Sunday, November 29, 2009

RAYA ouh RAYA

Ayah I cakap, kalau nak tengok bakal husband masa tua kerepot,
Tengok bakal mentua. tapi bila I tengok bakal ayah mentua I tadi,
Euwwww, I sanggup jadi janda berhias, tahu.

*****

Selamat Beraya Bloggie terutama pengikut setia blog yang tercinta ini. Aku melihat dan terlihat Shoutmix aku penuh sehingga tidak berbalas gara-gara kepulangan aku ke kampung. Ini yang aku nak kecoh :))

Sehari sebelum raya, aku berkesempatan bertemu si gadis yang sangat-sangat cantik dan comel serta cunmelecun. Semestinya NUR MUSFIRAH IZZATI. Awwwww, sangat terujaa okey. Perjalanan yang selama ini aku cakap sekejap, aku dapat rasakan begitu jauh dan jauh dek kerana ingin sampai sebelum pukul 5.00 petang. Terima kasih emak sebab dah cakap dengan abah supaya cepat sikit. Akhirnya kami ketemu juga. Hatiku berdebar-debar menanti budak kecil ini walaupun seminit. Pertemuan yang simple tapi penuh bermakna. Satu coklat milo untuknya.

That's us :)

mak aku pun nak posing juga :))

*****

Hari pertama di kampung, terasa sungguh bosan dan tidak dapat tidur dengan lena. *Oh NYAMUK, jangan sedut aku punya darah yang manislah* Hari kedua, walaupun tidak cukup tidur tapi mata terasa segar bugar. Ingin tidur tapi bahang matahari begitu tidak menyelesakan aku. Sebelah petangnya, baru ramai orang datang. Gila sibuk wa cakap lu. Malam kedua, aku mula menyibukkan diri dengan rewang gara-gara kebosanan yang melampau. Okey, aku hilang feeling nak tengok NURKASIH episod akhir kerana kebisingan. Aku tak dapat tumpukan perhatian. *baru nak nangis-nangis macam episod sebelum ni* Malam tu, aku dengan mira tidur di rumah jiran Cik Nor gara-gara kesempitan rumahnya. Pukul 2.00 pagi barulah aku tidur tapi tidak selenyak-lenyak ketika di rumah. Pukul 6.00 pagi aku sudah bangun dan bergegas pulang ke rumah Cik Nor. Setelah mandi, majlis hari itu dimulai dengan bacaan yassin. Kemudian, barulah ramai orang datang bertandang. Aku lihat macam majlis orang kahwin sebab ada DJ lagi tu. 3 orang sepupu aku menyanyi pada hari itu. Bolehlah tahan. Bila aku datang ke tempat mak aku duduk, dia cakap "Ain. Pergilah nyanyi." Aku cakap, "Pecah telinga orang kalau ain nyanyi."


aksi manja dari ayah tercinta :)

Bersama si mata bolat :)

Si sepupu yang CHILDISH :)

Hidayah yang cantik "Jom POTONG kentang"

Mira menangis gara-gara BAWANG si kekasih hati. Aku pun.

Si perasansansan KACAK. Suara dia sedap :))

Mak dengan Cik Nor.

Teringat masa potong bawang merah, kecil dan putih kami seramai 4 orang menangis. Gila pedih sangat. Termasuk yang sudah menjadi suri rumah tangga.

Cik Idah : Ain nangis pakwe lari.
Ain : pakwe la sangat. Mira nangis sebab pakwe kena kidnapkan?
Mira : Eleh kau.
Cik Idah : Bawang merah jahat.
Cik Ida II : A'ah. Menyampah aku.
Ain & Mira : HAHA.. sampai teringat sinetron.

video
Hidayah-Alasanmu
*Video kurang berkualiti*

*****
Aku pergi sana, pergi sini. Semua orang kecoh pasal cerita NurKasih. So, I pun nak kecoh juga. Ya, akhirnya air mata jatuh ke pipi. *cewwah* Selepas tidak dapat menjiwai episod akhir pada malam aku menangis sebab bawang, aku menonton secara on9. Awww, touching okey. Sara akhirnya insaf. Adam kembali ke sisi Nur Amina dan Aidil tidak berkahwin dengan Nur Amina. Aku jatuh cinta dengan Aidil tapi Laksamana Sunan tetap dihati. HAHA:) Siapa kata cerita melayu tiada kualiti? Cerita ini berkualiti berbanding yang lain-lain :))

*****
I sanggup jadi janda berhias sebab tadi,
I nampak bakal ayah mentua I kenyit mata dengan I.
Nanti bila anak kita bawa bakal menantu,
U kenyit mata bakal menantu kita.
Euwwww, I tak sanggup diduakan.

sweet Pictures, Images and Photos
*kecil-kecil dah pandai :)

6 comments:

izzati said...

HAHA cantik ke?
thanks, kak for the choc!
i wanna meet u again!

ain :) said...

no biggie dear.. :))

me too..

fatimah arr said...

hak3..dahsyatnya la awk punyer bakal pak mertua..hak3..

ain :) said...

thu tak pe..
HAHA:)

Feerah said...

oww..like my name la..
musfirah..
hehehe..*bangga i*

ain :) said...

haha:)
yeke?
tumpang bangga juga..
:))