Thursday, December 31, 2009

Latihan Bersekolah.

Hari ni Ain kena datang sekolah kembali. Ain tahu, cuti tak habis lagi tapi pengetua Ain cakap hari ini ialah latihan bersekolah. Pengetua sangat prihatin sebab dia tak mahu anak muridnya terlupa akan hari Isnin ialah hari persekolahan bermula. Dan berita yang sangat mengejutkan kami apabila tahun hadapan kami akan balik pada pukul 2.30 petang. Lebih malang bila Ain sampai rumah pada pukul 4.00 petang. Terpaksa melupakan Tasbih Cinta yang semakin membosankan hari ke hari. Tapi hari Rabu menjadi hari kokokurikulum. Alhamdulillah satu hari sahaja. Ain duduk di sebelah Sivaneswary. Oh tak pe, merajuk dengan Aisyah satu tahun sebab duduk dengan Azah. Ain jadi AJK Bahasa Melayu.

*****
Eh, tahun baharu tinggal lagi beberapa jap. Of course, tahun baru azam pun baru. Kepada peminat fanatik Azzam IK2, saya bukan nak mengagung-agungkan si Azzam tu.

Tahun 2009 adalah tahun paling bersejarah bagi saya sebab saya berhoney moon ketika belajar dan akibatnya banyak yang tak faham. *Ambil kau Ain* Paling teruk keputusan peperiksaan yang sangat memalukan. Cacat saya punya buku laporan.

Azam tahun 2010 ialah nak kuruskan badan. OPSS. Bukan itu tapi.. Ya, saya dah dapat azam saya. Macam Aisyah, Study, Study dan Study.

Bila cuti erakhir, itu bermakna kekerapan saya mengepost entry adalah berkurangan. Mungkin seminggu hanya sekali. Itu pun kalau pemilik blog ini rajin.

*****



Si kecil ini sudah melangkah ke umur satu tahun. Makin besar makin nakal.
Happy Birthday Putri Nur Alisya. :)

*****
Bila I tulis azam mesti tangan I gatal nak taip Azzam. :)
Oh, entry ini sangat bosan.

Aisyah : Nak bina hidup baru tahun depan. Tahun ni teruk gila.
Ain : Apa azam Aisyah?
Aisyah : Study, study dan study. Kena berubah.
Azah : Aisyah, tolong aku lap tingkap.
Aisyah : Ala, aku malaslah.
Ain : Kata nak berubah?
Aisyah : Pukul 12.01 minit nanti baru mula hidup baru dan baru berubah.

*****
Selamat tahun baru semua.

Selamat tinggal 2009 yang penuh tragis.
Semoga tahun 2010 lebih bermakna. Amin.

5 comments:

fatimah arr said...

hahaha..lawak la ur conversation..

Nurain Ali said...

fatiamh :
kitaorang memang macam tu.
:))

~aien~ said...

epy new year ain syg!!
slmt kmbli ke skola ea..hee..

Nurain Ali said...

aien.
selamat tahun baru juga sayangs. :)

ala.
tak nak.
haha

aku zaty said...

slamat tahun baru!=)
n gudluck next year..
spm rite?=p