Wednesday, December 2, 2009

Dulu Lain Sekarang Lain.

Selamat Melangkah ke Bulan Terakhir.

Tiba-tiba saya teringat zaman kegemilangan saya di tingkatan 3, saya dan seorang lagi budak gila pandai memang selalu dapat Top 10. Tapi tu setahun yang lepas, kalau sekarang anda boleh lihat betapa sakit buntut saya jatuh gedebuk-gedebuk ke bawah. Masa awal tahun memang saya malu gilalah dengan semua budak ni, tapi masuk setengah tahun, mula relaks macam tak buat salah.

Dulu saya tak kisah kena datang tuisyen sekolah walaupun balik pukul 6.00 petang. Tapi sekarang saya cakap "Ala, hari lain tak ada ke?". Tapi malas-malas juga, saya tetap menghadirkan ke tuisyen walaupun badan macam kehabisan minyak.

Dulu saya tak kisah sangat pasal cuti sekolah, tapi sekarang saya kerap kali tanya "Haih, bilalah nak cuti sekolah?". Kenapa? Bagi saya dan beberapa orang kawan-kawan mengatakan sekolah tu bosan tapi bila sudah cuti panjang begini saya jadi bosan dan semakin malas walaupun cikgu menasihati saya agar mengcover pelajaran yang lepas. Tahun depan lagi susah. Cikgulah yang cakap. Adatlah tu cikgu.

Dulu kerja sekolah memang saya akan pastikan siap dengan jayanya, tapi sekarang nak pegang pensil pun malas. "Ah, nantilah". Tengok, tak senonoh betul. Betapa beratnya 'M' dalam badan ni. Ada sesiapa nak?Saya tengah PEMURAH nak sedekah ni?

Dulu saya jarang sekali tidur dalam kelas, tapi sekarang hampir setiap hari. Gara-gara itulah yang menyebabkan saya dinobatkan sebagai Sleeping Beauty. Biasanya waktu yang paling senang mata ini terlelap ialah Kimia, Mathematics dan Fizik. Sampaikan kawan sebelah marah suruh tidur awal. Sejak dulu lagi saya susah tidur. Nak buat macam mana?

Nak tahu kenapa dan kenapa saya boleh mendadak berubah? Ini gara-gara bila budak gila pandai itu berpindah. Tapi memang tak ada jodoh untuk bersama dengan budak gila pandai tu. Bila diaorang ini tak ada, yang patah tumbuh hilang berganti kan? Budak dua ekor inilah yang menyebabkan saya jatuh ke dalam perigi.

Kata orang, kawan memperangaruhi kita. Kalau baik maka baiklah jadinya. Kalau jahat maka jahatlah jadinya.




Eh..Sila perhatikan betul-betul, Adakah Ain telah berubah? Jika ya, ALHAMDULILLAH :) Cikgu Loi mesti suka. Tapi kerja sekolah buat! Tingkatan 4 bukan semudah tingkatan 3.

6 comments:

ekopelancongan said...

salam kembara..

ha'ah la ain..

ko dah bubah la..

haku tgk mcm resaksa dlm cite otomen tu la..

ngee..

ain :) said...

salam kembara..
otoman pun ada juga ke?
famous juga aku..
:))

fatimah arr said...

huhu..
minx2 la penyakit tertitow dlm klas sy tuh berubah thn dpn..amiiin~

ain :) said...

Amin!
saya pun berharap begitu..
:))

afiqah said...

f4 susa ek?

ain :) said...

susah la juga..
ikut stream apa yang kita amik..
sn memang susah skit..