Thursday, December 10, 2009

1001 Rasa Babas

1001 Rasa Babas tiada kena mengena dengan tajuk hari ini tapi I nak menambah sikit. Babas tak sedap tapi Faizah sedap!Yummy..

*****
message Pictures, Images and Photos

1001 Kenapa Saya Tidak Suka Bermain Mesej.

Hari-hari saya dapat mesej dari hp yang cun melecun tu. Kadang kala mesej itu sangat-sangat merimaskan. Kadang kala mesej itu sangatlah tidak menepati cita rasa di hati. Kadang kala mesej itu membuatkan saya sangat-sangat bosan. Semua perasaan ada. Siapalah pengirim mesej tidak bertauliah itu.
  1. Saya duduk di bahagian pedalaman daerah. Saya agak sukar mendapat liputan melainkan jika saya menggunakan Celcom ala yang berbaloi-baloi tu. Disebabkan saya bukanlah berasal dari keluarga Tan Sri, jadi saya menggunakan khidmat Maxis yang agak tidak berkualiti bagi saya. Bila di bandar, tak payah cakaplah signal 3G pun ada.
  2. Bila saya asyik mesej dengan orang sama dengan kerap, saya akan kehilangan idea. Balik-balik tanya tengah buat apa? Buzy ke? Ganggu ke? Dah makan? Haih..berapa kali mahu tanyalah.
  3. Kadang kala kalau kita menceritakan segala masalah kita, orang tu akan balas OH.Okey tak ni? Kalaulah saya tak okey sudah lama saya berada di Hospital Bahagia. Ya, saya dapat merasakan aroma kebahagiannya dari sini. Dan saya mesej dengan harapan agar orang itu dapat menenangkan jiwa dan raga yang sedang bergelora.
  4. Nombor ayah saya sering kali mendapat pelbagai nombor pelik. Ada yang cakap Eh, awak ni Hanakan?Budak politeknik. HAHA. Itu nombor ayah saya bukan nombor saya. Bila balas balik . Dua tiga hari kemudian Eh, awak ni Hana kan? Haih, tak faham bahasa ke?
  5. Dalam banyak-banyak mesej, mesej yang saya paling tak suka bila berbaur lucah atau blue. Oh, kau ingat sudah cukup besar? SPM tak pas. Tu tak cerita lagi PMR.
  6. Seterusnya, kalau kerap kali kita mesej kadang kala ia membawa kepada pergaduhan yang sangat tragis. Dan itu adalah kenangan paling buruk yang saya pernah ada. Hanya kerana saya tidak membalas mesej.
  7. Dan bila sedang main-main mesej tu, bila lambat balas sikit je, mulalah nak misscall. Sampai dua tiga kali pun tak pe. Dulu saya pun macam tu juga, bila orang lamat sikit balas saya mula menekan nombor-nombor. Tapi sekarang, suka hati kaulah nak balas ke tak?
  8. Saya suka pasang ringtone bila mesej dan panggilan masuk. Semua yang kuat-kuatlah sebab handphone saya tu jarang berada berdamping dengan saya jadi kalau bunyi kuat baru saya terkulat-kulat. Bila mak saya kerap kali mendengar melodi indah daripada handphone saya, dia akan membebel. Okey, dia memang suka membebel sehingga membuatkan saya marah. Dan saya terus hilang mood bermain mesej.
  9. Lagi satu, ada juga yang menggunakan mesej untuk menyebarkan surat-surat berantai. Jika anda tidak menyebarkannya, maka anda akan terima bencana seumur hidup. Lebih kurang macam itulah. Bazir kredit semata-mata nak memenuhi permintaan karut mesej berantai tu.
  10. Sejak ayah saya guna handphone sendiri ni, saya jadi pemalas nak tambah nilai kredit saya. Sebab saya selalu buat Share Top Up dengan ayah kesayangan saya. Bayangkanlah, kredit dia ada 40 lebih dan tinggal beberapa hari lagi nak tamat tempoh. Saya yang tukang menghabiskannya.
Tak cukup 991 sebab saya tak suka mesej? Pandai-pandai kaulah nak tambah. HAHA:)

10 comments:

fatimah arr said...

hahaha..
bagusnya boleh share kredit dgn ayh..
ayh sy sorg jek pakai celcom kt umah..
plus, dorg sume pakai bil..sy gedik2 mau pakai kredit..ngeh3..

hirumi said...

nota kaki:-
1)henpon bukan mainan
2)gunakan henpon untuk keperluan bukan kehendak untuk pembaziran.
3)hargai nikmat yang kita ada.
4)senyum selalu kerana ia sedekah :D

nurain rodze said...

syabas ain !

Zaty said...

haha, act kite terbaca title entry ni '1001 rasa bebas'.
teros blank ta tau na comment ape. haha

ain :) said...

fatimah :
best sgt..
plus sys tak mintak keenaran pun..
HAHAHA:)

buat jahat tu bukannya baik pun..

ain :) said...

hirumi :
betul tu betul :))

nota tangan tak ada ke?

ain :) said...

Ain :
terima kasih..
:))

macam menang award pula!
:))

ain :) said...

zaty :
tak pe laa..
kalau tanak komen cuma sja je nak share..

tajuk tu biar kasi gempak jee..

SuhanaSamsuddin. said...

betul tu aen.

lumrahla tu manusia cepat bosan kalau benda yg same je ngadap.
hihi..

sys lak mls nk main msj sebab mls nk topup. kalau cap duet tak pe la jugak kan.haha..

Nurain Ali said...

betul tu sis..yang aen duk mnghabis kredit ayh je..
lagipon tak msg..
so save la duit skit..
:))