Thursday, December 31, 2009

Latihan Bersekolah.

Hari ni Ain kena datang sekolah kembali. Ain tahu, cuti tak habis lagi tapi pengetua Ain cakap hari ini ialah latihan bersekolah. Pengetua sangat prihatin sebab dia tak mahu anak muridnya terlupa akan hari Isnin ialah hari persekolahan bermula. Dan berita yang sangat mengejutkan kami apabila tahun hadapan kami akan balik pada pukul 2.30 petang. Lebih malang bila Ain sampai rumah pada pukul 4.00 petang. Terpaksa melupakan Tasbih Cinta yang semakin membosankan hari ke hari. Tapi hari Rabu menjadi hari kokokurikulum. Alhamdulillah satu hari sahaja. Ain duduk di sebelah Sivaneswary. Oh tak pe, merajuk dengan Aisyah satu tahun sebab duduk dengan Azah. Ain jadi AJK Bahasa Melayu.

*****
Eh, tahun baharu tinggal lagi beberapa jap. Of course, tahun baru azam pun baru. Kepada peminat fanatik Azzam IK2, saya bukan nak mengagung-agungkan si Azzam tu.

Tahun 2009 adalah tahun paling bersejarah bagi saya sebab saya berhoney moon ketika belajar dan akibatnya banyak yang tak faham. *Ambil kau Ain* Paling teruk keputusan peperiksaan yang sangat memalukan. Cacat saya punya buku laporan.

Azam tahun 2010 ialah nak kuruskan badan. OPSS. Bukan itu tapi.. Ya, saya dah dapat azam saya. Macam Aisyah, Study, Study dan Study.

Bila cuti erakhir, itu bermakna kekerapan saya mengepost entry adalah berkurangan. Mungkin seminggu hanya sekali. Itu pun kalau pemilik blog ini rajin.

*****



Si kecil ini sudah melangkah ke umur satu tahun. Makin besar makin nakal.
Happy Birthday Putri Nur Alisya. :)

*****
Bila I tulis azam mesti tangan I gatal nak taip Azzam. :)
Oh, entry ini sangat bosan.

Aisyah : Nak bina hidup baru tahun depan. Tahun ni teruk gila.
Ain : Apa azam Aisyah?
Aisyah : Study, study dan study. Kena berubah.
Azah : Aisyah, tolong aku lap tingkap.
Aisyah : Ala, aku malaslah.
Ain : Kata nak berubah?
Aisyah : Pukul 12.01 minit nanti baru mula hidup baru dan baru berubah.

*****
Selamat tahun baru semua.

Selamat tinggal 2009 yang penuh tragis.
Semoga tahun 2010 lebih bermakna. Amin.

Sunday, December 27, 2009

Threat detected



Ain tak fahamlah bila Ain masuk beberapa blog je. Mesti keluar benda alah tu. Tak semua blog macam tu. Setakat ni dua je la. Maaf blog di atas. Ada sesiapa boleh tolong Ain selesaikan masalah ni. Ain bukannya kaya nak pergi format balik CPU yang tua ni.

Friday, December 25, 2009

Penilaian Menengah Rendah

Kau dapat berapa A PMR?
atau
Berapa banyak E kau?

Alhamdulillah, aku dapat straight's A! Kau? *Dengan muka angkuh*
atau
Biasa-biasa je.
atau
Aku..*menangis*

Tak kiralah berapa banyak A adik-adik dapat tapi bersyukurlah. Dulu aku pun macam tu juga. Mungkin terlalu bangga dengan kebolehan diri sendiri sekali Allah bagi cash kat aku. HAHA. Tak pe, itu bukan penamat masa depan. Masih banyak lagi peluang untuk aku berjaya.

Biasalah, bagi mereka yang kecewa akan menyalahkan diri sendiri. Bial teringatkan masa aku ambil keputusan PMR, sumpah aku nak tergolek-golek ketawa. 3 hari 3 malam aku tak berhenti menangis. Tapi sekarang aku sedar, semua yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin ada yang lebih baik telah Allah janjikan buat aku.

Tahniah kepada semua PMR 2009. Bagi yang tidak berjaya mendapat straight's A, jangan berputus asa. Dan selamat datang ke alam tingkatan empat yang penuh dugaan.

Tahniah kepada Hana dan Amira yang berjaya mendapat A dalam PMR. Keputusan PMR saya? Tekalah. Dapat satu coklat Cadbury. Bukan mudah untuk mendapat A. :)

Tuesday, December 22, 2009

Bengang


Tetiba I rasa nak marah gara-gara idea yang I cari hilang begitu sahaja. Bengang! I tahu U pun bengang baca entry bengang.

Setiap kali membuka Firefox saya terpaksa Sign In semua acc. Sebelum ni hanya klik bookmark dan dah nampak Dashboard atau Home. Ini tidak, saya terpaksa klik Sign In. Shout Mix pun sama. Saya terpaksa menaip semula nama dan URL blog. Ada juga beberapa video yang tidak lagi boleh dimainkan. Dan saya tidak boleh upload video. Pak cik Google pun begitu, ada sekali ketika ingin mengoogle keluar pula *?><$#@. Satu tulisan pun tak nampak. WTHulk?



Ini yang saya nak curang dengan Firefox ni. Macam #@$%^&*!~.

Lagu ni khas untuk Encik Firefox!

Aku bosan dengan cinta mu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku

Aku fikir kau tak searus
Lebih baik ku beralih
Biar kan diriku terus bersendiri

Ku tak fikir engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku katamu

Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanya lah bibir berkata yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Kerunsingan diriku terasa

Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka

Tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin ku sama dirimu yang sering berdusta


Letih hatiku diserang pilu
Letih hatiku teringat janjimu, oooh caramu
Akan ku teruskan hidupku, oh tanpamu



Saturday, December 19, 2009

Tagged :)

Tagged by Zaty Sweet ILY laa.

25 Random Things .
Rules : Once you’ve been tagged , you are supposed to write a note with 25 random things , facts , habits , or goals about you .

At the end , choose 10 people to be tagged.

1. Saya peminat Idola Kecil 2.
2. Hangat-hangat tahi ayam.
3. Suka meloyar baru.
4. Ketawa dengan kuat. HAHA
5. Sensitif.
6. Pendiam jika di sekolah.
7. Tak suka Kimia.
8. Sleeping beauty dalam kelas.
9. Cepat marah.
10. Pink :)
11. Makan, makan, dan makan.
12. Tak suka jika kau berlagak bagus.
13. Ada orang cakap muka I macam Tyra Bank. Gila apa?
14. Pengawas perpustakaan di sekolah.
15. Si pendek yang mempunyai ketinggian 150 cm.
16. Pemalu jika baru-baru kenal.
17. Gila Azzam! Perlukah ini?
18. Childish.
19. Janda berhias.
20. Nak jadi seorang Doktor atau Jurutera.
21. I love Naruto.
22. Oh, jangan bermain pisau dengan I. Takut. :)
23. I ada ramai musuh.
24. Mudah memaafkan orang.
25. Tak banyak cakap.

I want to give this tag to
Sara.
Nanad.
Emora.
Ain.
Fatimah.
Aien.
Sakinah.
Husna.
Farhana.
Kak Ziqa.


Friday, December 18, 2009

Nujum Pak Belalang


*Sekadar perhiasan

Dulu masa darjah empat, bila bulu mata jatuh je. Budak-budak ni semua mula kecoh. Mengikut Nujum Pak Belalang dia orang, bila bulu mata kiri jatuh ada budak lelaki suka. Masa tu kalau dengar pun memang kembang habislah. *nasib baik tak meletup* Ada juga yang cakap kalau kiri tu maksudnya ada orang benci. Tapi kalau kanan, tu maknanya ibu bapa rindukan kita. HAHA.

Bila naik Tingkatan 2, masa tu bulu mata I belah kiri jatuh. Tetiba budak cina cakap ada budak suka kat I. HAHA *Tersipu-sipu* Dia orang pun sambung lagi, bila telinga gatal, maknanya ada orang rindu. Eh, telinga I selalu gatal. *Tapi tu pun sebab banyak harta karun* Dan dia orang bagitahu kalau bersin. Tu maknanya ada orang marah dekat kita.

Tingkatan empat punya Nujum Pak Belalang lagi hebat. Dia orang cakap kalau rapatkan dua-dua tapak tangan nanti dapat tengok muka bakal suami. Bila I tengok kawan-kawan punya tangan, ada satu garis berbentuk U. Nak ketawa pun ada. Tak nampak pun muka orang. Tapi dia orang ketawakan I sampai tergolek-golek bila dia orang tengok I punya hasil garisan. Tak ada bentuk. Garis panjang pun tak ada. Boleh pula dia orang cakap "Habislah kau Ain. Tak kahwin."

Tahun Baru Islam :)



Selamat Tahun Baru Islam.

1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekkah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Kibarkan Syiar Islam
Untuk sepanjang zaman...

*****

Azam baru? Semestinya SPM 2010. 9A+. Amin :)

Wednesday, December 16, 2009

Kerinduan :)

Ya, saya rindu Sivaneswary dan Valarmathi.
Saya juga rindu akan Chin Xin Yan, Tan Shu Mei dan Low Pei Ling.
Dan paling saya rindu Siti Aisyah binti Burham dan Ungku Nurazeera.

Inilah Satu Malaysia.

Amir si penjaga pintu.


Tahun lepas. Ambil dari Leow Jing Wen.


Saya rindu akan saat bersama Shuhadah :)


Kami jumpa dengan angkasawan negara.

Hari sukan.


Fadzreen jangan tinggalkan kami. Tahun depan kita jumpa lagi.


Dan si jejaka hitam manis ini. Erk!


Saya rindukan sekolah :)


Monday, December 14, 2009

Rupa paras bukan ukuran.

Ada apa pada rupa? Belum tentu rupa yang cantik menggambarkan keikhlasan dan kemuliaan hati budi seseorang. Cantik belum tentu masuk syurga. Cantik belum tentu berjaya di dunia. Dan cantik tidak menjanjikan apa-apa. Sesungguhnya kecantikan seseorang insan tidak kekal hingga ke akhir hayat kita kecuali hati dan budimu. Si buruk rupa kadang kala lebih baik daripada si cantik.

Terima kasih Guest atas pujian yang melambung sehingga di atas awan. Saya sedikit tidak hairan atas pujianmu itu. Dunia sekarang memang begitu. Mengukur manusia dengan kecantikan dan kakacakan seseorang. Sedangkan Allah tidak pernah membeza-bezakan hambaNya. Yang hanya membezakan sesama kita ialah amal ibadat dan kemuliaan hati budinya. Dan tiada manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad S.A.W.

Ya, saya memang tidak memiliki rupa paras yang cantik dan menawan di mata manusia. Saya tidak secantik model antarabangsa mahupun Malaysia sendiri. Saya tetap bersyukur atas kurniaan Allah kepada saya. Ia sudah memandai. Ia bukan persoalan untuk saya meneruskan kehidupan di atas dunia ini dan terus beribadat kepadaNya. Kerana Allah menjadikan kita dengan pelbagai jenis rupa.

Biarlah seburuk mana manusia itu asal tidak pernah menyusahkan orang lain. Adakah itu lebih indah didengar? Kalau muka secantik Fasha Sandha tapi hati penuh dengan hasad dengki? Apa gunanya?



Terima kasih yang tidak terhingga kepada Guest :)

Orang Melayu pantang tengok orang lain berjaya. Benarkah begitu?
Renung-renungkan dan selamat beramal :)

SuperWoman saya


Siapalah Superman jika tiadanya SuperWoman. Ini gandingan Superman saya. Tada, Puan Misnah binti Sarno. Tapi orang paggil Milah. Eh, kenapa tiba-tiba Ain berbaik hati untuk menaip mengenai ibu kesayangan? Sebab...

Ehem-ehem. Sebentar ya, Ain nak testing suara. *Tak payahlah pun tak pe. Menangis pula kalau emak dengar.*

Allah selamatkan emak.
Allah selamatkan emak.
Allah selamatkan emak.

Selamat Ulang Tahun yang ke-57 tahun. Walaupun bebelanmu sengau didengar namun emak tetap pujaan hati Ain. Tanpa emak siapalah Ain hari ini. HAHA Ramai yang kata Eh, Lah. Kau tak nampak tualah. *Cewwah. Mak saya telah mengawet mudanya*

Berbanding dengan ayah saya, saya lebih rapat dengan emak. Mungkin dengan emak saya boleh bercerita apa sahaja. *Cintan cintun tu tak adalah* Tetapi ayah terlalu pendiam sehingga saya boleh kira dengan jari berapa kali saya bercakap dengan ayah dalam satu hari.

Emak saya suka buat mulut saya jadi penyangkut tapi lepas tu dia yang akan ketawakan saya balik. Emak ni ajaiblah. HAHA:) Sekali emak saya melatah, saya dan ayah tukang menyakat sampai emak penat. Dan itu adalah kenangan gula dengan emak.

Saya tak boleh jauh dengan emak. Ingat lagi tahun lepas, satu malam tu ada solat hajat tapi emak tak pergi sebab tunggu abang. Sampai rumah, Emak hilang! Ok. Dia tak hilang tapi balik kampung. Nak menangis masa tu. *kesat air mata. HAHA*

Saya suka marah emak saya kalau dia tak makan ubat sebab saya tak mahu dia sakit. Tapi saya suka kalau emak jaga saya masa demam. *Terasa nikmatnya demam* Walauapa pun, Ain tetap sayang emak sampai bila-bila.



Emak saya nampak cute sangat :)

Hanya emak saya sahaja yang layak memegang title SuperWoman itu.

*****


Happy Upcoming Birthday Kak Ziqa.
Thank for everything.
May Allah bless you, Dear.
19 Disember 2009.

Sunday, December 13, 2009

Mari Ketawa.

1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga...
Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI...


2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!


3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran... "
Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!



4. "Cinta..ibarat kentut... "
makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan ... ... .
ahhhhhhh lega rasanya... ...



5.Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"


6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, "
maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih mengelilingimu maka bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!!

*kredit to Tagged :)

*****
Semalam Idola Kecil 2 menyaksikan Fienaz terkeluar. Lagi sikit nak terkeluar air mata tapi tahankan juga. Minggu ini nampak macam happening sikit. Ada sesiapa nak duet dengan saya? Ya, saya dengar ada orang cakap Tak Nak. Tak pe. Saya lagi tak sudi. Suka tengok persembahan Arill sebab last sekali dia jerit nama Ain. *mula perasan*


Fienaz ft Dayana-Lagu Gembira.


Arill ft Ain-Jangan Pisahkan.

Bila tengok video Sam yang menarik diri dan semasa berkemas untuk meninggalkan IK2, sedih. :)

Saturday, December 12, 2009

Tagged.

Selamat Sejahtera bloggie.

Alahai, sudah berkurun tak buat tagged. Kali ini di tagged oleh Zaty.ily laa syg. :)

1)Do you always answer your phone?
♥Semua saya angkat.

2)It's four in the morning and you get a text message, who is it?
♥Farhana. Dapat lambat gara-gara liputan Maxis.

3)If you could change your eye color what would it be?
♥Merah jambu. HAHA

4)Do u Like Dr Pepper?
♥Euww, siapakah itu?

5)Do you own a digital camera?
♥Ada.

6)Have you ever had a pet fish?
♥Ada. Ikan kalau. Tapi bukan saya yang bela. Ayah saya.

7)Favourite Christmas song?
♥Tak pernah dengar la pula.

8)What's on your wish list for your birthday?
♥Jam tangan Avon. Sebelum birthday lagi dah dapat dulu.

9)Can you do push ups?
♥HAHA.

10)Can you do a chin up?
♥Of course!

11)Does the future make you more nervous or excited?
♥Both!

12)Do you have any saved texts? Who are they from and what do they say?
♥Ada banyak. Dari si bekas kekasih dan kawan-kawan. HAHA:)

13)Ever been in a spore flyer?
♥Nope.

14)Do you have an accent?
♥Ada kot. Menukarkan vokal A kepada vokal E.

15)What is the last song to make you cry?
♥Merisik Khabar by Sam Idola Kecil 2.

16)Plans tonight?
♥Tengok Momo Love dan Idola Kecil 2.

17)Have you ever felt like you hit rock bottom?
♥Huh?

18)Name 3 things you bought today?
♥Hari ini tak ada. Semalam adalah.

20)Current worry?
♥Siapakah juara Idola Kecil 2? HAHA

21)Current hate now?
♥Orang yang minta saya follow blog mereka tapi tidak follow blog saya. Huh?

22)Met someone who changed your life?
♥Belum ada rezeki.

23)How did you celebrate the New Year?
♥Crying sebab saya kena ambil SPM tu.

25)Name three people who might complete this?
♥Ain. Fatimah. Farhana.

26)Would you go back in time if you were given the chance?
♥Mungkin.

28)Do you have any tattoo/piercing?
♥Tinggal lubang yang sudah tertutup.

29)Will you be in a relationship 4 months from now?
♥HAHA. Boleh pula?

30)Does anyone love you?
♥Of course.

31)Would you be a pirate?
♥Kalau tak jadi Doktor, saya nak tu boleh?

32)What songs do you sing in the shower?
♥Tak ada. Saya mandi senyap aja oke.

33)Ever had someone sing to you?
♥HAHA. Ada tapi dah putus hubungan. imy.

34)When did you last cry?
♥Semalam kot.

35)What is in your pocket?
♥Kosong.

36)Do you like to cuddle?
♥Emak saya.

37)Have you held hands with anyone today?
♥Tak.

38)Who was the last person you took a picture of?
♥Emak. Masa tu tengah bersiap nak pergi Muar.

40)How many TVs do you have in your house?
♥2 tambah 1 komputer yang mempunyai bentuk seperti tv dan screen 19.1 inci.

41)Are most of the friends in your life new or old?
♥Sama je.

42)Do you like pulpy orange juice?
♥Not so.

43)What is something your friends make fun of you for?
♥HAHA. Ada. Banyak.

45)Do you like to play Scrabble?
♥Bolehlah.

46)What are you saving your money up for right now?
♥Beli hadiah untuk emak kot.

47)When is the last time you ate peanut butter and jelly?
♥Eh. Tak ingatlah.

48)What song do you want played at your funeral?
♥Baca Yasin.

49)What were you doing 12 AM last night?
♥Dengar lagu sambil melelapkan mata.

50)What was the first thing you do when you woke up?
♥Matikan Music Player kat Handphone. Semalam tak berhenti sehingga habis bateri.


End. Hati dan perasaan yang tidak menentu. Seperti biasa.

Thursday, December 10, 2009

1001 Rasa Babas

1001 Rasa Babas tiada kena mengena dengan tajuk hari ini tapi I nak menambah sikit. Babas tak sedap tapi Faizah sedap!Yummy..

*****
message Pictures, Images and Photos

1001 Kenapa Saya Tidak Suka Bermain Mesej.

Hari-hari saya dapat mesej dari hp yang cun melecun tu. Kadang kala mesej itu sangat-sangat merimaskan. Kadang kala mesej itu sangatlah tidak menepati cita rasa di hati. Kadang kala mesej itu membuatkan saya sangat-sangat bosan. Semua perasaan ada. Siapalah pengirim mesej tidak bertauliah itu.
  1. Saya duduk di bahagian pedalaman daerah. Saya agak sukar mendapat liputan melainkan jika saya menggunakan Celcom ala yang berbaloi-baloi tu. Disebabkan saya bukanlah berasal dari keluarga Tan Sri, jadi saya menggunakan khidmat Maxis yang agak tidak berkualiti bagi saya. Bila di bandar, tak payah cakaplah signal 3G pun ada.
  2. Bila saya asyik mesej dengan orang sama dengan kerap, saya akan kehilangan idea. Balik-balik tanya tengah buat apa? Buzy ke? Ganggu ke? Dah makan? Haih..berapa kali mahu tanyalah.
  3. Kadang kala kalau kita menceritakan segala masalah kita, orang tu akan balas OH.Okey tak ni? Kalaulah saya tak okey sudah lama saya berada di Hospital Bahagia. Ya, saya dapat merasakan aroma kebahagiannya dari sini. Dan saya mesej dengan harapan agar orang itu dapat menenangkan jiwa dan raga yang sedang bergelora.
  4. Nombor ayah saya sering kali mendapat pelbagai nombor pelik. Ada yang cakap Eh, awak ni Hanakan?Budak politeknik. HAHA. Itu nombor ayah saya bukan nombor saya. Bila balas balik . Dua tiga hari kemudian Eh, awak ni Hana kan? Haih, tak faham bahasa ke?
  5. Dalam banyak-banyak mesej, mesej yang saya paling tak suka bila berbaur lucah atau blue. Oh, kau ingat sudah cukup besar? SPM tak pas. Tu tak cerita lagi PMR.
  6. Seterusnya, kalau kerap kali kita mesej kadang kala ia membawa kepada pergaduhan yang sangat tragis. Dan itu adalah kenangan paling buruk yang saya pernah ada. Hanya kerana saya tidak membalas mesej.
  7. Dan bila sedang main-main mesej tu, bila lambat balas sikit je, mulalah nak misscall. Sampai dua tiga kali pun tak pe. Dulu saya pun macam tu juga, bila orang lamat sikit balas saya mula menekan nombor-nombor. Tapi sekarang, suka hati kaulah nak balas ke tak?
  8. Saya suka pasang ringtone bila mesej dan panggilan masuk. Semua yang kuat-kuatlah sebab handphone saya tu jarang berada berdamping dengan saya jadi kalau bunyi kuat baru saya terkulat-kulat. Bila mak saya kerap kali mendengar melodi indah daripada handphone saya, dia akan membebel. Okey, dia memang suka membebel sehingga membuatkan saya marah. Dan saya terus hilang mood bermain mesej.
  9. Lagi satu, ada juga yang menggunakan mesej untuk menyebarkan surat-surat berantai. Jika anda tidak menyebarkannya, maka anda akan terima bencana seumur hidup. Lebih kurang macam itulah. Bazir kredit semata-mata nak memenuhi permintaan karut mesej berantai tu.
  10. Sejak ayah saya guna handphone sendiri ni, saya jadi pemalas nak tambah nilai kredit saya. Sebab saya selalu buat Share Top Up dengan ayah kesayangan saya. Bayangkanlah, kredit dia ada 40 lebih dan tinggal beberapa hari lagi nak tamat tempoh. Saya yang tukang menghabiskannya.
Tak cukup 991 sebab saya tak suka mesej? Pandai-pandai kaulah nak tambah. HAHA:)

Sunday, December 6, 2009

Hari-hari Ain main bola.

Hari-hari Ain main komputer.
Hari-hari Ain makan.
Hari-hari Ain menonton televisyen.
Dan hari-hari Ain rasa bosan.

Itulah rutin selepas sesi persekolahan dibubarkan buat sementara waktu. Aiseyman, dah tak reti-reti nak buka buku? Sedarlah sikit tahun depan SPM. SPM? Ya, Sijil Perkahwinan Malaysia. HIHI *hari ini ain jadi sopan sikit*. Bagi dua orang kawan seperjuangan telah pun berjumpa dengan kekasih hati tapi malangnya si Ain ini belum lagi ketemu Panggeran. *Ada sesiapa yang nak uji bakat?*

Bila sekolah dulu sibuk sangat nak cuti, bila dah cuti. Rasakan tamparannya. *Sesedap BURGER* Sebelum cuti ayah memang sudah merancang nak pergi Mersing tapi Hey BANGLA! Ko kacau betul bulan madu akulah. Hari-hari datang rumah bawa motorsikal yang rosak suruh Encik Mohd. Ali betulkan. Balik-balik muka ko Bangla. Kalaulah muka kau sehandsome SUPERJUNIOR sudah lama aku pikat. *tak ambil port nama-nama dieorang walaupun handsome atau Ain sebenarnya pelupa*.

Hari-hari Ain main komputar tengok video si handsome Azzam dan Arill. Sampaikan mereka naik menyampah. Cuba mencari keriangan di MyRuang tapi ruang aku untuk beriang-riang sudah tiada. BOSAN! Aku cuba buka Dashboard, WOW! Blogger memang rajin update blog masing-masing. *jeles*

Hari-hari Ain makan. Normallah tu. Macam ko tak makan? Aku rasakan aku perlu berjoging. Berat tambah dengan mendadak. Tapi, rajinkah budak kecil ini berjoging? *HAHA:) perasan kecil*

Hari-hari Ain menonton televisyen. Ya, aku tengok Idola Kecil guna televisyen. Sam tarik diri sebab dia akan ke Beijing untuk mewakili ASTRO Malaysia dalam pertandingan menyanyi. Gud Luck. Tetiba saja aku minat dia. Tak lengkap Idola Kecil tanpa Sam. Dan gara-gara itu emosi si Ain ini jadi tidak stabil. *Angau ya*

Hari-hari Ain bosan. Ya, ada sesiapa yang ada BRAND untuk membuat Ain tersenyum sampai ke telinga. Pecah rekod dunia kalau Ain senyum macam tu. Aku hanya mengulangi rutin yang sama pada setiap hari. Itu je laa. Ajak bercuti tapi ayah cakap lepas ni tak payah pergi mana-mana. Haa. Tak ada rezeki.


Si Ain ni tak pernah main bola. Janganlah anda-anda semua percaya akan kata-katanya. Tengok robot pun lebih power daripada Ain.


Wednesday, December 2, 2009

Dulu Lain Sekarang Lain.

Selamat Melangkah ke Bulan Terakhir.

Tiba-tiba saya teringat zaman kegemilangan saya di tingkatan 3, saya dan seorang lagi budak gila pandai memang selalu dapat Top 10. Tapi tu setahun yang lepas, kalau sekarang anda boleh lihat betapa sakit buntut saya jatuh gedebuk-gedebuk ke bawah. Masa awal tahun memang saya malu gilalah dengan semua budak ni, tapi masuk setengah tahun, mula relaks macam tak buat salah.

Dulu saya tak kisah kena datang tuisyen sekolah walaupun balik pukul 6.00 petang. Tapi sekarang saya cakap "Ala, hari lain tak ada ke?". Tapi malas-malas juga, saya tetap menghadirkan ke tuisyen walaupun badan macam kehabisan minyak.

Dulu saya tak kisah sangat pasal cuti sekolah, tapi sekarang saya kerap kali tanya "Haih, bilalah nak cuti sekolah?". Kenapa? Bagi saya dan beberapa orang kawan-kawan mengatakan sekolah tu bosan tapi bila sudah cuti panjang begini saya jadi bosan dan semakin malas walaupun cikgu menasihati saya agar mengcover pelajaran yang lepas. Tahun depan lagi susah. Cikgulah yang cakap. Adatlah tu cikgu.

Dulu kerja sekolah memang saya akan pastikan siap dengan jayanya, tapi sekarang nak pegang pensil pun malas. "Ah, nantilah". Tengok, tak senonoh betul. Betapa beratnya 'M' dalam badan ni. Ada sesiapa nak?Saya tengah PEMURAH nak sedekah ni?

Dulu saya jarang sekali tidur dalam kelas, tapi sekarang hampir setiap hari. Gara-gara itulah yang menyebabkan saya dinobatkan sebagai Sleeping Beauty. Biasanya waktu yang paling senang mata ini terlelap ialah Kimia, Mathematics dan Fizik. Sampaikan kawan sebelah marah suruh tidur awal. Sejak dulu lagi saya susah tidur. Nak buat macam mana?

Nak tahu kenapa dan kenapa saya boleh mendadak berubah? Ini gara-gara bila budak gila pandai itu berpindah. Tapi memang tak ada jodoh untuk bersama dengan budak gila pandai tu. Bila diaorang ini tak ada, yang patah tumbuh hilang berganti kan? Budak dua ekor inilah yang menyebabkan saya jatuh ke dalam perigi.

Kata orang, kawan memperangaruhi kita. Kalau baik maka baiklah jadinya. Kalau jahat maka jahatlah jadinya.




Eh..Sila perhatikan betul-betul, Adakah Ain telah berubah? Jika ya, ALHAMDULILLAH :) Cikgu Loi mesti suka. Tapi kerja sekolah buat! Tingkatan 4 bukan semudah tingkatan 3.