Friday, November 6, 2009

I Wanabe ?

SIRI 5: Kerjaya Nia tak sesuai dengan Nia?
Friday, Nov 6ember 2009 12:46:42
From:

hamdan

To:Nia

Salam ceria Nia,

Seperti yang saya sebutkan artikel lepas, hari ini saya ingin berkongsi kaedah asas untuk mengenal pasti kerjaya yang sesuai dengan anda. Pertama-tama sekali anda perlulah mendapatkan nombor akar anda (Root Number). Bagaimana nak mendapatkan nombor akar anda? Anda hanya perlu campurkan tarikh lahir anda contohnya tarikh lahir anda adalah 23 haribulan Disember 1971, maka anda perlu mencampurkan tarikh 23/12/1971 itu menjadi 2+3+1+2+1+9+7+1= 26, seterusnya anda campurkan 26 itu menjadi 2+6 dan anda akan mendapat 1 digit sahaja iaitu 8. Maka nombor akar tarikh lahir orang ini adalah “8”.

Jadual Kerjaya atau Perniagaan Mengikut Nombor Akar

1 atau 6
Firma Perundangan, Bank, Institusi Kewangan, Pajak Gadai,
Pejabat Kerajaan, Pemburu, Lawan Pedang, Peralatan Sukan,
Pengedaran Automotif, Kedai Perkakas Elektrik, Tenaga Kerja
Industri Kewangan, Syarikat berkaitan dengan Bursa Saham,
Penguatkuasa Polis, Tentera, Kerjaya berkaitan dengan
Perundangan, Pusat Sains dan Penyelidikan, Alatan Jentera,
Pengangkutan, Kejuruteraan, Perlombongan, Barangan Logam,
Perniagaan Barang Kemas atau Syarikat Pengawal Keselamatan.

2 atau 7
Perniagaan berasaskan Perkhidmatan, Minuman, Tenaga Buruh,
Agensi Pembantu Rumah, Makanan Laut, Perkapalan, Loji, Janakuasa
Air, Kafe, Pakaian Renang, Agensi Pelancongan, Agensi Insurans,
Pengurup Wang, Perdagangan, Pertunjukan Kebudayaan, Pekerja
Bebas, Jurujual, Peniaga Gerai, Penapis Air, Internet, Ahli Silap
Mata, Stesen TV, Penyampai Berita, Wartawan, Posmen, Pemandu,
Nelayan, Ahli Matematik, Ahli Falsafah, Diplomat

3 atau 8
Makanan, Restoran, Berita, Majalah, Telekomunisi, Penerbangan,
Kargo, Minyak & Gas, Loji Penjana Tenaga, Kabel Janakuasa,
Bahan Api, Kosmetik, Penjenamaan, Perhubungan Awam, Pengiklanan,
Tenaga Kerja, Makanan segera, Kantin, Fesyen, Pencahayaan, Gedung
Serbaneka, Perhiasan Pakaian, Senjata, Minuman Panas, Pereka,
Penulis, Karyawan Filem, Jururawat, Fund Raiser, Penyambut Tetamu
atau Ahli Psikologi

4 atau 9
Perabot, Kertas, Pendidikan, Perpustakaan, Pertukangan, Pakaian,
Kebudayaan Manusia, Buku, Studio Rekaan, Fabrik, Penanaman,
Perladangan, Hortikultur, Perkebunan, Perhutanan, Kilang Papan,
Perubatan Cina, Hospital, Perubatan, Keagamaan, Pelukis, Doktor,
Ahli Farmasi, Guru, Penerbit, Profesor, Pegawai Perhubungan atau
Pentadbir Pejabat

5
Hartanah, Pusat Kewangan, Pembuatan Pasu, Kedai Antik,
Perundingan, Perakaunan, Pengkebumian, Batu Permata, Marmar,
Penilik Nasib, Perunding Feng Shui, Kontraktor, Perlombongan,
Kebajikan, Pembinaan, Broker Saham dan Sekuriti, Arkitek, Pekebun
atau Peladang

Satu peringatan kepada anda apabila merujuk nombor akar dan kerjaya ataupun perniagaan yang sesuai untuk anda mengikut jadual di atas. Anda tidak boleh membuat ketetapan terus yang kerjaya atau perniagaan itu adalah sesuai dengan anda. Ada kaedah yang kita akan ajarkan di workshop nanti untuk membuat penilaian tentang kerjaya atau perniagaan yang paling sesuai, kedua sesuai, ketiga sesuai atau tidak sesuai langsung dengan elemen diri anda sebagai panduan. Anda juga perlu tahu apakah jawatan atau posisi yang sesuai dengan anda di dalam industri tersebut yang akan kita ajarkan di workshop nanti.

Jumpa lagi di Siri seteusnya...!

Dr. Azizan Osman
CEO & Pengasas, Rich & Richer Resources
Moderator Workshop Rahsia Tarikh Lahir & Workshop Rahsia
Kuasa Minda Jutawan


Nia boleh juga semak lamak laman blog saya di
http://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=WNYJ&mc=f&s=hYUMw&y=g&
untuk maklumat terkini.

Salam kejayaan dari,
Hamdan Mohammed

p/s: SIRI 6: RAHSIA TARIKH LAHIR: KAEDAH SAINS UNTUK BERJAYA!


*****

Baru-baru ini aku terklik satu iklan google kerana tertarik akan iklan itu *gelojoh sungguh* beberapa hari kemudian aku menerima email dari Encik Hamdan yang memberikan pelbagai cerita di sebalik tarikh lahir kita..Siri 1-4 tidak dapat menarik nafsu membaca aku sehingga Siri ke-5 yang membuka mata aku seluas-luas mungkin.. Aku punya nombor akar ialah 8 tapi kerjaya Doktor yang dibanggakan selama ini tidak begitu sesuai dengan aku.. Oh ya..aku tidak menggunakan nama sebenar *saja nak main sorok-sorok nama*

dulu masa kecil-kecil di bangku sekolah rendah, masa itu aku pilih kerjaya Guru tapi akibat terkena leteran mak aku aku terus menutup peluang Guru sebagai kerjaya pilihan.. sejak itu aku memilih kerjaya Doktor dan paling tidak Pensyarah..yang terbaru ialah saya teringin membuka Kedai Komputer.. haha:) berbalik kepada kerjaya sesuai dengan aku, kerjaya-kerjaya itu aku telah pun tolak ke tepi tapi akan tetap difikirkan semula dan sangat cemburu kerjaya di nombor 4..tapi Minyak & Gas tu macam best je.. *macamlah.. :)

Ain : Aisyah! aisyah sesuai kerja dekat agensi pembantu rumah..haha:)
Farah : Bibik..kenapa tak tolong aku?
Ain : tengok! majikan Aisyah sudah sampai..
Aisyah : *buat muka hulk!
Ain : OPSSS..

Bagaimana pula dengan anda?apakah kerjaya sesuai anda?
*skema sebab aku bakal penulis..perasan!

=.=
tengok keputusan SPM je laa.. :)

2 comments:

ekopelancongan said...

salam kembara..

kalo pree..

jengok la http://tabirrahsia.blogspot.com/

follow sekalik tau ain..

ngee..

sah90 said...

wa dapat no. 8
jadi ahli psikologi lah pas ni..
ahaha...(^_^)