Sunday, December 6, 2009

Hari-hari Ain main bola.

Hari-hari Ain main komputer.
Hari-hari Ain makan.
Hari-hari Ain menonton televisyen.
Dan hari-hari Ain rasa bosan.

Itulah rutin selepas sesi persekolahan dibubarkan buat sementara waktu. Aiseyman, dah tak reti-reti nak buka buku? Sedarlah sikit tahun depan SPM. SPM? Ya, Sijil Perkahwinan Malaysia. HIHI *hari ini ain jadi sopan sikit*. Bagi dua orang kawan seperjuangan telah pun berjumpa dengan kekasih hati tapi malangnya si Ain ini belum lagi ketemu Panggeran. *Ada sesiapa yang nak uji bakat?*

Bila sekolah dulu sibuk sangat nak cuti, bila dah cuti. Rasakan tamparannya. *Sesedap BURGER* Sebelum cuti ayah memang sudah merancang nak pergi Mersing tapi Hey BANGLA! Ko kacau betul bulan madu akulah. Hari-hari datang rumah bawa motorsikal yang rosak suruh Encik Mohd. Ali betulkan. Balik-balik muka ko Bangla. Kalaulah muka kau sehandsome SUPERJUNIOR sudah lama aku pikat. *tak ambil port nama-nama dieorang walaupun handsome atau Ain sebenarnya pelupa*.

Hari-hari Ain main komputar tengok video si handsome Azzam dan Arill. Sampaikan mereka naik menyampah. Cuba mencari keriangan di MyRuang tapi ruang aku untuk beriang-riang sudah tiada. BOSAN! Aku cuba buka Dashboard, WOW! Blogger memang rajin update blog masing-masing. *jeles*

Hari-hari Ain makan. Normallah tu. Macam ko tak makan? Aku rasakan aku perlu berjoging. Berat tambah dengan mendadak. Tapi, rajinkah budak kecil ini berjoging? *HAHA:) perasan kecil*

Hari-hari Ain menonton televisyen. Ya, aku tengok Idola Kecil guna televisyen. Sam tarik diri sebab dia akan ke Beijing untuk mewakili ASTRO Malaysia dalam pertandingan menyanyi. Gud Luck. Tetiba saja aku minat dia. Tak lengkap Idola Kecil tanpa Sam. Dan gara-gara itu emosi si Ain ini jadi tidak stabil. *Angau ya*

Hari-hari Ain bosan. Ya, ada sesiapa yang ada BRAND untuk membuat Ain tersenyum sampai ke telinga. Pecah rekod dunia kalau Ain senyum macam tu. Aku hanya mengulangi rutin yang sama pada setiap hari. Itu je laa. Ajak bercuti tapi ayah cakap lepas ni tak payah pergi mana-mana. Haa. Tak ada rezeki.


Si Ain ni tak pernah main bola. Janganlah anda-anda semua percaya akan kata-katanya. Tengok robot pun lebih power daripada Ain.


5 comments:

nurain rodze said...

hari hari makan kari :)

Fiq said...

Gud luck 4 ur SPM (utk tahun depan punyer nih)

ain :) said...

ain :
HAHA:)
ain hari-hari makan ayam..
:))

fiq:
thank you.
:))

yeah. merdeka!

fathiahRAIHANA said...

hehee
jum lah joggin ain :)
ana pon jogging gak cuti2 nie .

ain :) said...

bolehh..
jum2..
:))