Monday, November 30, 2009

Dari Hati



Hafiz cakap:
Hidup ini PENJARA.

Ada sesiapa yang boleh keluarkan I dari penjara itu?

*****
Beralih musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi
Dikau pergi

Sudah suratan takdir begini
Segalanya sementara
Selagi hayat masih ada
Kau bertakhta di hatiku

Sunday, November 29, 2009

RAYA ouh RAYA

Ayah I cakap, kalau nak tengok bakal husband masa tua kerepot,
Tengok bakal mentua. tapi bila I tengok bakal ayah mentua I tadi,
Euwwww, I sanggup jadi janda berhias, tahu.

*****

Selamat Beraya Bloggie terutama pengikut setia blog yang tercinta ini. Aku melihat dan terlihat Shoutmix aku penuh sehingga tidak berbalas gara-gara kepulangan aku ke kampung. Ini yang aku nak kecoh :))

Sehari sebelum raya, aku berkesempatan bertemu si gadis yang sangat-sangat cantik dan comel serta cunmelecun. Semestinya NUR MUSFIRAH IZZATI. Awwwww, sangat terujaa okey. Perjalanan yang selama ini aku cakap sekejap, aku dapat rasakan begitu jauh dan jauh dek kerana ingin sampai sebelum pukul 5.00 petang. Terima kasih emak sebab dah cakap dengan abah supaya cepat sikit. Akhirnya kami ketemu juga. Hatiku berdebar-debar menanti budak kecil ini walaupun seminit. Pertemuan yang simple tapi penuh bermakna. Satu coklat milo untuknya.

That's us :)

mak aku pun nak posing juga :))

*****

Hari pertama di kampung, terasa sungguh bosan dan tidak dapat tidur dengan lena. *Oh NYAMUK, jangan sedut aku punya darah yang manislah* Hari kedua, walaupun tidak cukup tidur tapi mata terasa segar bugar. Ingin tidur tapi bahang matahari begitu tidak menyelesakan aku. Sebelah petangnya, baru ramai orang datang. Gila sibuk wa cakap lu. Malam kedua, aku mula menyibukkan diri dengan rewang gara-gara kebosanan yang melampau. Okey, aku hilang feeling nak tengok NURKASIH episod akhir kerana kebisingan. Aku tak dapat tumpukan perhatian. *baru nak nangis-nangis macam episod sebelum ni* Malam tu, aku dengan mira tidur di rumah jiran Cik Nor gara-gara kesempitan rumahnya. Pukul 2.00 pagi barulah aku tidur tapi tidak selenyak-lenyak ketika di rumah. Pukul 6.00 pagi aku sudah bangun dan bergegas pulang ke rumah Cik Nor. Setelah mandi, majlis hari itu dimulai dengan bacaan yassin. Kemudian, barulah ramai orang datang bertandang. Aku lihat macam majlis orang kahwin sebab ada DJ lagi tu. 3 orang sepupu aku menyanyi pada hari itu. Bolehlah tahan. Bila aku datang ke tempat mak aku duduk, dia cakap "Ain. Pergilah nyanyi." Aku cakap, "Pecah telinga orang kalau ain nyanyi."


aksi manja dari ayah tercinta :)

Bersama si mata bolat :)

Si sepupu yang CHILDISH :)

Hidayah yang cantik "Jom POTONG kentang"

Mira menangis gara-gara BAWANG si kekasih hati. Aku pun.

Si perasansansan KACAK. Suara dia sedap :))

Mak dengan Cik Nor.

Teringat masa potong bawang merah, kecil dan putih kami seramai 4 orang menangis. Gila pedih sangat. Termasuk yang sudah menjadi suri rumah tangga.

Cik Idah : Ain nangis pakwe lari.
Ain : pakwe la sangat. Mira nangis sebab pakwe kena kidnapkan?
Mira : Eleh kau.
Cik Idah : Bawang merah jahat.
Cik Ida II : A'ah. Menyampah aku.
Ain & Mira : HAHA.. sampai teringat sinetron.

video
Hidayah-Alasanmu
*Video kurang berkualiti*

*****
Aku pergi sana, pergi sini. Semua orang kecoh pasal cerita NurKasih. So, I pun nak kecoh juga. Ya, akhirnya air mata jatuh ke pipi. *cewwah* Selepas tidak dapat menjiwai episod akhir pada malam aku menangis sebab bawang, aku menonton secara on9. Awww, touching okey. Sara akhirnya insaf. Adam kembali ke sisi Nur Amina dan Aidil tidak berkahwin dengan Nur Amina. Aku jatuh cinta dengan Aidil tapi Laksamana Sunan tetap dihati. HAHA:) Siapa kata cerita melayu tiada kualiti? Cerita ini berkualiti berbanding yang lain-lain :))

*****
I sanggup jadi janda berhias sebab tadi,
I nampak bakal ayah mentua I kenyit mata dengan I.
Nanti bila anak kita bawa bakal menantu,
U kenyit mata bakal menantu kita.
Euwwww, I tak sanggup diduakan.

sweet Pictures, Images and Photos
*kecil-kecil dah pandai :)

Wednesday, November 25, 2009

Yeah! RAYA datang lagi.

Selamat Hari Raya.

I sangat-sangat-sangat gembira apabila tibanya Hari Raya. Hari raya Aidiladha kali ini saya sambut di kampung yang dirindui berbanding tahun lepas *cewwah*. Tahun ni bermakna kot sebab sepupu I akan disunatkan. HAHA :)) buat Afiq, sila kuatkan semangat sebelum dipotong. Kau dah potong belum? Mak, ain nak potong boleh?OPSS!

Raya kedua nanti ada kenduri sempena En. Afiq dipotong. Dan sebab itulah aku sekeluarga dipaksa balik. Aku bukan terpaksa tapi tersuka. Awww, tak sabar nak balik kampung. Balas dendam sebab raya aidilfitri tak boleh raya puas-puas walaupun raya aidiladha tiada duit raya dan baju raya yang baru. *ain, sila kawal nafsu*

Oleh sebab aku akan bertolak esok, dan itu bermakna mak aku akan menembak telinga aku dengan bebelannya. Ain, kemas baju sekarang, menghadap komputer je. *mak, dah bengkak telinga ain dengar.*





Selamat Menjadi Makanan Lembu :)

Aku nak bagi lagu Hari Raya tak sesuai pula, aku bagi lagu Balik Kampung. Terimalah sebagai bonus Hari Raya :)



*****



hampir 3 hari berturut-turut aku nampak code blog jee..akhirnya, inilah hasilnya. Alhamdulillah, comel macam tuan punya blog..HAHA *sila jangan perasan ye ain*

Ketika sedang online di blog, ada yang kata cara penulisan aku lawak tapi best. Ok, muka aku terus merah ohh..terlalu banyak bersastera dan imaginasi yang terlebih sebab tu otak jadi senget bila update blog. Tak kesahlah, blog aku bukan blog kau.


*****

Zaty sygs, akaq da pujuk ayah akaq supaya cepat sampai sebelum pukul 5 petang. InsyaAllah kalau ada jodoh kita jumpa..HEHE:)

*****

Selamat Hari Raya AidilAdha semua :)
*duet raya ada tak?*

Monday, November 23, 2009

terbang tinggi-tinggi

Petang tadi selepas pulang daripada sekolah dan itu bermakna Tunas Bistari Sesi 2009 telah pun tamat. Tugas aku juga selesai dengan jayanya. HAHA:) *ketawa puas* OPSS, sudah lari dari nafsu asal. HAHA

Dengan penat yang masih belum hilang, mak aku memaksa aku mengikutinya pergi bandar. masa tu dia buat muka dinosour tengah marah. HAHA. Balik dari bandar, kami singgah di Dataran Labis. *jauh oke* di sana, mak aku curang dengan ayah aku sebab teruja berjumpa dengan kekasih idaman. *ehh..bukan kau ke ain*


HEBAT, HEBAT! ultraman memang hebat :))

ini saya punya :))

Sempena musim tengkujuh yang melanda seluruh Malaysia, penduduk Segamat telah menghabiskan masa lapang di waktu petang dengan bermain layang-layang dan angin kuat memudahkan lagi aktiviti menaikkan layang-layang ke udara.

Aku hanya dapat melihat mereka-mereka main walaupun hati ini memberontak ingin bermain sekali tapi masa tu dah petang.




*gambar tak berkualiti dari K770i sahaja*
awak, nak join sekali boleh?


tetiba teringat pula masa kecil-kecil dulu dalam tahun 2000..masa tu dengan jiran dan sepupu dan sepapat aku bermain layang-layang..tapi aku cuma tolong tengok je sebab sepupu aku KEDEKUT oke :))

*****

ehh..baru aku terperasan yang ada orang yang sudah mula mengikut cara saya menulis blog ini..HAHA:)) colourful macam aku punya.. ehh..awak ada baca terma dan syarat blog ini tak?tak pelah, saya halalkan kot tapi akhirat saya tuntut kot..HAHA:))

Ouhh..COPYCAT.
sayang kaulah kucing.

Sunday, November 15, 2009

semua ada :)

Mood currently : something wrong somewhere :(

*****
makan, makan & makan.
bila sudah lama meninggalkan amalan berpuasa budaya makan NON-STOP mula menjadi tabiat..
bila perut mula kosong, kaki aku dengan automatif menuju ke dapur atau almari yang menyimpan segala khazanah perut..
lepas selamat sampai ke perut, nafsu makan sekali lagi memaksa aku menyumbat makanan..
aku rasakan berat badan aku telah pun naik..
jika di sekolah pula, dari pagi sampai balik aku jarang sekali makan..
balik rumah sememang aku melantak habis-habisan..
tetiba aku teringin nak buang lemak dekat peha..
=.=

*****
"mak, tadi nampak orang jual ais krim tak?"
"tak ada pun,"
"tadi ain dengar lagu ais krim tu,"
"tunggulah kejap,"

tiba-tiba, kereta kancil bersama ais krim datang..

selepas menikmati ais krim..
seperti kebiasaan aku mengalami sakit kepala..
HAHA.. degil tak dengar cakap ayah..


*****

Adib cakap "Single tu Lonely"
benarkah begitu?

ada sesiapa yang setuju?

*****

Jika mood saya tengah baik, tolonglah saya merayu,
jangan ubah mood saya..

U ingat senang ke I nak bergurau senda dengan U?

*****
Esok, Tunas Bistari akan menerima anugerah daripada pihak sekolah..
Alhamdulillah..bersyukur kepada ALLAH..
sila tutup telinga anda sekarang!
ain ingin memulakan nyanyian yang sedap seperti Katak..

*****
Akibat kemerosotan keputusan pada peperiksaan akhir tahun yang lepas,
saya telah pun meminta agar ibu saya tidak menghadirkan diri ke sekolah pada hari Khamis ini kerana Hari Terbuka akan dijalankan..
Hal ini kerana, akan membuatkan muka saya menjadi merah bercampur hijau..*errr, warna apakah itu?*
bukan berbuat jahat tapi nak menjaga air muka I je..HAHA

*****
tetiba I teringin nak makan COKLAT CADBURY..
ada sesiapa yang bermurah hati nak belikan I sedozen coklat tu?

*rasanya sedap hingga menjilat ibu jari kaki I oke..


*****
lagu ini untuk Mr. N oke..
rindu U la :)

End of Form 5 Student !

1
2
3

HARI lagi sebelum SPM 2009..

All The Best in SPM..
Gambatee !
Agi Ngidup Agi Ngelaban !

caiyok Candidate SPM 2009!

tahun depan giliran saya dan kawan-kawan pula :)
*****



budak kecil ini comel sangat bagi aku..rasa macam nak cubitcubit je pipi dia..thank aisyah sebab bagitahu ada cerita baru dekat tv9..



ost Faiz dan Faizah by Idola Cilik bukan Idola Kecil :)

Wednesday, November 11, 2009

terlepas dari penjara :)

apabila kertas Kimia tamat tepat pukul 2.00 petang, kami satu kelas tersenyum lebar dan pelajar cina menerbang kapal kertas kerana tamatnya penderitaan kami selama tiga minggu.. MERDEKA! laung kami penuh semangat! *tipu je tu*

baiklah, saya memenuhi permintaan hati yang ingin dan kepingin bercerita tentang minggu peperiksaan.. saya dapat merumuskan bahawa peperiksaan kali ini hampir membuatkan saya berada di liang lahad.. terutama biology, add math, physics dan chemistry.. macam kata kawan saya, senang sangat! senang nak gagal :) walaupun cikgu telah pun membocorkan soalan peperiksaan :)

itu menjadi kebiasaan bagi kami apabila melangkah ke Ting. 4, keputusan kami semestinya ada G untuk gagal :) *tutup muka sebentar*

bila peperiksaan tamat, ini bermakna kami akan menerima keputusan, dan ini akan membuatkan aku betul-betul berada di liang lahad dek kerana terkejut! baiklah, kami memerlukan bantuan doktor di sini..

bila peperiksaan bermula, mata dengan automatik menutup kelopak mata dan menunjukkan lampu hijau supaya tidur..bukan saya seorang tapi satu kelas..


saya masih lagi dibayangi tatabahasa walaupun kertas bahasa melayu telah lama berakhir.

Friday, November 6, 2009

I Wanabe ?

SIRI 5: Kerjaya Nia tak sesuai dengan Nia?
Friday, Nov 6ember 2009 12:46:42
From:

hamdan

To:Nia

Salam ceria Nia,

Seperti yang saya sebutkan artikel lepas, hari ini saya ingin berkongsi kaedah asas untuk mengenal pasti kerjaya yang sesuai dengan anda. Pertama-tama sekali anda perlulah mendapatkan nombor akar anda (Root Number). Bagaimana nak mendapatkan nombor akar anda? Anda hanya perlu campurkan tarikh lahir anda contohnya tarikh lahir anda adalah 23 haribulan Disember 1971, maka anda perlu mencampurkan tarikh 23/12/1971 itu menjadi 2+3+1+2+1+9+7+1= 26, seterusnya anda campurkan 26 itu menjadi 2+6 dan anda akan mendapat 1 digit sahaja iaitu 8. Maka nombor akar tarikh lahir orang ini adalah “8”.

Jadual Kerjaya atau Perniagaan Mengikut Nombor Akar

1 atau 6
Firma Perundangan, Bank, Institusi Kewangan, Pajak Gadai,
Pejabat Kerajaan, Pemburu, Lawan Pedang, Peralatan Sukan,
Pengedaran Automotif, Kedai Perkakas Elektrik, Tenaga Kerja
Industri Kewangan, Syarikat berkaitan dengan Bursa Saham,
Penguatkuasa Polis, Tentera, Kerjaya berkaitan dengan
Perundangan, Pusat Sains dan Penyelidikan, Alatan Jentera,
Pengangkutan, Kejuruteraan, Perlombongan, Barangan Logam,
Perniagaan Barang Kemas atau Syarikat Pengawal Keselamatan.

2 atau 7
Perniagaan berasaskan Perkhidmatan, Minuman, Tenaga Buruh,
Agensi Pembantu Rumah, Makanan Laut, Perkapalan, Loji, Janakuasa
Air, Kafe, Pakaian Renang, Agensi Pelancongan, Agensi Insurans,
Pengurup Wang, Perdagangan, Pertunjukan Kebudayaan, Pekerja
Bebas, Jurujual, Peniaga Gerai, Penapis Air, Internet, Ahli Silap
Mata, Stesen TV, Penyampai Berita, Wartawan, Posmen, Pemandu,
Nelayan, Ahli Matematik, Ahli Falsafah, Diplomat

3 atau 8
Makanan, Restoran, Berita, Majalah, Telekomunisi, Penerbangan,
Kargo, Minyak & Gas, Loji Penjana Tenaga, Kabel Janakuasa,
Bahan Api, Kosmetik, Penjenamaan, Perhubungan Awam, Pengiklanan,
Tenaga Kerja, Makanan segera, Kantin, Fesyen, Pencahayaan, Gedung
Serbaneka, Perhiasan Pakaian, Senjata, Minuman Panas, Pereka,
Penulis, Karyawan Filem, Jururawat, Fund Raiser, Penyambut Tetamu
atau Ahli Psikologi

4 atau 9
Perabot, Kertas, Pendidikan, Perpustakaan, Pertukangan, Pakaian,
Kebudayaan Manusia, Buku, Studio Rekaan, Fabrik, Penanaman,
Perladangan, Hortikultur, Perkebunan, Perhutanan, Kilang Papan,
Perubatan Cina, Hospital, Perubatan, Keagamaan, Pelukis, Doktor,
Ahli Farmasi, Guru, Penerbit, Profesor, Pegawai Perhubungan atau
Pentadbir Pejabat

5
Hartanah, Pusat Kewangan, Pembuatan Pasu, Kedai Antik,
Perundingan, Perakaunan, Pengkebumian, Batu Permata, Marmar,
Penilik Nasib, Perunding Feng Shui, Kontraktor, Perlombongan,
Kebajikan, Pembinaan, Broker Saham dan Sekuriti, Arkitek, Pekebun
atau Peladang

Satu peringatan kepada anda apabila merujuk nombor akar dan kerjaya ataupun perniagaan yang sesuai untuk anda mengikut jadual di atas. Anda tidak boleh membuat ketetapan terus yang kerjaya atau perniagaan itu adalah sesuai dengan anda. Ada kaedah yang kita akan ajarkan di workshop nanti untuk membuat penilaian tentang kerjaya atau perniagaan yang paling sesuai, kedua sesuai, ketiga sesuai atau tidak sesuai langsung dengan elemen diri anda sebagai panduan. Anda juga perlu tahu apakah jawatan atau posisi yang sesuai dengan anda di dalam industri tersebut yang akan kita ajarkan di workshop nanti.

Jumpa lagi di Siri seteusnya...!

Dr. Azizan Osman
CEO & Pengasas, Rich & Richer Resources
Moderator Workshop Rahsia Tarikh Lahir & Workshop Rahsia
Kuasa Minda Jutawan


Nia boleh juga semak lamak laman blog saya di
http://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=WNYJ&mc=f&s=hYUMw&y=g&
untuk maklumat terkini.

Salam kejayaan dari,
Hamdan Mohammed

p/s: SIRI 6: RAHSIA TARIKH LAHIR: KAEDAH SAINS UNTUK BERJAYA!


*****

Baru-baru ini aku terklik satu iklan google kerana tertarik akan iklan itu *gelojoh sungguh* beberapa hari kemudian aku menerima email dari Encik Hamdan yang memberikan pelbagai cerita di sebalik tarikh lahir kita..Siri 1-4 tidak dapat menarik nafsu membaca aku sehingga Siri ke-5 yang membuka mata aku seluas-luas mungkin.. Aku punya nombor akar ialah 8 tapi kerjaya Doktor yang dibanggakan selama ini tidak begitu sesuai dengan aku.. Oh ya..aku tidak menggunakan nama sebenar *saja nak main sorok-sorok nama*

dulu masa kecil-kecil di bangku sekolah rendah, masa itu aku pilih kerjaya Guru tapi akibat terkena leteran mak aku aku terus menutup peluang Guru sebagai kerjaya pilihan.. sejak itu aku memilih kerjaya Doktor dan paling tidak Pensyarah..yang terbaru ialah saya teringin membuka Kedai Komputer.. haha:) berbalik kepada kerjaya sesuai dengan aku, kerjaya-kerjaya itu aku telah pun tolak ke tepi tapi akan tetap difikirkan semula dan sangat cemburu kerjaya di nombor 4..tapi Minyak & Gas tu macam best je.. *macamlah.. :)

Ain : Aisyah! aisyah sesuai kerja dekat agensi pembantu rumah..haha:)
Farah : Bibik..kenapa tak tolong aku?
Ain : tengok! majikan Aisyah sudah sampai..
Aisyah : *buat muka hulk!
Ain : OPSSS..

Bagaimana pula dengan anda?apakah kerjaya sesuai anda?
*skema sebab aku bakal penulis..perasan!

=.=
tengok keputusan SPM je laa.. :)

Monday, November 2, 2009

Perut Oh Perut Kenapa Kau Nyanyi

dalam bas :

aku duduk sebelah budak form 3 yang telah merdeka yang sedap menjamu selera mee siput..baunya sampai ke lubang hidungku..dan dengan muka yang berkerut-kerut sedaya upaya menahan aroma mee siput itu dari berlari masuk ke dalam lubang hidungku..dan perutku mula bernyanyi lagu Ohh, ain!aku lapar! ehh perut, kau nyanyi sebab nak masuk MyStarLG kan?aku tahulah dari pagi tadi aku tak isi minyak petrol..rehat pula aku kena bertugas kat library walaupun kau telah mencucuk-cucuk perut ku..sakit tahu tak?bertahanlah perut..kejap je lagi..

biasanya aku balik pukul 2.00 petang dan akan sampai rumah pukul 3.00 petang..lambatkan? sebab aku akan turun pada trek yang kedua..ada sebuah kedai yang menjual pisang goreng di situ, tapi disebabkan ketiadaan kawan, kami tidak singgah di kedai itu sementara menunggu bas mengambil budak untuk trek kedua..selalunya masa 1 jam bagi sleeping beauty memang tidurlah sampai bas sampai kat rumah..tapi hari ini betapa sukarnya mata nak beri kompromi..Oh, kau komplot dengan perutkan? Bila mau sampai?aku dah tak tahan nak memproses makanan nie?

situasi dalam bas adalah sangat tidak dijangka sama sekali..ehh, budak jangan ejek aku dengan dialah..aku tak suka laa pandai..haha:)buat malu je laa.. dengan laju aku menuju ke rumah untuk makan..semata-mata memenuhi permintaan si perut.. tapi sampai je rumah aku terus memasukkan roti..tapi ada pula semut..aku terus membaling roti itu..Woi semut, aku nak exam la sygs..aku nak jadi pandai bukan terlebih pandai! Oh perut, bersabarlah.. masa nak makan tu, perut aku betul-betul sakit tapi kali ini bukan sebab nak makan tapi nak membuang sampah..masa aku nak beri makan kau menolak..

sudah siap makan..ku lihat perut ku buncit..Oh perut kau sudah gemuk! tapi lepas aku membuang sampah lagi sekali..Oh perut kau memang langsing..nie yang aku sygs nie..haha:)