrive Beliau. Beliau pun tanya, Nak kena bayar ke? I pun senyum je la. Beliau pun keluarkan 50 sen kepada I. I pun cakap terima kasih. Wow. Begitu kedekut. Atau Si Ain yang terlalu berkira. Ya, I lupa nak ucap Alhamdulillah. Alhamdulillah atas rezekiMu.

Itu rezeki I hari ini, tapi kalau yang lepas-lepas. Ada yang guna internet I sampai berjam-jam lamanya, tapi I tak dapat bayaran. Kalau I buka cybercafe, baru sebulan dah bankrap. Emak I membebel. Tapi I cakap, Ala kawan. Nanti kalau Ain susah diaorang pulak yang tolong.

*****

I tak sabar nak tengok Faizal Tahir malam ni. Walaupun Samy Vellu cakap Beliau gila. Tapi Beliau tetap Superman saya. :)


Thursday, January 7, 2010

Tajuk ?

Eh, bas dah sampailah.

Macam biasa, keadaan yang sangat membosankan. Lelaki tidak menghormati kaum Hawa yang lemah dengan merebut-rebut menaiki bas. Ada yang tolak-menolak. Wey, rumah kau tak larilah. Ada seorang budak lelaki yang gemuk, ketika berebut-rebut kasutnya tertanggal. Dia ingin mengambil kasutnya tetapi telah pun dilenyekkan tayar bas yang hendak bertolak. *Balasan tu* Ketika bas melistasi pelajar-pelajar lain, seorang budak kurus melambai-lambai dengan menggunakan kasut Si Budak Gemuk tu. Ada yang tertawa.

I tahu I kena update blog. Gila kau, Ain. Jatuh statistik pembaca blog gara-gara I tak update. *Teringat kat Aisyah yang agak susah menyebut statistik* I tak online seharian semalam sebab I terpaksa menyiapkan kerja rumah I yang macam %$#@^&*. Oh, I boleh jadi gila. Tanjung Rambutan tunggu I datang nak makan rambutan je bukan jadi penghuni sekali.

Berita ini sangat mengejutkan pelajar Tingkatan 5 2010 kerana setiap hari kami balik 4.30 petang. Termasuk Jumaat. =.= Cikgu, kami bukan robot. I rasa itu bukan satu masalah. Sebab Tingkatan 3 dulu pun lebih kurang juga. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Ain Kuat !



Monday, January 4, 2010

Eh, dah sekolahlah.

Pukul 4.30 pagi lagi aku sudah dikejut oleh emak. Oh Mai God. Sekolah memanggil aku. Setelah bersedia untuk sekolah, ayah aku pun cakap Sekarang pukul berapa? Aku pun tengoklah jam. Pukul 5.00 pagi. Oh Mai God. Aku ada lagi satu jam untuk bergolek-golek di atas tilam yang empuk. Pukul 5.00 pagi aku sudah siap pakai baju sekolah dan kasut sekolah lagi. Emak aku yang terlebih 'excited' kejut aku pukul 4.30 pagi. Kebiasaannya aku bangun 5.30 pagi. Hari ini memang dalam ingatan untuk mengenakan emak.

Pukul 6.00 pagi, aku datang tunggu bas sekolah datang dekat simpang jalan masuk Felcra Berhad Kawasan Sekijang. Memandangkan hari ini hujan renyai-renyai, emak aku 'offer' untuk hantar sampai sekolah. Aku pun buat muka teruja. HAHA. Lagipun bas mesti penuh dan sesak macam sardin. Dan aku menahan mengantuk kerana tidak cukup tidur. Dalam hati bergolak takut-takut aku tertidur masa belajar. *Insafkah? Alhamdulillah, sedar pun diri tu nak SPM*

Sampai kat sekolah, Eh, ada pelajar baru. Dia peramah. Baru kenal tapi cakap macam dah bertahun. Aku suka. Walaupun aku kekok. HAHA. Aku tolong dia untuk itu dan ini. Sekadar yang termampu. Kami jadi rapat dalam masa beberapa jam. Terima kasih kawan. Nur Fatrin Huda.

Aisyah : Ain pinjam Kimia.
Ain : Jom. Nak tempah tanda nama tak?
Erin : Jom.
Ain : Aisyah, nanti simpan kertas bawah meja.
Azah : Yela. Ain dah ada kawan baru.
Aisyah : Bye. *melamai-lambai tangan*
Ain : Eleh. Orang yang lambai-lamai tangan tu apa kurangnya.

Ain berjaya melawan hawa nafsu untuk tidur masa belajar. Tahniah Ain. :)

Sunday, January 3, 2010

Hey Hey

Hey hey aku tak percaya Streamyx.
Kau memang lembab.

Anda nampak lirik lagu tu, sila ambil perhatian. Terima kasih yang sudah mengikuti blog ini. Saya akan mengikuti blog anda dalam masa terdekat sehingga Streamyx memberi persembahan yang terlampau baik. Yang sudah klik nuffnang, terima kasih. Saya mungkin tidak akan membalas apa-apa respon. Shoutmix samapi tiga muka surat gara-gara saya pergi Melaka. Komen di entry sebelum ni belum lagi dibaca. Seribu kemaafan kepada semua. Blog pun lambat loading. Nuffnang sibuk nak tidur. :)

Kesulitan amat dikesali.