Monday, December 14, 2009

Rupa paras bukan ukuran.

Ada apa pada rupa? Belum tentu rupa yang cantik menggambarkan keikhlasan dan kemuliaan hati budi seseorang. Cantik belum tentu masuk syurga. Cantik belum tentu berjaya di dunia. Dan cantik tidak menjanjikan apa-apa. Sesungguhnya kecantikan seseorang insan tidak kekal hingga ke akhir hayat kita kecuali hati dan budimu. Si buruk rupa kadang kala lebih baik daripada si cantik.

Terima kasih Guest atas pujian yang melambung sehingga di atas awan. Saya sedikit tidak hairan atas pujianmu itu. Dunia sekarang memang begitu. Mengukur manusia dengan kecantikan dan kakacakan seseorang. Sedangkan Allah tidak pernah membeza-bezakan hambaNya. Yang hanya membezakan sesama kita ialah amal ibadat dan kemuliaan hati budinya. Dan tiada manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad S.A.W.

Ya, saya memang tidak memiliki rupa paras yang cantik dan menawan di mata manusia. Saya tidak secantik model antarabangsa mahupun Malaysia sendiri. Saya tetap bersyukur atas kurniaan Allah kepada saya. Ia sudah memandai. Ia bukan persoalan untuk saya meneruskan kehidupan di atas dunia ini dan terus beribadat kepadaNya. Kerana Allah menjadikan kita dengan pelbagai jenis rupa.

Biarlah seburuk mana manusia itu asal tidak pernah menyusahkan orang lain. Adakah itu lebih indah didengar? Kalau muka secantik Fasha Sandha tapi hati penuh dengan hasad dengki? Apa gunanya?



Terima kasih yang tidak terhingga kepada Guest :)

Orang Melayu pantang tengok orang lain berjaya. Benarkah begitu?
Renung-renungkan dan selamat beramal :)

4 comments:

Fiq said...

Rupa paras bukan ukuran tapi itulah yg selalu menjadi ukuran...

Nurain Ali said...

Fiq:
betul.
tidak boleh disangkal walau cuba dibetulkan :)

NurMaryam said...

betul tu :)

Nurain Ali said...

terima kasih :)